Help - Search - Member List - Calendar
Full Version: Struktur Baru UUM>ape pendapat korg?
Forum Universiti Utara Malaysia > Berita & Isu Semasa

Pages: 1, 2
girlz
Perubahan struktur universiti daripada 13 fakulti sekarang kepada tiga fakulti atau tiga kolej iaitu Kolej Perniagaan
(College of Business), Kolej Sains dan Sastera (College of Arts and
Sciences) dan Kolej Undang-undang, Kerajaan & Perniagaan Antarabangsa(College of Law, Government & International
Studies), akan berkuatkuasa 15 Ogos ini.
Lembaga Pengurusan Universiti UUM bersetuju dengan langkah
menstrukturkan kembali universiti bagi mendapatkan lebih kekuatan dalam pemasaran program universiti dengan lebih berkesan, malah LPU bersetuju untuk memberi penerangan kepada
Ahli Senat Universiti, esok.Bercakap dalam perhimpunan bulanan di Dataran Perdana pagi ini, Naib Canselor UUM Tan Sri Dr. Nordin
Kardi mengajak semua kakitangan dan pelajar untuk bersama-sama
menjayakan satu perubahan besar ini. “Kini kita tidak lagi bercakap
mengenai jadi atau tidak jadi, dan kita tidak lagi akan berundur ke belakang kerana LPU sendiri sudah setuju, kita bercakap mengenai bagaimana langkah untuk menjayakan rancangan ini. ”Sebuah jawatankuasa khas telah diwujudkan yang akan bersidang setiap
hari sehingga 15 Ogos ini dan beberapa jawatankuasa lain untuk menjayakan perubahan baru ini,” katanya. Dalam penstrukturan baru ini, tiga Penolong Naib Canselor akan dilantik, masing-masing tiga dekan bagi setiap kolej iaitu Dekan Akademik, Dekan Penyelidikan dan Pasca Siswazah serta Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan Keusahawanan. Selain itu, penstrukturan baru ini juga memansuhkan jawatan Ketua Jabatan, sebaliknya akan wujud Pengerusi Program.
Dr. Nordin berkata, semua dekan yang ada sekarang masih lagi berfungsi
15 Ogos Kuat Kuasa Struktur Baru sehingga hujung tahun ini, bagi
membolehkan transisi pentadbiran berjalan dengan lancar. ”Dalam empat bulan ini, dekan dan ketua jabatan sedia ada masih lagi berfungsi seperti biasa bagi menyempurnakan tugas masingmasing,
tetapi tidak akan ada perubahan dan dasar baru diwujudkan.
”Semua pelantikan baru akan berfungsi sepenuhnya pada 1 Januari 2008
dalam transisi yang licin dan anggota pentadbiran lama akan membereskan kerja mereka terlebih dahulu,” katanya.
Mengapa perubahan ini dilakukan sedangkan struktur yang ada sekarang
sudah elok? ”UUM sekarang memang dalam keadaan elok, tetapi persekitaran berubah yang memerlukan UUM juga berubah lebih cepat. Sebagai contoh, ada sebuah syarikat penghantaran surat
yang cekap dan mempunyai pekerja yang sangat bagus. ”Persekitaran tiba-tiba berubah melalui ciptaan mesin faks, dan syarikat penghantaran surat itu akhirnya tersungkur kerana tidak melakukan
perubahan yang sesuai, walaupun mempunyai sejarah dan kakitangan
yang hebat,” kata Dr Nordin.
Apa yang akan berlaku kepada universiti ini 10 tahun akan datang?
”Pada masa itu, saya dan sesetengah rakan-rakan di sini sudah bersara.
Sambil minum kopi waktu itu, kita akan bangga dikaitkan dengan UUM jika ia menjadi sebuah universiti berprestij dan hebat. ”Kejayaan penstrukturan baru ini bukan boleh dilihat sehari dua ini, tetapi
mengambil sedikit masa dan usaha bersungguh-sungguh hari ini untuk
menjayakannya. Perubahan mesti dilakukan walaupun nyawa sudah berada dihujung hidung,” katanya.
girlz
College Programmes
College of Business
PhD, DBA, MBA, MHRM, MSc (Management), MSc(Finance), MSc (Banking), MSc (Insurance), MSc (Islamic Banking), MBA (Acct), MBA (Pro. Acct), MSc (MAP), MSc (Acct), MSc (Int. Acct), MBA (SCM), MSc (Tech. Management), BBA, BBA (Log. & Transportation), BMA,
B. Ent., BHRM. BPOM, BMOT, BIBM, B. Mkt., B. Fin., B. Bank., BRMI, BIFB, B. Acct., B. Acct (IS).

