Help - Search - Member List - Calendar
Full Version: Lelaki Melayu Bermasalah?
Forum Universiti Utara Malaysia > Bilik Debat & Pendapat

Pages: 1, 2, 3
blue_april
QUOTE
Lelaki Melayu bermasalah?

Pada ketika Wawasan 2020 hanya tinggal 13 tahun sahaja lagi, saya percaya kita semua harus bekerja kuat pada masa ini. Namun, saya berasa kecewa dengan sikap kaum lelaki Melayu di negara ini.

Baru-baru ini, saya dan beberapa orang rakan perempuan melalui Stadium Hoki Jalan Pantai Bahru di Lembah Pantai. Pada masa itu, ada sekumpulan pelajar lelaki sedang berehat di tepi pagar dengan hanya berseluar pendek dan tidak berbaju. Saya percaya mereka adalah pelajar sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur.

Sudahlah tidak berpakaian dengan sopan, mereka tanpa segan silu bersiul dan cuba mengganggu kami. Entah apa agaknya di fikiran mereka. Mereka ingat lulusan luar negara seperti kami ini berminat hendak berkenalan dengan budak sekolah yang belum habis belajar seperti mereka.

Saya dan kawan-kawan sebenarnya sudah banyak kali diganggu lelaki-lelaki muda tidak bertamadun seperti ini dan berasa sangat sakit hati setiap kali diganggu seperti itu. Kadang-kadang, yang mengusik itu hanya berpakaian compang-camping dan kotor, berbau seperti sudah 10 tahun tidak mandi dan kelihatan seperti penagih dadah pun masih berani mengganggu anak gadis orang.

Pernah suatu ketika saya berada di Bangsar, saya nampak seorang lelaki berpakaian selekeh dengan rokok di tepi bibirnya mengganggu dua orang pelancong wanita berbangsa Inggeris yang hendak ke restoran mamak di situ. Dua pelancong wanita itu kelihatan takut, lalu beredar dari situ dengan segera. Barangkali niat mereka untuk mencuba makanan mamak, terbatal.

Saya berpendapat, sikap lelaki Melayu tidak berubah walau betapa maju pun negara kita. Mereka masih beranggapan wanita perlukan mereka dan mereka tidak peduli untuk memalukan diri sendiri dengan berperangai seperti itu.

Banyak pelajar perempuan di universiti enggan bekerjasama dengan pelajar lelaki kerana mereka merasakan pelajar lelaki memang tidak boleh diharap. Walaupun mereka lulusan luar negara, kerap kali pelajar lelaki kaum lain jauh lebih baik daripada pelajar lelaki Melayu.

Diganggu

Saya menetap di luar negara selama dua tahun ketika belajar di sana dan dalam tempoh itu, saya tidak pernah diganggu walaupun berjalan seorang diri pada pukul 2 pagi pada malam Sabtu. Sebaik sahaja pulang ke Malaysia selama dua bulan ini, sudah ada tiga lelaki Melayu yang berperangai seperti sampah, bersiul dan mengganggu saya yang berjalan di pesiaran kaki di ibu kota. Setelah pulang dari luar negara, saya berpendapat lelaki-lelaki Inggeris lebih bersopan santun daripada lelaki Melayu, sekalipun kita selalu berpendapat mereka itu tidak bermoral. Saya tidak pernah disentuh walau seinci pun oleh lelaki-lelaki Inggeris.

Saya pernah menghadiri sebuah parti untuk mengumpul data kajian saya dan saya tidak dipaksa minum arak, sekalipun arak dihidangkan di parti itu. Setelah melihat sendiri budaya dan cara hidup bangsa Inggeris yang selalu kita katakan tidak bermoral, saya berpendapat sebenarnya mereka jauh lebih baik daripada lelaki Melayu.

Golongan wanita tidak kira daripada bangsa apa pun, lebih selamat berada di kalangan lelaki Inggeris daripada bersama lelaki Melayu. Sekumpulan lelaki Inggeris pun tidak pernah menimbulkan sebarang gangguan. Tetapi kalau lelaki Melayu, seorang pun cukuplah untuk menimbulkan masalah.

