| QUOTE |
| Tiada si tuah Oleh MANAN SAMAD Tiada pengumuman pemenang MyVi PUTRAJAYA: Siapakah pemenang hadiah utama, sebuah kereta Perodua MyVi, sempena cabutan bertuah kempen Jom Tukar dan Menang bagi rakyat Malaysia yang memiliki MyKad atau membuat kad pengenalan pintar itu sebelum 30 November 2005? Persoalan itu timbul di kalangan hampir 25 juta rakyat Malaysia yang memiliki MyKad, terutama yang tergesa-gesa memperbaharui kad pengenalan lama selepas ‘mengidam’ MyVi percuma. Ini kerana, kempen promosi berkonsepkan insentif melalui cabutan bertuah itu dilaksanakan mulai 1 September hingga 30 November 2005 dan pemenang hadiah utama sepatutnya ditentukan pada bulan terakhir itu. Namun, kini lebih setahun berlalu, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) yang bertanggungjawab mengumumkan cabutan bertuah merangkumi hadiah keseluruhan bernilai RM350,000 itu masih menyepi. Sumber KHEDN ketika dihubungi Metro Ahad mengesahkan cabutan untuk pemenang MyVi belum dibuat, tetapi mendakwa baki cabutan bertuah membabitkan pelbagai hadiah sampingan dilakukan pada Disember 2005. Lebih merumitkan keadaan, pengumuman itu dibuat Datuk Seri Azmi Khalid yang kini menjadi Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, manakala Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika ini ialah Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad. Azmi berkata, beliau tidak boleh mengulas lanjut mengenai pemenang hadiah utama itu kerana sudah bertukar ke kementerian lain. “You check (awak periksa) dengan kementerian (KHEDN), saya tak tahu apa jadi sekarang,” katanya ketika ditemui di Hotel Marriot, di sini, Selasa lalu. Ditanya bukankah pengumuman itu dibuat ketika era beliau, Azmi berkata: “Saya akan ‘check’ (periksa), saya dah tak ingat. Sekarang saya bawah kementerian lain, minta Datuk Radzi komen.” Radzi pula ketika diminta mengulas mengenai isu itu berkata, pengumuman terbabit dibuat bukan ketika di bawah pentadbirannya. Metro Ahad juga cuba mendapatkan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho yang memegang jawatan sama sejak era Azmi, namun meminta isu itu dirujuk kepada Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Aseh Che Mat. Aseh pula enggan mengulas isu itu, seolah-olah ada sesuatu ‘masalah’ berhubung hadiah MyVi terbabit. Pada 25 Ogos 2005, akhbar tempatan melaporkan, mereka yang memiliki MyKad atau memohon sebelum 30 November berpeluang memiliki pelbagai hadiah menarik, termasuk kereta nasional MyVi bernilai RM50,000 melalui cabutan bertuah kempen ‘Jom Tukar dan Menang’. Kempen yang dilancarkan kerajaan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap penggunaan MyKad menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM350,000. Cabutan diadakan selama tiga bulan mulai 1 September hingga 30 November membabitkan 80 pemenang setiap bulan. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Azmi Khalid, dipetik sebagai berkata, cabutan bertuah akan dilakukan dalam tempoh tiga bulan mulai akhir September, Oktober dan November 2005. “Mereka yang memiliki MyKad tidak perlu lakukan apa-apa. Kita ada maklumat nombor kad pengenalan mereka dan jika bernasib baik, nombor mereka akan dicabut. “Yang belum memiliki MyKad, datanglah ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sepanjang tempoh cabutan jika mahu menyertai kempen ini,” katanya pada satu sidang akhbar di KHEFDN pada 24 Ogos 2005. Info > Hadiah bulanan pemenang ‘Jom Tukar dan Menang’ MyKad cabutan September, Oktober dan November 2005: > Hadiah utama kereta Perodua MyVi bernilai RM50,000 > 1motosikal Suzuki Skuter 150cc bernilai RM6,500 > 6 televisyen 29 inci bernilai RM2,000 > 5 tiket penerbangan ke Jakarta tiga hari dua malam > 6 komputer peribadi > 7 peti sejuk > 5 kamera video > 5 telefon bimbit > 5 kamera digital > 5 ketuhar mikro gelombang > 5 radio mini compo. > 10 pemain cakera video digital (DVD) > 20 periuk masak bertekanan |
