Help - Search - Member List - Calendar
Full Version: Medal Low Standard
Forum Universiti Utara Malaysia > Berita & Isu Semasa

blue_april
QUOTE
Universities forking out millions for dubious awards
BY ZULKIFLI ABDUL RAHMAN

KUALA LUMPUR: The credibility of a Geneva-based international science exhibition, where Malaysian universities have won numerous awards, is now under scrutiny.  The universities are said to have spent millions to take part in the exhibition which showcases new products and inventions, but an MP here doubts the worth of the awards given out.  Dr Wee Ka Siong (BN - Ayer Hitam) questioned the need for public universities to take part in foreign exhibitions that showcased the universities’ findings and new products, such as the Geneva International Exhibition on Inventions, Products and Services.  He said many Malaysian universities submitted entries for such exhibitions where they stand to win gold, silver and bronze medals for their products.  “These awards are not judged by a panel of experts but by the exhibition organisers themselves.  “Hence, it’s no surprise that each year, more than half of the participants receive awards,” he said during the motion of thanks on the Royal Address at the Dewan Rakyat yesterday.  “I met a professor from a renowned European university while on an overseas trip.  “He laughed and told me that such awards offer no academic merits,” said Dr Wee, adding that most of the products showcased in these exhibitions were from Malaysian universities.  He singled out the Geneva exhibition as a favourite among Malaysian universities.  “We submit the most number of entries each year. In some years, Malaysia had submitted 30% of the total number of entries.
“Last year, about 680 inventions were exhibited. Of these, 152 or 23% were Malaysian exhibits ,” he said.  Dr Wee said Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia and Unimas, among others, had submitted their products or inventions to the foreign exhibitions over the past few years.  “It is embarrassing that our universities are spending millions to participate in these low-standard award competitions.”  Dr Wee alleged at one foreign exhibition, the organisers imposed 650 euros (RM3,200) for participants who had yet to commercialise their products, 180 euros (RM831) for each metre of exhibition space used and 370 euros (RM1,709) to rent a display counter.  He described such exhibitions as “profit making shows.”  Malaysia’s history with the Geneva event stretches back at least 15 years. In 2005, 11 public universities sent exhibits, winning 46 gold, 41 silver and 23 bronze medals.  The international 72-member jury judges each invention on its own merits, which means that there is not just one gold, one silver and one bronze medal per category of invention.  The next exhibition is due to be held from April 18 - 22.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?f...=nation&focus=1


user posted image

QUOTE
Interaksi: Universiti tak boleh terlalu berbangga dengan pingat
Bersama M Thillinadan


APABILA Berita Harian mendedahkan tidak sampai tiga peratus daripada 1,143 hasil penyelidikan enam universiti tempatan yang memenangi pelbagai anugerah di dalam atau luar negara sejak 2000 hingga tahun lalu berjaya dikomersialkan, ia mendedahkan kegagalan sinergi antara institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan syarikat swasta, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk mengembangkan kepakaran tempatan.





Kegagalan itu menyebabkan berjuta-juta ringgit yang dibelanjakan kerajaan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) melalui IPTA setiap tahun, dilihat sebagai satu pembaziran. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) saja, kerajaan memperuntukkan RM2.9 bilion bagi tujuan itu.

Apa guna menang anugerah emas, perak dan gangsa bagi penyelidikan IPTA sama ada di dalam atau luar negara, jika ia tidak boleh dikembangkan atau dikomersialkan.

Penyelidik dan IPTA menuding jari kepada syarikat swasta dan GLC kerana tidak mengambil peluang daripada reka cipta mereka selain mengenakan pelbagai syarat, manakala pihak swasta pula menyalahkan universiti kerana tidak mempromosikan ciptaan mereka.

Soalnya, jika ciptaan itu betul-betul berstatus antarabangsa dan terbaru, mengapa ia tidak boleh dikomersialkan, tidak kira sama ada ia dibuat syarikat tempatan atau multinasional. Untuk itu, kita perlu merenung pendedahan dibuat Ahli Parlimen Ayer Itam, Dr Wee Ka Siong di Dewan Rakyat, kelmarin.

Katanya, Pameran Antarabangsa Geneva Mengenai Reka Cipta dan Perkhidmatan di mana kebanyakan IPTA tempatan memenangi pelbagai anugerah setiap tahun tidak bertaraf antarabangsa dan hanya sejenis perniagaan untuk mengaut keuntungan oleh penganjurnya.

Malah, hampir semua universiti terkemuka dunia tidak mengambil bahagian. Tahun lalu, daripada 680 ciptaan yang dipamerkan di pameran itu, 152 atau 23 peratus adalah penyertaan daripada Malaysia. Penghakiman produk juga tidak dibuat panel pakar, tetapi penganjur sendiri dan sebahagian besar penyertaan akan memenangi anugerah.

Memalukan dan pembaziran – begitulah pandangan Wee terhadap IPTA tempatan dan penyelidik yang berlumba-lumba menyertai pameran itu setiap tahun, padahal ia tiada merit akademik.

Jadi, tidak salah jika ada pihak mempersoalkan apakah kualiti ciptaan R&D IPTA tempatan. Nampaknya, walaupun menang emas, perak dan gangsa, ciptaan itu tidak semestinya ada merit untuk dikomersialkan, walaupun ada antaranya benar-benar mempunyai merit untuk berbuat demikian.

Pihak pentadbir universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi perlu menilai semula penyertaan mereka dalam pameran antarabangsa yang statusnya disangsikan dan menimbulkan persoalan. Kita mahu IPTA menyertai pameran atau pertandingan ciptaan yang benar-benar bertaraf antarabangsa, untuk menilai kedudukan kita yang sebenar.

Jika belum mencapai tahap seperti universiti terkemuka lain atau setanding mereka, kita perlu meningkatkan R&D produk itu supaya ciptaan kita diterima seluruh dunia.

Jika IPTA dapat menerima cabaran itu dan berjaya, sudah tentu kerajaan boleh ‘memaksa’ GLC menaja produk mereka untuk dikomersialkan. Ketika itu, tiada sesiapapun boleh menyoal keupayaan IPTA Malaysia. Malah, saya yakin ketika itu syarikat multinasional pun akan turut berlumba-lumba untuk mengkomersialkan produk R&D kita. Soal keyakinan terhadap reka cipta IPTA juga tidak akan timbul.

Bagi produk yang sudah ada, kerajaan boleh mewujudkan insentif khas kepada syarikat tempatan atau GLC untuk membantu mengkomersialkannya. Ribuan ciptaan IPTA yang menelan kos berjuta-juta ringgit sudah terkubur kerana sikap kita sendiri yang tidak yakin dengan ciptaan rakyat Malaysia dan mengagung-agungkan reka cipta asing.

Dalam konteks ini, kerajaan atau Kementerian Pengajian Tinggi atau Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) tidak boleh lepas tangan. Tanggungjawab kerajaan bukan setakat menyediakan peruntukan besar bagi R&D, tetapi terus membantu melahirkan produk bertaraf dunia untuk dikomersialkan pada peringkat antarabangsa.
ZeMMs
Yang anugerah dalam pertandingan/pameran AI kat Geneva hari tu.. yg U kita menang emas tu.. kira termasuk la ek? ahaks.. sure lecturer2 AI kita aritu panasss jer dengar berita nih tongue.gif
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2012 Invision Power Services, Inc.
Lo-Fi 1.1 iDS Beta, Originally written by Matt,
re-written by Shaun Harrison, Layer 04.com, for pre IPB2.0 versions.