Help - Search - Member List - Calendar
Full Version: Awas!!:Teruna Anda
Forum Universiti Utara Malaysia > Berita & Isu Semasa

blue_april
Awasi Anak Teruna Anda!
10-05-2007 11:38:39 AM
Oleh PB JAINAL


Kecanggihan teknologi masa kini melalui pengunaan komputer dan internet telah menyediakan wadah yang paling sempurna bagi golongan gay terutamanya mereka yang tidak ingin dikenali sebagai seorang lelaki yang mempunyai orientasi homoseksual. Mereka akan lebih selesa dan mudah untuk mencari pasangan hidup mahupun pasangan seks melalui kemudahan ini. Kemunculan pelbagai laman web untuk golongan gay mencari pasangan bukanlah suatu perkara baru. Malah terdapat ribuan laman web tempatan dan global yang menawarkan maklumat, khidmat perbualan dan pertemuan jodoh bagi golongan gay dan mereka yang ingin mencuba.

Terdapat sesetengah daripada golongan ini juga lebih berani menipu dan berselindung disebalik agama dengan mengatakan bahawa mereka tidak mungkin sama sekali akan melakukan perkara yang ditegah oleh agama daripada mengakui siapa diri mereka. Realiti sebenarnya mereka sendiri lebih mengetahui.

Bukanlah tujuan saya untuk membincangkan soal dosa dan pahala kerana saya sendiri sedar, berada di landasan gay adalah satu perkara yang tidak harus dibanggakan. Namun, saya tertarik untuk menyentuh soal golongan gay yang terbuka dengan orientasi seksual mereka dan ‘closet gay’ - golongan gay yang merahsiakan orientasi seksual mereka. Begitu juga golongan gay yang menipu mengunakan agama.

Apa yang ingin saya ketengahkan dalam tulisan kali ini adalah tanggung jawab sosiol golongan gay sungguhpun golongan ini seringkali dilabelkan sebagai tidak bermoral dan songsang hidup mereka. Sebenarnya kita sebagai manusia tidak boleh menghukum golongan gay ini sesuka hati kita. Soal syurga dan neraka adalah jauh dari jangkauan akal fikiran dan bukan hak kita untuk menentukan. Walaupun terang-terang golongan gay ini ikut jalan yang salah, biarlah Allah saja yang menghukum mereka.

Saya terpanggil untuk menyarankan agar semua ibubapa diluar sana berhati-hati dengan ‘closet gay’ atau golongan gay yang merahsiakan identiti sebenar mereka ini. Melalui pemerhatian dan pengalaman saya, laman-laman web bagi golongan gay bukan saja sering dikunjungi oleh golongan gay, malah turut menarik perhatian ramai lelaki yang mempunyai perasaan ingin tahu tentang apa sebenarnya homoseksual dan tidak kurang yang ingin mencuba.

Terdapat juga ramai remaja lelaki seawal usia baligh yang melayari laman-laman ini bagi mengetahui dan mempelajari apa yang tidak pernah didedahkan kepada mereka oleh ibubapa mahupun pendidikan seks disekolah.

Perkara ini seringkali terjadi tanpa disedari oleh kedua ibubapa. Kemudahan teknologi yang disediakan oleh ibubapa telah disalahgunakan untuk mencari kepuasan dan pasangan seks. Sebenarnya ketika di usia remaja beginilah, perasaan ingin tahu atau curiosity melonjak-lonjak untuk mengetahui tentang kehidupan golongan gay dan homoseksual. Namun di sinilah peranan ibubapa dan pendedahan pada pendidikan seks itu penting untuk memberi nasihat, garis panduan dan membendung remaja ini dari bersikap melampaui batas.

Remaja yang berusia belasan tahun yang masih lagi mencari-cari orientasi seksual mereka dan sikap ingin tahu dan mencuba yang tinggi akan membuat mereka mudah terpengaruh dengan laman-laman web sebegini. Sekiranya tiada sebarang pengawasan dari ibubapa, kecanggihan melayari internet dan website pornografi akan memudahkan remaja-remaja ini terjerumus ke lembah homoseksual tanpa mereka sedari.