Saya tidak faham mengapa lelaki Melayu mesti berkelakuan begitu buruk sekali. Fikirkanlah. Lelaki Melayu di Kuala Lumpur pun berperangai seperti ini, bagaimana di kampung-kampung? Budak-budak sekolah semuda 16 tahun sudah pandai mengusik anak gadis orang, bagaimana sikap mereka apabila dewasa kelak?

Janganlah harap mereka akan berubah sendiri apabila dewasa kerana lelaki seperti mereka inilah yang akan mengabaikan keluarga mereka kelak. Seorang ilmuwan pernah berkata; "Jika hendak tahu keadaan masyarakat pada zaman hadapan, lihatlah anak-anak muda hari ini."

Jika perempuan boleh dilatih sejak kecil untuk menguruskan rumah tangga, kenapa tidak lelaki juga dilatih bertanggungjawab? Kerap kali kita mendengar golongan tua meleteri gadis-gadis muda, "Kalau tidak tahu masak macam mana nak kahwin?" Kenapa tidak katakan perkara yang sama kepada anak-anak lelaki? Kenapa tidak ada yang berkata, "Kalau perangai macam sampah, macam mana hendak kahwin?"

Saya hendak berterus-terang; saya sudah bosan dengan sikap lelaki Melayu yang terus-terusan menimbulkan masalah dan sentiasa juga enggan mengaku itu ialah masalah mereka. Malah, mereka tidak pun berasa malu mempertanggungjawabkan orang lain atas masalah mereka.

Atas tujuan mewujudkan persekitaran yang lebih selesa untuk wanita supaya mereka bebas keluar masuk rumah mereka, saya mencadangkan agar lelaki-lelaki yang bersantai di tepi jalan yang mengusik anak-anak gadis didakwa atas kesalahan melakukan gangguan sosial.

Mereka ini perlu diajar menghormati wanita. Wanita bukannya bodoh seperti dahulu. Yang bodoh sekarang ini ialah lelaki Melayu, kerana tidak tahu memanfaatkan keadaan negara yang aman dan makmur ini.

Barangkali saya bersikap terlalu cauvinis wanita. Tetapi saya percaya cauvinis wanita tidak akan wujud jika puncanya tidak ada. Fikirkanlah. Lelaki Melayu sudah semakin terpinggir. Masihkah kita mahu berpeluk tubuh?

– AKMAL FAIRUZ,
Victoria University of Wellington,
New Zealand.


Any comment?
NIXK
benda ni sudah hangat diperbincangkan di dlm internet.siap ada beberapa surat2 pembaca membidas lagi si akmal ni.doktor perubatan belajar kat oversea pun bidas dah kenyataan ni.

akmal ni kesunyian.dia nak tarik perhatian org.tu jer.
blue_april
QUOTE
Pada ketika Wawasan 2020 hanya tinggal 13 tahun sahaja lagi, saya percaya kita semua harus bekerja kuat pada masa ini. Namun, saya berasa kecewa dengan sikap kaum lelaki Melayu di negara ini.

arh..aku pun ade kecewa gak sket2..tp xder la meroyan cam minah berlagak nih..

QUOTE
Baru-baru ini, saya dan beberapa orang rakan perempuan melalui Stadium Hoki Jalan Pantai Bahru di Lembah Pantai. Pada masa itu, ada sekumpulan pelajar lelaki sedang berehat di tepi pagar dengan hanya berseluar pendek dan tidak berbaju. Saya percaya mereka adalah pelajar sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur.

Sudahlah tidak berpakaian dengan sopan, mereka tanpa segan silu bersiul dan cuba mengganggu kami. Entah apa agaknya di fikiran mereka. Mereka ingat lulusan luar negara seperti kami ini berminat hendak berkenalan dengan budak sekolah yang belum habis belajar seperti mereka.

mak aih berlagaknye...cam baguz jer grad oberc yek!..aku rs minah ni type yg skema2..nerd...dulo2 ms skolah..xde org kaco kot...tu psl bile ade dak laki yg hingusan kaco terus meroyan x tentu psl...ek eleh..!!