| QUOTE (jinggo @ Feb 11 2007, 05:35 PM) |
| Lebih merumitkan keadaan, pengumuman itu dibuat Datuk Seri Azmi Khalid yang kini menjadi Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, manakala Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika ini ialah Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad. Azmi berkata, beliau tidak boleh mengulas lanjut mengenai pemenang hadiah utama itu kerana sudah bertukar ke kementerian lain. “You check (awak periksa) dengan kementerian (KHEDN), saya tak tahu apa jadi sekarang,” katanya ketika ditemui di Hotel Marriot, di sini, Selasa lalu. (apa yang hang tau??? makan rasuah je tau....) Ditanya bukankah pengumuman itu dibuat ketika era beliau, Azmi berkata: “Saya akan ‘check’ (periksa), saya dah tak ingat. Sekarang saya bawah kementerian lain, minta Datuk Radzi komen.” Radzi pula ketika diminta mengulas mengenai isu itu berkata, pengumuman terbabit dibuat bukan ketika di bawah pentadbirannya. Metro Ahad juga cuba mendapatkan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho yang memegang jawatan sama sejak era Azmi, namun meminta isu itu dirujuk kepada Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Aseh Che Mat. Aseh pula enggan mengulas isu itu, seolah-olah ada sesuatu ‘masalah’ berhubung hadiah MyVi terbabit. |
| QUOTE |
| Myvi sedekah anak yatim Oleh Manan Samad PUTRAJAYA: “Kita derma (hadiah) kat rumah anak yatim lagi baik. Jangan harapkan kerajaan nak bagi Myvi, bukan nak bagi Mercedes, Rolls Royce. Myvi? Suatu yang kurang bijak tawarkan benda seperti itu kepada rakyat Malaysia untuk tukar MyKad.(menteri paklah jgk ape) Itu tanggungjawab mereka,” kata Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad. Beliau mengulas laporan muka depan Metro Ahad, 11 Februari lalu, mengenai tindakan rakyat negara ini menyerbu kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari 1 September hingga 30 November 2005 dengan harapan membawa pulang kereta Perodua Myvi yang dijanjikan kepada pemenang cabutan bertuah kempen Jom Tukar dan Menang MyKad. Namun, lebih setahun berlalu dan pemenang kereta nasional itu masih belum diumumkan sehingga hari ini. Kempen itu turut menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM350,000 termasuk skuter, enam televisyen 29 inci dan lima tiket penerbangan tiga hari dua malam ke Jakarta. Ikuti temubual Radzi bersama wartawan mengenai isu berkenaan selepas majlis perhimpunan bulanan kementerian itu di sini, semalam. WARTAWAN: Datuk Seri, mengenai buat MyKad dapat Myvi, apa perkembangan sekarang? RADZI: Mana Myvi tu? Dah tinggal tiga roda saja ke (bergurau)...lupakan pasal MyVilah. WARTAWAN: Tapi cabutan pun belum selesai lagi? RADZI: Apa hadiah selain daripada Myvi? (Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Mohd Abdul Halim Muhammad memberitahu ada 88 hadiah sampingan seperti komputer dan televisyen). WARTAWAN: Adakah berpunca daripada masalah bajet? RADZI: Bukan masalah bajet. WARTAWAN: Adakah hadiah itu ditaja? RADZI: Ya ditaja, bukan masalah bajet. Kita derma (hadiah) kat rumah anak yatim lagi baik. WARTAWAN: Bukankah itu dah dijanjikan? RADZI: Saya tak setuju. Saya katakan, itu tanggungjawab rakyat untuk tukar MyKad. WARTAWAN: Nanti orang nampak macam tipu? RADZI: Siapa tipu siapa?[/b] (kerajaan paklah la tipu rakyat) WARTAWAN: Tapi mereka (pemilik MyKad) dijanjikan Myvi? RADZI: [b]‘Come on’, siapa yang berjanji?