Help - Search - Member List - Calendar
Full Version: Sah!!! Pak Lah kahwin sabtu ini...
Forum Universiti Utara Malaysia > Berita & Isu Semasa

Dato_Seri
QUOTE
Perdana Menteri Kahwini Jeanne Abdullah Sabtu Ini

PUTRAJAYA, 6 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melangsungkan perkahwinan dengan Jeanne Abdullah, 53, pada Sabtu ini, demikian diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Majlis akad nikah pada hari itu akan dilangsungkan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Jeanne dilahirkan di Kuala Lumpur pada 29 Julai 1953 dan merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Beliau mempunyai dua orang anak perempuan, Nadiah dan Nadene.

Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan perhotelan, serta pernah bertugas sebagai pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan pengurus Kompleks Seri Perdana.

blue_april
user posted image

Oleh/By : DATO' SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI
PERDANA MENTERI MALAYSIA


Tempat/Venue : PEJABAT PERDANA MENTERI, PUTRAJAYA
Tarikh/Date : 06/06/2007
Tajuk/Title : KENYATAAN MEDIA MENGENAI PENGUMUMAN

MAJLIS AKAD NIKAH YAB PERDANA MENTERI
Pejabat Perdana Menteri

KENYATAAN MEDIA MENGENAI PENGUMUMAN
MAJLIS AKAD NIKAH YAB PERDANA MENTERI

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri Dato’ SeriAbdullah Ahmad Badawi akan melangsungkan majlis akad nikah denganJeanne Abdullah pada hari Sabtu 9 Jun 2007 bersamaan dengan 23Jamadilawwal 1428 Hijrah.

Jeanne Abdullah dilahirkan di Kuala Lumpur pada 29 Julai 1953 danmerupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik. Beliaumenerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyaipengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran dan penghotelan setelahterlibat dalam pengurusan beberapa hotel terkemuka di Malaysia,termasuk Hotel Hilton Kuala Lumpur dan Hotel Pan Pacific. Jeanne jugapernah bertugas sebagai Pengelola kediaman rasmi Timbalan PerdanaMenteri dan Pengurus Kompleks Seri Perdana.

Jeanne mempunyai dua orang anak, Nadiah dan Nadene.

Majlis berkenaan akan diadakan di Seri Perdana dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

Copyright® 2007. All rights reserved. The Government of Malaysia | Mail to PM
ZeMMs
Alhamdulillah.. bergumbiralah pak lah biggrin.gif
girlz
selamat pengantin baru diucapkan kpd pak lah & pasangan nye..
smoge mereka brbahagia ke akhir hayat..
amin.. wink.gif
nalia10
selamat berbahagiaaaa.... thumbup.gif
btw..rupanya Jeanne ni adik ipar arwah bini dia..aduhhh xda org lain ka? tongue.gif
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2012 Invision Power Services, Inc.
Lo-Fi 1.1 iDS Beta, Originally written by Matt,
re-written by Shaun Harrison, Layer 04.com, for pre IPB2.0 versions.