QUOTE
Setelah pulang dari luar negara, saya berpendapat lelaki-lelaki Inggeris lebih bersopan santun daripada lelaki Melayu, sekalipun kita selalu berpendapat mereka itu tidak bermoral. Saya tidak pernah disentuh walau seinci pun oleh lelaki-lelaki Inggeris.

nape??ko terign disentuh lelaki Inggeris ke...+++ because ure not attractive enough for them ler tu...

Mereka ini perlu diajar menghormati wanita. Wanita bukannya bodoh seperti dahulu. Yang bodoh sekarang ini ialah lelaki Melayu, kerana tidak tahu memanfaatkan keadaan negara yang aman dan makmur ini.
aku rs ppuan zmn skrg lagi x cerdik...hahaha.. laugh.gif
nalia10
Oo..hal ini terlalu subjektif untuk diperkatakan...kalau semua lelaki melayu jahat, bermasalah and x bermoral, akmal ni kena pk dulu sblm kuarkan statement camtuh..sbb nya, ayah akmal pun seorang lelaki dan aku ingat setentunya org melayu dehh.. xkan pulak akmal xde adik lelaki?? mesti camtu gak perangainya... tongue.gif

QUOTE
Mereka ingat lulusan luar negara seperti kami ini berminat hendak berkenalan dengan budak sekolah yang belum habis belajar seperti mereka.

penuh keyakinan si akmal ni kuarkan statement ya..jgn dikata begitu..cinta itu buta dongg...x kira lulusan luar atau dalam negara sekali ponn blush.gif

QUOTE
saya tidak pernah diganggu walaupun berjalan seorang diri pada pukul 2 pagi pada malam Sabtu. Sebaik sahaja pulang ke Malaysia selama dua bulan ini, sudah ada tiga lelaki Melayu yang berperangai seperti sampah, bersiul dan mengganggu saya yang berjalan di pesiaran kaki di ibu kota.

agaknya mat2 saleh tu x berminat ngan akmal, tu pasai diaorang x kacau.. kalau lelaki melayu kacau tu maknanya diaorang suka la tuh ngan akmal..btw apa kejadahnya merayap kul 2 pagi tuh?? unsure.gif x manis langsung pompuan merayap kul 2 pagi.. laugh.gif

Hoho..nampaknya akmal ni bias terhadap lelaki...xpo, masing2 punya pendapat. aku nya nasihat tuk si akmal ni...ko kawen je la ngan mat saleh sbb diaorang baik.. jgn pulak ko kawen ngan lelaki melayu..kan merana nnt..hah sape susah! lol.gif
blue_april
aku x taw lak..klu org kaco kite maknenye diaorg ske..
ske yg bagaimana tu...???hermm
nalia10
QUOTE
aku x taw lak..klu org kaco kite maknenye diaorg ske..
ske yg bagaimana tu...???hermm


Oho..bukan suka mcm dia nak kan kita..uishhh idak la
maknanya camni... lelaki kan kalau lagi payah dia nak usha..lagi dia suka..semakin kita menyampah smakin dia suka..
so, agaknya si akmal ni bila ngan lelaki melayu jual mahal sgt..tu yg diaorang ska nak kaco tuh..
kalu ngan mamat saleh tu..maybe dia merenyam abis..tu diaorang xde interest nak kaco..
statement dia lebih +ve kepada abg2 saleh..
aduhh sweat.gif
NIXK
QUOTE (nalia10 @ May 31 2007, 09:22 PM)
QUOTE
aku x taw lak..klu org kaco kite maknenye diaorg ske..
ske yg bagaimana tu...???hermm


Oho..bukan suka mcm dia nak kan kita..uishhh idak la
maknanya camni... lelaki kan kalau lagi payah dia nak usha..lagi dia suka..semakin kita menyampah smakin dia suka..
so, agaknya si akmal ni bila ngan lelaki melayu jual mahal sgt..tu yg diaorang ska nak kaco tuh..
kalu ngan mamat saleh tu..maybe dia merenyam abis..tu diaorang xde interest nak kaco..
statement dia lebih +ve kepada abg2 saleh..
aduhh sweat.gif

sukati dia la nak bagi positif kat mat salleh.ntah ape2 ntah.dah tu statement dia.

