blue_april
Feb 22 2005, 09:44 PM
Untuk renungan bersama...
1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.
2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.
3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.
4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.
5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....
6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.... "Tuan ada baca akhbar semalam?" .
7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).
8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.
9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.
10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem....
janxxx
Mar 2 2005, 05:16 PM
bestnyer kutuk orang seni kat MALAYSIA ni..
muahahaha....
^aYdA^
Mar 2 2005, 09:39 PM
lepas ni suruh org seni lakon tukar keja plak..
masuk la ko-k seni lukis!!!!
janxxx
Mar 5 2005, 08:37 PM
lagi best lau they all
ni blajar menari tango..
baru grand ....
muahahahaha...
jinggo
Mar 8 2005, 07:06 PM
| QUOTE (janxxx @ Mar 4 2005, 07:48 PM) |
lagi best lau they all
ni blajar menari tango..
baru grand ....
muahahahaha... |
o'oh...!
menari tango ngan abang jinggo
terrariis
Mar 12 2005, 01:47 PM
aku xsuker drama melayu..boring...
jinggo
Mar 12 2005, 06:05 PM
| QUOTE (terrariis @ Mar 11 2005, 12:58 PM) |
| aku xsuker drama melayu..boring... |
aku suke citer Honh KOng...
jamieco
Mar 12 2005, 06:14 PM
if tak suke drama try theater. tak sume teater jenis serius atau terlebih seni. ada gak yang kelakar, simple, unik dan berkait dgn muzik. Cube tgk a play from actor's studio.
Sekarang ada Cameron's award khas untuk sume cabang seni persembahan(teater or muzik). Plays kt award ni jgak combination of all kind of language tak specific for english play aje.
jamieco
Mar 12 2005, 06:16 PM
suke citer jepun daripada citer korea
citer jepun cepat sket, korea lembap!!
jinggo
Mar 12 2005, 10:48 PM
| QUOTE (jamieco @ Mar 11 2005, 05:27 PM) |
suke citer jepun daripada citer korea
citer jepun cepat sket, korea lembap!! |
selipar jepon suke x...?
janxxx
Mar 14 2005, 10:30 AM
selipar jepun = selipar jamban..
mestilah ko suka kan....
jinggo
Mar 14 2005, 12:20 PM
| QUOTE (janxxx @ Mar 13 2005, 09:41 AM) |
selipar jepun = selipar jamban..
mestilah ko suka kan.... |
eleh, slipar jamban konon...
bukan ke ko slalu ambik air semayang & pegi masjid pakai slipar jepon jugek..
girlz
Mar 15 2005, 02:33 PM
tue bukan selipar jepon.....
terompah nenek dier la.....
ZeMMs
Mar 15 2005, 04:10 PM
Sokonglah insdustri perfileman tempatan.. walaupun jalan cerita/teknik/lakonan semuanya macam CHIMPANZEE tapi support la..kesiaaan aku tengok diorang.. pelakon hollywood sampai juta2 dapat gaji- pelakon mesia dpt ribu2 je..ade yg ratus je..tu pun lepas pencen org dah tak kenal + ada masalah kewangan. sadis..haru dan sebagainya
jinggo
Mar 15 2005, 07:13 PM
| QUOTE (girlz @ Mar 14 2005, 01:44 PM) |
tue bukan selipar jepon..... terompah nenek dier la..... |
jan slalu nyadu slipar die ilang kalau p masjid.
camne ko tau terompah wan si jan...?
Haaaa.....
ko ke yg slalu rembat slipar jan kat masjid...?
jinggo
Mar 15 2005, 07:13 PM
| QUOTE (girlz @ Mar 14 2005, 01:44 PM) |
tue bukan selipar jepon..... terompah nenek dier la..... |
jan slalu nyadu slipar die ilang kalau p masjid.
camne ko tau terompah wan si jan...?
Haaaa.....
ko ke yg slalu rembat slipar jan kat masjid...?
jinggo
Mar 15 2005, 07:14 PM
| QUOTE (ZeMMs @ Mar 14 2005, 03:21 PM) |
Sokonglah insdustri perfileman tempatan.. walaupun jalan cerita/teknik/lakonan semuanya macam CHIMPANZEE tapi support la..kesiaaan aku tengok diorang.. pelakon hollywood sampai juta2 dapat gaji- pelakon mesia dpt ribu2 je..ade yg ratus je..tu pun lepas pencen org dah tak kenal + ada masalah kewangan. sadis..haru dan sebagainya |
aku sokong pendapat ko zeMMs...
jinggo
Mar 15 2005, 07:16 PM
org melayu mmg camtu.
suke merendohkan keupayaan bangse sendiri
Tp mengagongkan hasil bangse asing.
blue_april
Mar 15 2005, 09:40 PM
| QUOTE (jinggo @ Mar 14 2005, 06:25 AM) |
| QUOTE (ZeMMs @ Mar 14 2005, 03:21 PM) | Sokonglah insdustri perfileman tempatan.. walaupun jalan cerita/teknik/lakonan semuanya macam CHIMPANZEE tapi support la..kesiaaan aku tengok diorang.. pelakon hollywood sampai juta2 dapat gaji- pelakon mesia dpt ribu2 je..ade yg ratus je..tu pun lepas pencen org dah tak kenal + ada masalah kewangan. sadis..haru dan sebagainya |
aku sokong pendapat ko zeMMs... |
nko tgk ceta melayu ke ZeMMs..x caya lah aku..
sepatutnya pengarah, penulis skrip wat le ceta yg berkualiti sket..
jgn dok wat lawa bodo je..pastu klu ceta antu..menjerit cam org gile..
rs cam nak termuntah je aku tgk..opps! aku tgk lak pulak yek..
jinggo
Mar 15 2005, 09:59 PM
| QUOTE (blue_april @ Mar 14 2005, 08:51 PM) |
| QUOTE (jinggo @ Mar 14 2005, 06:25 AM) | | QUOTE (ZeMMs @ Mar 14 2005, 03:21 PM) | Sokonglah insdustri perfileman tempatan.. walaupun jalan cerita/teknik/lakonan semuanya macam CHIMPANZEE tapi support la..kesiaaan aku tengok diorang.. pelakon hollywood sampai juta2 dapat gaji- pelakon mesia dpt ribu2 je..ade yg ratus je..tu pun lepas pencen org dah tak kenal + ada masalah kewangan. sadis..haru dan sebagainya |
aku sokong pendapat ko zeMMs... |
nko tgk ceta melayu ke ZeMMs..x caya lah aku.. sepatutnya pengarah, penulis skrip wat le ceta yg berkualiti sket.. jgn dok wat lawa bodo je..pastu klu ceta antu..menjerit cam org gile.. rs cam nak termuntah je aku tgk..opps! aku tgk lak pulak yek..
|
muntah2 tu cover la sket...!
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please
click here.