Selain itu, apa yang sangat saya khuatirkan diwasa ini adalah terdapat segelintir golongan gay yang turut mengambil kesempatan terhadap golongan remaja belasan tahun. Golongan jenis ini adalah golongan gay yang licik, bijak dan mempunyai status kewangan yang kukuh. Mereka ini merahsiakan identiti mereka di mata orang ramai dan seringkali dilihat bebas mendampingi remaja ini dengan berselindung disebalik hubungan abang angkat atau ayah angkat.

Ramai ibubapa tidak dapat menghidu atau menyedari hubungan sebenar yang berlaku diantara anak mereka dan abang atau ayah angkat tersebut. Malah ada sesetengah ibubapa ini mengalu-alukan kehadiran abang atau ayah angkat ini ke dalam keluarga mereka tanpa ada sebarang perasaan cemburu di hati.

Golongan abang atau ayah angkat ini akan mengunakan kuasa kewangan mereka untuk memancing atau memikat hati golongan remaja ini dengan kemewahan yang mungkin tidak dapat disediakan oleh kedua ibu-bapa kandung. Golongan remaja belasan tahun ini akhirnya menjadi tempat melepas nafsu golongan yang tidak bertanggungjawab ini.

Walaupun mereka sanggup diperlakukan sebegitu atas dasar keseronokan atau kemewahan wang ringgit, harus diingatkan bahawa remaja ini sebenarnya masih belum matang untuk menilai apa yang buruk dan baik tentang sesuatu perkara.

Sejak akhir-akhir ini trend golongan gay yang mempunyai kencenderungan nafsu yang kuat terhadap remaja-remaja lelaki yang jambu atau ‘pretty boys’ semakin menjadi-jadi. Saya ingin menyeru kepada golongan gay seperti ini supaya lebih bertimbangrasa dan mengawal nafsu mereka. Lagipun, golongan gay yang dewasa tidak seharusnya mengambil kesempatan keatas golongan remaja yang naive ini. Bayangkan apa akan terjadi dengan masa depan remaja-remaja ini?

Ibubapa juga harus berhati-hati dalam mengawal pergaulan anak-anak teruna mereka. Jika selama ini dalam masyarakat kita, ibubapa lebih bimbang atas keselamatan dan kesucian anak-anak gadis mereka dari ternoda sudah tiba masanya mereka juga menumpukan perhatian yang sama terhadap anak-anak teruna mereka.

Sebenarnya lebih mudah jika lebih ramai gay boleh bersikap terbuka tentang orientasi seksual mereka daripada menyamar dan menyembunyikan identiti sebenar mereka. Bukan maksud saya untuk berbangga menjadi seorang homoseksual. Setidak-tidaknya ini memudahkan ibubapa mengawal dan menyedari pergaulan anak-anak teruna mereka.

Akhir sekali nasihat saya kepada semua homoseksual di luar sana, walau siapapun diri kita, kita masih lagi mempunyai tanggungjawab sosiol terhadap masyarakat.

QUOTE
Rahsia urut gay tersingkap
user posted image
BEBERAPA pelanggan memasuki sebuah premis di Kuala Lumpur yang dipercayai menyediakan khidmat urut gay.

KUALA LUMPUR – Berselindung di sebalik kerja tukang urut, tetapi dalam masa yang sama menyediakan perkhidmatan seks songsang menjadikan mereka menerima pendapatan beribu-ribu ringgit sebulan.

Sekali urut, dapat komisen RM25 bagi seorang pelanggan dan biasa- nya turut mendapat tips yang biasa- nya tidak kurang RM50.

Dengan pendapatan lumayan, tukang urut gay bukan sekadar dapat cari duit lebih, malah ada di antara mereka sudah berhenti dari kerja tetap mereka dan menumpukan kerja sebagai tukang urut sepenuh masa.

Dalam penyamaran wartawan KOSMO! ke beberapa rumah urut gay di Kuala Lumpur semalam, rata- rata mereka mengakui upah urut yang diterima lumayan kerana mempunyai banyak permintaan.

Seorang tukang urut yang hanya dikenali sebagai Azrul, 23, berkata, dia pada mulanya hanya menjadikan kerja itu untuk mengisi masa lapang selepas berhenti daripada bekerja di sebuah restoran, tiga bulan yang lalu.

Selepas itu katanya, dia seronok kerana bukan sahaja menerima imbuhan lumayan, tapi juga tunai dan mengakui ia juga dapat memenuhi selera seks songsangnya.