sibuk lak ko nih blablabla.gif
noname
wahh... panas jugak tu posting Akmal Fairus itu... Panas tak telinga lelaki?

tapi aku rasa, kalau dia tak menarik perhatian (seksi or berpakaian ala2 peliks) lelaki, takde la lelaki nak usik... kalau dah pakaian cam org barat tu jugak (tak sopan), mesti la lelaki melayu ni usik... sebab? tak sama cam budaya Melayu (tapi mengaku lak minah tu org Melayu ek?). Yang kau pegi kat tempat2 ramai org2 lelaki camtu tu wat ape? adedessss.. kalau tak suke, jalan la kat tempat yang lagi selamat....

Tapi bagi aku, lelaki tu biase lerrr.. mengusik.. dah kalau tak usik pompuan, tak kan nak usik lelaki kot? lol.gif
jinggo
ala, yg taja dia p blaja tu pon bkn diuruskan oleh org lelaki ke gamaknye...? ekekekeke...
ZeMMs
Laa Akmal Fairuz tu pompuan ke? apasal name cam laki? ades.. terkonpius aku kejap doh.gif
jinggo
QUOTE (ZeMMs @ Jun 1 2007, 09:15 AM)
Laa Akmal Fairuz tu pompuan ke? apasal name cam laki? ades.. terkonpius aku kejap doh.gif

tu sbb agaknye dia benci ngat ke lelaki melayu kot. sbb dia dpt name cam laki. wakakkakaa.gif
nalia10
QUOTE
sukati dia la nak bagi positif kat mat salleh.ntah ape2 ntah.dah tu statement dia.

sibuk lak ko nih  blablabla.gif


apa ke hell nya dia nih.. doh.gif nyibuk lebih..ikut suka ati limpa pankreas aku la..dulik apa ko..bukan aku cakap pasal ko ponn.. whistling.gif
Dato_Seri
aku sikit pun tak rasa apa2.. sbbnya aku bukannya mcm tu.. tapi ada sesetengahnya betul jugak apa yang dia cakap tu. kebanyakan lelaki melayu sekarang mcm tu la... perangai mcm setan.. asal nampak pompuan je, asyik nak bersiul... tapi aku tak stuju bila dia asyik puji je lelaki inggeris tu. soal moral ni terlalu subjektif dan tidak berkaitan dengan bangsa. lelaki inggeris pun byk yg xde moral. cumanya dorang tak kacau minah ni maybe sbb x cun kot.. tgk pun xde selera... hahahaha...
twinstar05
QUOTE
Mereka ingat lulusan luar negara seperti kami ini berminat hendak berkenalan dengan budak sekolah yang belum habis belajar seperti mereka.


Hmmmmmmmm.......SOMBONG sungguh pompuan ni........benarkah pompuan Melayu terutama pelajar Melayu boleh selamat dengan orang kulit putih tu.........jenayah ganas tak pernah wujudkah dalam kalangan komuniti OMPUTIH tu.....kalau OMPUTIH tu hormat sangat kat wanita mengapa wujud perkosa, rogol, bunuh berlaku ke atas wanita dalam perang Bosnia, perang Iraq dan lain2 perang yang wujud sejak dulu.....keadaan perang tidak menghalalkan hal2 berkenan kalau benar2 mereka mengikuti undang2 dalam peperangan....dalam masyarakat OMPUTIH tu tak de jenayah dasyat terhadap wanita...macam mana dengan jenayah rogol dan bunuh dan kemudian mayat di potong2 hingga beberapa kerat...tak wujudkah jenayah dikalangan lelaki OMPUTIH tu, benarkah mereka amat sopan kepada wanita....POOODAHHHHHHHHHHHH........?????KARUT SI MINAH MELAYU ni...........alaaaaaaaaaaaaaaa...kalau setakat duduk dalam kampus pengajian mungkinlah selamat.....cuba keluar dari kampus sorang2.....bukan setakat di rogol...mungkin daging pun di makan oleh OMPUTIH tu.....hmmmmmmmmm.....hot betul aku dengan MINAH ni....Dia tu dah habis belajarkah...pandai2 mengata orang lain belum habis belajar....
kALAU sombong MACAM NI LAH SI WANITA mELAYU NI.....USAH HARAPLAH LELAKI MELAYU AKAN TERHEGEH2 NAK MASUK MEMINANG........MUNGKIN LELAKI BANGLA LAH KUT.........OPS, TERLAMPAU LAK AKU NI........Sebenarnya aku tak habis baca terus komen sebab aku menyampah dengan ayat yang aku QUOTE tu......hmmmmmmmm..
ZeMMs
Aku ada tanya udak seblah aku yg seblum ni keje kat UK selame 3 tahun.. aku tanye dia.. antara Malaysia ngan UK, mana yg dia lebih prefer utk tinggal..