College of Arts and Sciences
PhD, MSc (IT), MSc (Intelligent System), MSc (Techno.), MSc (Dec. Sc.), M.Ec., MBA (Tourism), MSc (Trsm. Mgmt),
MA (Ap. Ling), MA (CLMS), MA (Comm), MA (M. Comm), MA (Psy),
MSc (Counselling), MSc (OSHM), Med (Curriculum & Instruc),
Med (ELT), Med (Edu Mgmt), MA (History), MA (Is. Stu.), BIT, BMM,
B. Ind. Stat., B. Dec. Sc., B. Bus. Math, B. Couns., BSWM,
B. Soc Work Mgmt, B. Edu, B. Ec., B. Agri. Business, BTM, BHM

College of Law, Government and International Studies
PhD, LLD, LLM, MA (Pol. Sc.), MSc (Strategic Stu.),
MA (Art), MA (Sociology), MPM,
girlz
tah ler..aku pun still lg pening dok pikir psl idea baru NC nih.. blush.gif
dgr cite struktur baru yg bakal d'lksanakn di UUM ni lebey kureng = struktur univ d'oversea.. whistling.gif

jinggo
ok la tu. xde la byk sgt kapla... laugh.gif
Dato_Seri
QUOTE (jinggo @ Aug 8 2007, 11:35 AM)
ok la tu. xde la byk sgt kapla... laugh.gif

...dan setiap kepala mempunyai kuasa yang lebih besar, bermakna lagi besar la kepala dia... hahahaha.... laugh.gif
NIXK
aku mmg suka cara nih.

mean setiap kepala kolej makin besar kuasanya senang nak tadbir.

dan sesungguhnya kepala yg besar itu cukup best. devil.gif
Mr FiQ
Aku berbangga....

thumbup.gif
nfr
perubahan2 uum yg dilihat..

- student gantung kad matrik di leher..
- bas utk student dah bertukar warna..
- smua kolej cat warna putih..
- hotel EDC uum dah mula operasi..

p/s: tgk aritu ada bas FAM kat EDC..mungkin bas u-19 malaysia yg friendly dgn pasukan presiden kedah kot.. unsure.gif
ZeMMs
gantung kad matriks kat leher tu ramai dah buat dulu (aku salah sorang ler tu)...

Tapi kalo sumer kolej cat warna putih.... tak syok la camtu. dah takde identiti tersendiri.. sad.gif
jinggo
QUOTE (ZeMMs @ Aug 11 2007, 10:54 AM)
gantung kad matriks kat leher tu ramai dah buat dulu (aku salah sorang ler tu)...

Tapi kalo sumer kolej cat warna putih.... tak syok la camtu. dah takde identiti tersendiri.. sad.gif

pesal semer ikot kaler kolej tnb...? lol.gif
girlz
correction,
de lg kolej2 yg x d'cat ngan kaler putih..bkn sume..cthnye cm kolej tradewind..still lg merah.. whistling.gif
bab gantung matrix card kt leher tu uum mmg da wajibkn pun..bkn student jer>staf pun kna gak lol.gif poyo ar..cm skema jer... blablabla.gif

NIXK
mcm budak tadika. wakakkakaa.gif
ZeMMs
ye ker kolej tradewinds still kaler merah?
apasal aku tengok kat website diorg cam dah kaler putih jer?

http://webstud.uum.edu.my/pernas
NIXK
QUOTE (ZeMMs @ Aug 12 2007, 12:43 PM)
ye ker kolej tradewinds still kaler merah?
apasal aku tengok kat website diorg cam dah kaler putih jer?

http://webstud.uum.edu.my/pernas

tlg pada webdesigner pernas,tlg buat cantik2.buruk giler.serius talk.
blue_april
asek bertukar konsep jer...
modul2 course x nak ubah skali ke..?
ZeMMs
QUOTE (blue_april @ Aug 12 2007, 07:36 PM)
asek bertukar konsep jer...
modul2 course x nak ubah skali ke..?

Tu la.. modul2 sume dah ketinggalan zaman dah...
especially modul2 IT kene slalu up to date.. coz IT ni cepat berkembang.. kalo tak update nanti student2 sume ketinggalan..
nfr
banyak pembangunan di UUM skng ni..
DKG baru akn dibina..pusat kesihatan baru..
pusat budaya seni pun akn dibina..
rasa mcm x pcaya ja..
girlz
Hmm..komen aku psl sistem College skrg mmg da stabil sket..
Bab akademik ok, xde mslh..cuma bab pentadbiran la kaco sket..sbb byk yg da berubah..
VC kita --> Tan Sri Nordin Kardi ttp sma & masih lagi sambung perkhidmatan di UUM..
Bangunan akademik baru yg bakal dibina --> DKG6 (masih dlm projek pembinaan)
PKU --> telah dibesarkan..mcm hospital pun ada skali tgkla..
so far..mmg byk perubahan la UUM kita skrg nie.. wink.gif
blue_april
bina2 bnyk2 nih..menghasilkan students yg berkualiti ke?
girlz
QUOTE (blue_april @ May 30 2009, 02:52 AM)
bina2 bnyk2 nih..menghasilkan students yg berkualiti ke?

yg ni ko kna try wat research tgk kalo nk jwpn.. whistling.gif
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2012 Invision Power Services, Inc.
Lo-Fi 1.1 iDS Beta, Originally written by Matt,
re-written by Shaun Harrison, Layer 04.com, for pre IPB2.0 versions.