“Kerja mengurut orang ini bukannya susah dan kadang-kadang boleh dapat duit tambahan (tips) daripada pelanggan sekiranya saya melayan mereka hingga puas,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi tukang urut yang dikenali sebagai Sam (bukan nama sebenar), 24, mengaku memperoleh pendapatan antara RM2,000 hingga RM 3,000 sebulan melalui perkhidmatan yang sama.

Beliau yang sudah melakukan pekerjaan itu sejak dua tahun yang lalu, dengan bayaran RM50 sejam, dia mampu mengurut lima hingga enam pelanggan sehari.

“Kebanyakan pelanggan yang datang ke sini terdiri daripada golongan gay yang ingin bersantai sambil mendapatkan khidmat urut badan,” katanya.

Bagaimanapun menurutnya, sekiranya mereka mahu mendapatkan perkhidmatan istimewa, caj berlainan dikenakan antara RM100 hingga RM150.

Tambah Sam, sebelum ini dia pernah bekerja beberapa tahun sebagai pelayan di sebuah restoran makanan segera di ibu kota sebelum diperkenalkan dengan pekerjaan itu oleh seorang kenalan.

“Saya mula bekerja di sebuah premis urut lelaki di Damansara. Di sana pendapatan agak mewah kerana kebanyakan pelanggannya terdiri daripada golongan kaya dan profesional.

“Bagaimanapun, selepas ia tutup beberapa bulan lalu, saya beralih ke sini pula,” jelasnya.

Sam berkata, kebanyakan pelanggannya terdiri daripada pelanggan tetap atau yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke situ melalui katalog gambar yang tertera di atas meja di premis berkenaan.

“Ada antara golongan ini yang terdiri daripada pelajar kolej, pekerja swasta termasuk pelancong asing, saya tidak memilih umur dan bangsa, asalkan mereka sanggup membayar harga yang ditetapkan sudah cukup untuk menampung kehidupan seharian,” katanya.

Mereka juga katanya, perlu bersaing dengan tukang urut warga asing yang berasal dari Pakistan, Myanmar, Thailand dan Filipina yang sering mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.
blue_april
‘Kerja tak tension, upah lumayan’
Oleh WARTAWAN KOSMO!


user posted image

KUALA LUMPUR – Urut naked!

Itu perkhidmatan yang paling digemari golongan gay di ibu kota yang ditawarkan di beberapa buah rumah urut di sekitar Kuala Lumpur.

Siasatan KOSMO! mendapati, urut naked atau bogel biasanya menjadi pilihan lelaki songsang, manakala urut body atau badan disediakan kepada pengunjung normal.

Kedua-dua perkhidmatan itu sudah tentu ada bezanya mengikut perkhidmatan yang terkandung di dalam pakej yang disediakan kepada pelanggan.

Bagi pelanggan yang ingin rasa seronok dengan khidmat lelaki gay mereka boleh membuat permintaan kepada tukang urut ketika bersama di dalam bilik.

Tawaran urut naked menawarkan belaian seperti pasangan kekasih.

KERATAN KOSMO! semalam.

Menyamar sebagai pelanggan, wartawan KOSMO! mengorek aktiviti songsang mereka.

KOSMO!: Apa beza dua pakej kat sini dik?

Tukang urut: Berbogel dan ikut kehendak pelanggan, bang. Jika nak urut naked, kita naked. Nak urut body kami urut, tapi pakai seluar dalam (gelak).

KOSMO!: Seronok ke macam ini? Awat tak buat kerja lain?

Tukang urut: Kerja ni mudah dan tak tension. Lagipun, boleh dapat pendapatan lumayan kerana upah bayar ikut komisen.

Kalau ramai pelanggan, banyaklah upah, sebab itu setiap pelanggan yang diurut perlu dilayan segala permintaannya. Jadi diorang ni (pelanggan) cari kami lagi.


KOSMO!: Berapa banyak dapat setiap hari?

Tukang urut: Adalah. Bergantung kepada jumlah pelanggan yang datang untuk berurut. Kadangkala boleh mencecah hingga RM150 sehari tidak termasuk tips.

KOSMO!: Abang tengok ada pekerja bangsa asing kat sini?