Dia cakap UK... aku tanya naper?

Dia kata dia rasa lebih selamat kat UK kalau nak jalan sorang2.. berbanding kat Malaysia..... lol.gif
Dato_Seri
QUOTE (ZeMMs @ Jun 2 2007, 03:31 PM)
Aku ada tanya udak seblah aku yg seblum ni keje kat UK selame 3 tahun.. aku tanye dia.. antara Malaysia ngan UK, mana yg dia lebih prefer utk tinggal..

Dia cakap UK... aku tanya naper?

Dia kata dia rasa lebih selamat kat UK kalau nak jalan sorang2.. berbanding kat Malaysia..... lol.gif

sama ada kita suka atau tak suka, itulah hakikatnya.... jgn kita komen pandangan minah tu dengan mengikut emosi. thumbup.gif
ZeMMs
QUOTE (Dato_Seri @ Jun 2 2007, 04:22 PM)
QUOTE (ZeMMs @ Jun 2 2007, 03:31 PM)
Aku ada tanya udak seblah aku yg seblum ni keje kat UK selame 3 tahun.. aku tanye dia.. antara Malaysia ngan UK, mana yg dia lebih prefer utk tinggal..

Dia cakap UK... aku tanya naper?

Dia kata dia rasa lebih selamat kat UK kalau nak jalan sorang2.. berbanding kat Malaysia..... lol.gif

sama ada kita suka atau tak suka, itulah hakikatnya.... jgn kita komen pandangan minah tu dengan mengikut emosi. thumbup.gif

ya betul.. mostly dlm thread ni reply ikut emosi aku tengok... hakikatnye tak salah pun ape yg udak tu cakap.. just sebab dia bunyi cam blagak sket bukan bmakne ape dia ckp tu tak betul sumenyer... dry.gif
blue_april
Jangan hukum lelaki Melayu

SURAT 1
QUOTE

SAYA amat tertarik dengan komentar saudari Akmal Fairuz dalam ruangan Forum, Utusan Malaysia bertarikh 22 Mei 2007.

Sebagai individu yang pernah belajar di United Kingdom selama empat tahun, saya bersetuju dengan pendapat beliau yang menyatakan lelaki barat jauh lebih bermoral daripada kebanyakan lelaki Melayu di Malaysia.

Mereka lebih mudah memberikan tempat duduk mereka kepada wanita atau kanak-kanak semasa menaiki kenderaan awam.

Mereka juga bersedia membuka pintu jikalau kita mendukung anak atau waktu tangan kita sarat membawa barang-barang.

Namun saya terkilan dengan kata-kata Akmal Fairuz di akhir tulisan beliau.

Beliau mengatakan, “Mereka ini (lelaki Melayu) perlu diajar menghormati wanita. Wanita bukannya bodoh seperti dahulu. Yang bodoh sekarang ini ialah lelaki Melayu, kerana tidak tahu memanfaatkan keadaan negara yang aman dan makmur ini.”

Atas dasar apakah Akmal Fairuz membuat kenyataan bahawa wanita dahulu bodoh? Pada pengamatan saya, walaupun ibu bapa atau nenek moyang kita dahulu tidak belajar hingga ke universiti apatah lagi keluar negara, tetapi kebanyakan mereka pandai mendidik anak-anak.