[/b] (juga kerajaan pimpinan paklah suke buat mcm2 janji, propaganda jek lebih) WARTAWAN: Menteri yang umumkan? RADZI: [b]Itu menteri lama. Sekarang saya kata ‘come on’, takkan kerana Myvi nak tukar MyKad kena bagi upah pula. (bukan soal upah, tp janji dari kerajaan, kena la meyakinkan dan benar) Kita tak tinggal dalam dunia seperti ini, ubah mentaliti seperti itu. Itu tanggungjawab rakyat tukar MyKad, takkan nak kena upah, semua benda kena upah, cabutan bertuah sana sini untuk menggalakkan rakyat Malaysia (tukar MyKad). Seolah-olah kita dikenali di seluruh dunia, kalau tak bagi upah mereka tak akan buat apa-apa. Mesti kena ada cabutan bertuah baru mereka datang...itu ‘rubbish’ (mengarut). Kita patut bagi tahu dunia, Malaysia ada kad yang bagus. Kita tukar kad, promote (promosi) kad ini yang cukup istimewa dan antara yang terbaik di dunia. Jangan harapkan kerajaan nak bagi Myvi, bukan nak bagi Mercedes, Rolls Royce. Myvi? ‘Come on’. WARTAWAN: Tapi kalau bagi orang bawah (rakyat), Myvi mungkin satu galakan? RADZI: Itu saya cuba katakan. Kita ada 20 juta untuk cabut dapat Myvi, ternganga-nganga nak cabut nak dapat Myvi. Dua puluh juta berharap nak dapat Myvi, ‘come on’. WARTAWAN: Boleh petik Datuk mengesahkan kementerian menarik balik hadiah itu? RADZI: Ya. WARTAWAN: Apa akan jadi dengan hadiah tu? RADZI: Derma rumah anak yatim lah. WARTAWAN: Maksud Datuk Seri, semua baki hadiah? RADZI: Ya. Kita jual dan bagi rumah anak yatim, lagi manfaat. Siapa yang tak menang, dia kata alhamdulillah je. WARTAWAN: Ada rumah anak yatim tertentu ke?[/b] (killer question) RADZI: [b]Tidak, ada banyak rumah anak yatim.[/b] (cubaan berdalih dan tipu) [b]Saya kecewa dengan cabutan bertuah ni.[/b] (Rakyat keciwa dgn kerajaan paklah penipu)Takkan orang Malaysia tak boleh dengan senang hati buat kad, buat jasa kepada negara. Ini kad nasional, satu hari akan jadi kad kerakyatan, saya mahu jadi begitu. WARTAWAN: Pada peringkat awal nak menggalakkan MyKad, apa perancangan kementerian? RADZI: Suatu yang kurang bijak tawarkan benda seperti itu kepada rakyat Malaysia untuk tukar MyKad. Itu tanggungjawab mereka. WARTAWAN: Adakah promosi itu diluluskan Kabinet? RADZI: (Senyap sekejap). Tak payahlah benda lekeh macam ini. (senyap nk pk ayat bohong la tu) WARTAWAN: Tapi orang ramai mengadu? RADZI: [b]Sebab kamu semua bangkitkannya.[/b] (bukan, tapi sbb kerajaan paklah dah tipu rakyat) Kalau tak, benda ini dah dilupakan. Hanya kerana kereta kecil jadi isu besar, nasional...nak cabut bertuah, walhal MyKad kad paling penting. WARTAWAN: [b]Nanti dilabel penipu? RADZI: ‘Come on’, ini bukan tipu. Saya minta orang ramai lupakan (hadiah), biar jadi bertanggungjawab. Nak cabutan bertuah...lupakan. Kita dah masuk 2007, ekonomi bagus, biar jadi tanggungjawab pergi tukar dengan perasaan ikhlas bukan sebab cabutan bertuah. WARTAWAN: Mengapa terlalu lama diberi masa untuk memperbaharui MyKad? RADZI: Masih ada 500,000 yang belum buat MyKad kebanyakannya di pusat serenti, pusat mental, orang sakit, orang tua. Kita ada unit bergerak, kita pergi pusat serenti, rumah orang tua, penjara...ini semua kita buat. Kita dah kurangkan jumlahnya. Tahun ini kita akan promosikan MyKad sebagai kad paling cantik (istimewa) di dunia, tolong gunakannya. Kita akan beritahu bank, hospital untuk gunakannya. Orang tak payah bawa duit, beli petrol guna MyKad. Ini boleh dilakukan kerana cip ada dalam kad. Sekarang orang bawa MyKad sebagai IC (kad pengenalan), walhal ia bukan fungsi sepenuhnya. Ini kad pintar dan dia ada kebijaksanaan. Kita kena maksimumkan sepenuhnya cip dan kad itu. WARTAWAN: Tetapi masih ramai yang tak yakin (penggunaan MyKad secara menyeluruh)? RADZI: Tahun ini kita promosikan, beritahu mereka (rakyat) ia selamat. Katakan kita buka ATM MyKad apa nak dibimbangkan, nak ambil duit nombor pin ada, apa yang tak selamatnya? (Tanggapan tak selamat) sebab kita tak promosi lagi. Seperti kad ATM kamu, kalau hilang tak semestinya duit kena curi melainkan pencuri tahu nombor pin, sama juga dengan MyKad. |