Tukang urut: Ada. Diorang ni datang dari Thailand, Myanmar dan Pakistan. Ada permit kerja, tapi ada juga guna pas lawatan sosiol cari peluang kerja kat sini.

jinggo
la.... pasal gay rupenye.
ingatkan pasal ilang teruna. KIH.... KIH... KIH....
blue_april
weh..day jd gayz..konpem la da ilang teruna...

jinggo!aku syak nko slh sorang yg tawar service urut2 nih..kekeke...
jinggo
QUOTE (blue_april @ Jan 4 2008, 03:56 PM)
weh..day jd gayz..konpem la da ilang teruna...

jinggo!aku syak nko slh sorang yg tawar service urut2 nih..kekeke...

a'ah, tp aku tawar servis urut utk pompuan jek. drool.gif
free jek. p yg gemok2 aku x mahu. HAHAHAHAHA.... devil.gif
blue_april
nape yg gemoks..nko x mau lak..lagik gebu wat...

neway..sbg laki kan..best ke ade org urut2 korang nye zakar yek..
rs ape?
jinggo
QUOTE (blue_april @ Jan 4 2008, 04:02 PM)
nape yg gemoks..nko x mau lak..lagik gebu wat...

neway..sbg laki kan..best ke ade org urut2 korang nye zakar yek..
rs ape?

ape la, aku x dpt nk jwb soklan ni. belom rase lg. HAHAHAHAHAHA.... teruna. cool.gif
blue_april
yer la..nko x pernah rs org urut nko..
so yg nko urut sendri2 tu...rs ape lak?muahaha...
jinggo
QUOTE (blue_april @ Jan 4 2008, 04:09 PM)
yer la..nko x pernah rs org urut nko..
so yg nko urut sendri2 tu...rs ape lak?muahaha...

atas permintaan cik blue april yg tgh meluap-luap x tahan nk tau jwpn.
hehe... devil.gif
rase cam urut la.
ala, cam la masing2 xtau. dah besor dah belake.
nk tau sgt try la urut2 yg masing2 punye sendri.
blue_april
helo!i xpernah urut2 tau....very sesuatuh la klu buat..
lagipon i nih xder la jenis horny..manjang jerq nak stim...x seswai kay...

eii..cam org mental jerq nak urut2 toot sendiri..bagi ppuan lerq..
klu laki..laen ceta..sbb korang mmg 24hrs horny yang amat...haha...
girlz
dis 1 discuss 4 gay topic okies..
kalo nk urut2 pi umah urut.xpun urut sendri jer whistling.gif
nfr
pernah hmpir mnjadi mangsa.. sad.gif
blue_april
QUOTE (nfr @ Jan 11 2008, 07:41 AM)
pernah hmpir mnjadi mangsa.. sad.gif

huh.gif huh.gif huh.gif
jadi magsa ape?
ZeMMs
QUOTE (blue_april @ Feb 8 2008, 03:43 PM)
QUOTE (nfr @ Jan 11 2008, 07:41 AM)
pernah hmpir mnjadi mangsa..  sad.gif

huh.gif huh.gif huh.gif
jadi magsa ape?

Jangan la tanya.. tu sejarah hitam dlm hidup dia tu... sweat.gif
nalia10
hahahaha...pertanyaan blue ngan jawapan zemms tersangat la innocent aku rasa..ekekekeke lol.gif
cian nfr hampir2 jadik mangsa yer..isk isk isk... hmm tu la, kalau satu bilik duk laki ngan pempuan lain plak jadiknya...kalau laki ngan laki..kisah lain plak jadinya...dunia dunia.. sweat.gif
jinggo
QUOTE (nalia10 @ Feb 8 2008, 09:56 PM)
hahahaha...pertanyaan blue ngan jawapan zemms tersangat la innocent aku rasa..ekekekeke lol.gif
cian nfr hampir2 jadik mangsa yer..isk isk isk... hmm tu la, kalau satu bilik duk laki ngan pempuan lain plak jadiknya...kalau laki ngan laki..kisah lain plak jadinya...dunia dunia.. sweat.gif

ish... sih... ish....
eh, salap wat bunyi lak. lol.gif

kalo camni la, aku rela dok sebilik ngan pompuan. hehe.... laugh.gif
arie_gaban
walaupun aku dah kawin beberapa bulan..
aku rasa macam masih anak terunaaaa jek..
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2012 Invision Power Services, Inc.
Lo-Fi 1.1 iDS Beta, Originally written by Matt,
re-written by Shaun Harrison, Layer 04.com, for pre IPB2.0 versions.