Kerana didikan wanita-wanita dahulu maka kita mempunyai pemimpin yang berkaliber, pentadbir dan pengurus yang berwawasan, anak-anak muda yang mencipta pelbagai kejayaan di persada dunia.

Kenapa sampai mengecam wanita dahulu sebagai bodoh hanya kerana marahkan lelaki-lelaki yang tidak menghormati wanita?

Wanita dahulu lebih terjaga adabnya dan terpelihara maruahnya. Mereka tahu menjaga batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Bersifat pemalu dan bersopan-santun. Adakah sikap sebegini yang menyebabkan mereka ini dikatakan bodoh?

Hari ini kita dapat lihat betapa ramai wanita yang cemerlang dari segi akademiknya tapi runtuh moral dan peribadi mereka.

Wanita-wanita yang hebat dalam bidang akademik ini belum tentu pandai dan bijak mendidik anak-anak mereka.

Apa yang penting sebenarnya ialah kita semua tahu tanggungjawab kita sebagai seorang Islam, sebagai seorang lelaki dan sebagai seorang perempuan. Tegur-menegur itu penting tapi jangan sampai menghina sesiapa sebagai bodoh.

– DR. FAUZIAH MOHD. NOOR,


SURAT 2
QUOTE
SEBAGAI seorang yang pernah tinggal di New Zealand, Australia, Amerika Syarikat dan England kesemuanya lebih 22 tahun (bukan dengan kedutaan Malaysia), saya kira saya layak mengulas tulisan Akmal Fairuz ini.

Pertama, inilah sindrom anak-anak muda kita yang dihantar belajar ke negara-negara berbahasa Inggeris.

Tidak sampai pun empat tahun di sana mereka pulang dengan pemikiran semua yang terdapat di negara berkenaan baik belaka.


Walhal pemikiran-pemikiran ini kadang-kadang sempit dan tidak objektif.

Sebagai seorang terpelajar Akmal seharusnya mengemukakan pertanyaan kenapa setengah-setengah muda-mudi Melayu berkelakuan demikian, sebab tiap fenomena buruk mesti ada sebab musababnya.

Adakah ini kerana agama sudah diabaikan. Atau adakah ia disebabkan persekitaran yang kita wujudkan sendiri di mana hiburan adalah segala-galanya.

Atau adakah ia disebabkan masalah sosio-ekonomi di mana bangsa Melayu sendiri merasa seperti mereka merempat di tanah airnya sendiri.

Akmal pergi belajar di New Zealand, sebuah negara di mana bilangan kambing-birinya jauh melebihi penduduknya dan nilai-nilai dan cara-cara hidup adalah lebih baik dari England sendiri.

Waktu saya di New Zealand 30 tahun lalu, hari Ahad memang hari agama. Kedai-kedai ditutup, semua orang bangun pagi dan pergi ke gereja. Bandar-bandar sunyi senyap.

Tetapi sekarang Auckland, Wellington atau Christchurch sudah pun dicemari dengan gaya hidup 7-eleven dan sudah tidak tahu tidur lagi.

Semasa di Melbourne 30 tahun lalu, saya sudah pun berdepan depan dengan anak-anak muda dalam kereta menunjukkan punggong kepada saya di satu hentian bas dan waktu melihat kawan-kawan main billiard saya dilontarkan dengan panggilan perkauman.

Di Amerika dan England pun orang-orang bukan kulit putih (termasuk warga negara itu sendiri) sentiasa berdepan dengan kata-kata dan perbuatan yang terang-terang menyatakan mereka tidak dikehendaki.

Soalnya ia bergantung kepada di kawasan mana kita berada. Kalau Akmal di London atau Birmingham dia bukan akan diganggu oleh anak-anak muda kulit putih tetapi anak-anak muda keturunan India, Bangladesh, Pakistan, Arab atau Filipina.

Tetapi kalau di Scotland, Ireland atau Wales maka Akmal akan berdepan dengan muda-mudi kulit putih yang kurang ajar dan tidak menghormati wanita.

