Help - Search - Member List - Calendar
Full Version: Kempen Eco-Friendly-UUM
Forum Universiti Utara Malaysia > Berita & Isu Semasa

girlz
PROUUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) akan melancarkan Kempen
Eco-Friendly melibatkan penglibatan seluruh warga kampus dengan mengharamkan
penggunaan bekas makanan polisterina dan penggunaan beg plastik dalam kampus.

Kempen bertemakan Nature Campus yang akan dilancarkan pada 6 Julai ini adalah
sebagai komitmen yang dibuat oleh UUM dalam usaha-usaha menyelamatkan alam
sekitar dan bumi kita.

Objektif Kempen Eco-Friendly ini adalah:
a. Memberi kesedaran di kalangan warga kampus UUM tentang kepentingan memelihara
alam sekitar.
b. Memupuk kecintaan terhadap alam sekitar melalui projek-projek eco-friendly
yang akan diadakan.
c. Menyebar maklumat dan pengetahuan tentang bagaimana warga kampus UUM dapat
membantu membuat perubahan menyelamatkan alam sekitar.
d. Mengubah sikap dan gaya hidup warga kampus UUM seiringan dan harmonis dengan
alam sekitar.

Untuk mencapai objektif-objektif ini, pada 13 Mei 2008, Majlis Eksekutif
Universiti telah bersetuju dan membuat keputusan bahawa:

1. PENGGUNAAN POLISTERIN untuk mengisi makanan TIDAK DIBENARKAN di kampus.
Sebagai alternatif kepada bekas polisterin, pelajar dan staf:
• Digalakkan MAKAN DI KAFETERIA
• MEMBAWA BEKAS MAKANAN SENDIRI seperti tupperware (rebat 20 sen)
• MENGGUNAKAN EKO-PAK (bekas makanan yang boleh dikitar semula)

2. PENGGUNAAN BEG PLASTIK TIDAK DIBENARKAN di kampus.
Sebagai alternatif kepada beg plastik, pelajar dan staf hendaklah menggunakan:
• BEG MESRA ALAM dan dibuat daripada bahan yang boleh di kitar semula
• BEG KAIN/KANVAS
• BEG KERTAS
• PEMBALUT KERTAS

3. SATU PASUKAN PEMANTAU AKAN DITUBUHKAN yang terdiri daripada sukarelawan dan
aktivis alam sekitar yang akan memantau ketetapan ini dipatuhi oleh warga kampus.

Oleh yang demikian kerjasama daripada seluruh warga kampus amatlah diharapkan
bagi menjayakan kempen ini.
=================================
DARIPADA:
PEJABAT PERHUBUNGAN AWAM
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
girlz
Info sampingan..

Pernahkan anda terfikir kenapa anda SELALU MURUNG, LESU DAN KURANG DAYA TUMPUAN.
Mungkin anda tidak sedar salah satu faktor penyebab adalah kesan bahan “STYRENE”
dan ”BENZIN” dalam polisterin yang digunakan untuk mengisi makanan.

BENZIN merupakan bahan kimia paling banyak toksik dalam polisterin, mudah
terbakar, penyebab kanser dan boleh mengubah struktur sel dalam badan (mutagen)
manakala STYRENE pula sangat toksik dan ada dalam sel lemak manusia, mudah
terbakar, reaktif dan neurotoksik.

Selain itu, STYRENE juga memberikan kesan kepada sistem saraf yang lain seperti
kelemahan otot, loya dan gatal mata, hidung dan tekak

Kajian telah menunjukkan haiwan yang memakan kandungan STYRENE yang tinggi dalam
jangka masa panjang mengalami kerosakkan hati, buah pinggang, otak dan paru-paru.

BAGAIMANA ANDA BOLEH TERDEDAH KEPADA STYRENE?
• Minum air tercemar
• Menghidu udara dari wap styrene dari bahan binaan, asap rokok
• Tinggal berdekatan kawasan industri atau pelupusan sampah
• Menghisap rokok
• MEMAKAN MAKANAN daripada BEKAS POLISTERIN
girlz
So,apa pandangan korg ttg kempen trbaru nih? cool.gif
any idea?
Zeg Azrei?
Patut dari dulu lagi da mula benda ni
nfr
seorang profesor USM telah mencipta plastik yg cepat reput sbg satu cara mengatasi masalah nih.
novarman
However, in general I don`t see why anyone would bother when Google Indexes within a matter of a minute after publishing and therefore it makes the process of using Tweeting to bring traffic a bit redundant. But for news sites it is definitely a positive step to take.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2012 Invision Power Services, Inc.
Lo-Fi 1.1 iDS Beta, Originally written by Matt,
re-written by Shaun Harrison, Layer 04.com, for pre IPB2.0 versions.