| QUOTE |
| Bukan rakyat minta, janji mesti ditepati KUALA LUMPUR: “Pada saya perkara ini sangat memalukan. Kementerian mesti menunaikan janji yang sudah dibuat seperti disarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,” kata Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), N Marimuthu. Beliau mengulas kenyataan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang mengumumkan keputusan menarik balik tawaran hadiah lumayan termasuk Perodua Myvi untuk cabutan bertuah kempen ‘Jom Tukar dan Menang MyKad’ yang dibuat lebih setahun lalu. Radzi sebaliknya menyifatkan tawaran itu tidak sepatutnya dibuat dan dianggap ‘karut’ kerana rakyat dikatakan perlu tahu tanggungjawab mereka untuk menukar kad pengenalan pintar itu. Marimuthu berkata, kerajaan perlu menunaikan janjinya kerana ia membabitkan kredibiliti dan tidak sepatutnya menarik balik tawaran yang sudah dibuat. “Bukan rakyat yang minta, pegawai kerajaan yang buka mulut dan buat tawaran itu. Sekarang mahu tarik balik pula. Ini membabitkan kredibiliti menteri itu sendiri. Kalau menteri yang dulu pernah buat tawaran, menteri baru pula mestilah menunaikannya,” katanya ketika dihubungi semalam. Beliau berkata, Radzi tidak seharusnya menganggap rakyat hanya bertanggungjawab jika ada tawaran hadiah mewah dibuat. “Jangan salahkan rakyat pula. Janji tetap janji dan ia perlu ditunaikan. Kalau tidak tunai janji, bagaimana rakyat mahu percaya lagi pada masa depan,” katanya. Kempen ‘Jom Tukar dan Menang MyKad’ yang dilancarkan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Azmi Khalid, menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM350,000 membabitkan 80 pemenang setiap bulan. Namun, kempen yang dilaksanakan selama tiga bulan mulai 1 September 2005 bagi menggalakkan rakyat negara ini memiliki MyKad, cabutan menentukan pemenang hadiah utamanya masih belum dibuat sedangkan ia sepatutnya ditentukan pada bulan terakhir kempen itu. |
| QUOTE |
| Shahidan gesa Radzi tarik balik perkataan ‘bodoh’ KANGAR 14 Feb. – Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad digesa menarik balik kenyataan beliau yang secara keras menyifatkan pemberian upah bagi memperbaharui MyKad yang diumumkan menteri terdahulu sebagai bodoh dan rubbish (mengarut). >>> menteri dulu la yg dia maksudkan bodo tu.... Gesaan itu dilakukan oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menganggap kenyataan sedemikian terlalu kasar. ‘‘Beliau (Radzi) tidak boleh kata keputusan yang dibuat dahulu (pemberian hadiah bagi memperbaharui MyKad) sebagai bodoh. ‘‘Kalau hendak mengubah apa yang Datuk Seri Azmi Khalid lakukan, ubahlah tetapi janganlah sampai mengata bodoh atau mengarut terhadap apa yang dilakukan oleh menteri berkenaan. ‘‘Saya cukup tidak bersetuju,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Akhbar hari ini melaporkan mengenai tindakan kerajaan menarik balik peraduan cabutan bertuah ‘Jom Tukar dan Menang’ yang menawarkan hadiah kereta Perodua Myvi bernilai RM50,000 kepada pemenang bertuah yang menukar kad pengenalan lama kepada MyKad. Dengan nada yang lantang, Radzi menyifatkan langkah memberi ganjaran berkenaan sebagai sesuatu yang bodoh dilakukan. Pada 24 Ogos 2005, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika itu, Azmi, mengumumkan mereka yang menukar MyKad atau memohon sebelum 30 November berpeluang memiliki pelbagai hadiah menarik termasuk kereta Myvi. |
| QUOTE (ZeMMs @ Feb 15 2007, 10:34 AM) |
| tak... yang aku peliknye..awat tak teruskan je bagi MyVi tu kat sape2 yg menang cabutan lepas tukar myvi... mahal sangat ke myvi tu? nak tarik2 balik pulak.. finish-kan la what u have started.. |