Di California atau New York, Akmal akan berdepan dengan pelbagai bangsa, kulit hitam, Korean, Hispanic dan lain-lain bergantung kepada kawasan.

– SAAD HASHIM,
Ampang, Selangor.


SURAT 3

QUOTE
SAYA merupakan penuntut tahun ketiga University of Auckland, New Zealand dalam jurusan Perakaunan dan Kewangan.

Pada hemat saya, pendapat yang saudari Akmal Fairuz utarakan amat keterlaluan dan tidak melambangkan sikap keseluruhan pelajar lelaki Melayu sama ada di tanah air mahupun di luar negara.

Meletakkan tuduhan yang begitu serius dengan hanya berdasarkan pengalaman-pengalaman yang saudari alami, ternyata menampakkan saudari berhujah dengan emosional dan bukannya secara rasional.

Cuba saudari fikirkan, adakah dengan penghujahan seperti itu dapat menginsafkan kaum Adam yang saudari gelar sebagai bodoh?

Sudah pasti, tidak! Saudari harus melihat situasi semasa dengan skop yang lebih luas. Bukan sahaja pemuda Melayu, pemudi pun dua kali lima teruknya. Merokok, seks bebas, berpakaian menjolok mata, isu lesbian, pengkid, bohsia dan sebagainya antara isu yang melibatkan beliawanis masa kini.

Saya pasti pengalaman saudari selama dua tahun di New Zealand boleh membantu saudari melihat permasalahan ini dari perspektif yang lebih luas.

Sebagai contoh, tidakkah pernah saudari mendengar kisah pelajar-pelajar perempuan bertudung dikacau oleh lelaki-lelaki Inggeris?

Dicemuh dengan panggilan yang menjijikkan, diludah, serta dibaling dengan telur dan botol arak ataupun diekori lelaki Inggeris untuk dijadikan ‘rakan sekatil’. Ini adalah di antara seribu satu pengalaman pahit yang mungkin tidak dapat saya lupakan.


Bahkan, saban hari media tempatan seperti New Zealand Herald kerap membicarakan isu pemuda New Zealand yang terlibat dengan pelbagai masalah sosial; lumba haram, memandu secara mabuk, seks bebas, sumbang mahram, kes buli, gangsterisme dan sebagainya.

Bahkan masalah keciciran di kalangan pemuda New Zealand di sekolah. Di New Zealand budaya berparti lebih-lebih lagi pada Jumaat malam, sudah sebati dengan kehidupan sosial mereka.

Mereka hidup tanpa haluan dan tujuan yang jelas. Adakah ini contoh perlakuan pemuda-pemuda New Zealand yang saudari banggakan?

Biarpun masalah yang hampir serupa turut melanda segelintir lelaki-lelaki Melayu, saudari tidak boleh meletakkan tuduhan serius sedemikian rupa kepada majoriti lelaki Melayu Muslim, yang rata-rata masih bertanggungjawab serta mempunyai misi dan visi dalam hidup mereka.

Membebankan pemuda Melayu dengan pelbagai cemuhan dan tuduhan yang bias, bukanlah suatu tindakan yang bijak. Sewajarnya jika mereka dianggap bermasalah, kita wajar mengkaji penyelesaian yang sesuai untuk menangani permasalahan ini.

Terima kasih kepada saudari kerana membangkitkan isu ini. Cuma lain kali, tajamkan minda sebelum ingin menajamkan pena.

Lelaki Melayu yang boleh diharap, tidak bodoh, dan tidak bermasalah,

– PELAJAR,

University of Auckland,
New Zealand.
Squallrinoa Yanakyo
dance.gif pnjng gila nk bace nk tido ni nnti sambung sweat.gif
bUjaNg^LaPoK
kalo nak ikotkan sume bermasalah...
tp wat mase ni yg bermasalah laki Melayu je yg nampak..
tp aku bukan laki Melayu tulen erk..
ark! ark! ark!
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2012 Invision Power Services, Inc.
Lo-Fi 1.1 iDS Beta, Originally written by Matt,
re-written by Shaun Harrison, Layer 04.com, for pre IPB2.0 versions.