Help - Search - Member List - Calendar
Full Version: Ular dalam pesawat
Forum Universiti Utara Malaysia > Berita & Isu Semasa

Dato_Seri
QUOTE
MAB siasat anak tikus, ular bolos dalam pesawat

MIRI: Malaysia Airport Berhad (MAB) akan membuat siasatan rapi berhubung kehadiran 46 ekor anak tikus dan seekor ular peliharaan yang bolos kawalan keselamatan di Lapangan Terbang Tambang Murah, Sepang, pagi Ahad lalu.

Kehadiran anak tikus dan ular peliharaan dalam pesawat milik syarikat tambang murah AirAsia menimbulkan kekecohan 100 penumpang yang menaiki pesawat itu dari Kuala Lumpur ke Miri.

Pengurus MAB Miri, Sunif Naiman, berkata pihaknya sudah menghantar satu laporan kepada ibupejabat MAB di Kuala Lumpur untuk menyiasat perkara berkenaan.

“Kita tunggu laporan berkenaan selesai, untuk mengetahui kelemahan yang timbul sebelum tindakan susulan diambil. MAB memandang serius perkara berkenaan, supaya ia tidak berulang,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas penemuan 46 ekor anak tikus dan ular peliharaan dalam pesawat AK5254 yang berlepas dari ibu negara pada jam 7.45 pagi.

Bagaimanapun, ular sebesar ibu jari yang dilihat penumpang pesawat itu di lantai pesawat gagal dijumpai ketika pemeriksaan dilakukan sejurus pesawat mendarat di Lapangan Terbang Miri.

Sunif berkata, anak tikus berkenaan dijumpai dalam beg galas sepasang suami isteri warganegara Brunei.

“Pasangan suami isteri berkenaan mengaku membawa anak tikus berkenaan, dengan menyembunyikannya dalam kotak yang disimpan dalam beg yang digalas memasuki pesawat. Anak tikus berkenaan dibawa untuk dijadikan makanan ular peliharaan mereka.

“Namun, pasangan berkenaan menafikan turut membawa ular,” katanya dan menambah penumpang AirAsia riuh-rendah dan mengangkat kaki ketika ternampak reptilia itu di lantai pesawat. (waaa.... ini dah jadi mcm dlm citer Snakes On A Plane... lol.gif )

Misteri kemunculan ular berkenaan menyebabkan penerbangan semula pesawat itu dari Miri ke LCCT pada jam 10.05 pagi yang sama terpaksa ditunda ke jam 1.40 petang, sejurus pihak berkuasa puas hati terhadap jaminan keselamatan penumpang pesawat itu.

Sementara itu, semua anak tikus yang dijumpai di pasawat itu dirampas dan dihantar ke Bahagian Veterinar Jabatan Pertanian Miri.

Pegawainya, Dr Sajim Jinim berkata, ketika rampasan dibuat pasangan suami isteri itu gagal menunjukkan sijil kesihatan tikus berkenaan, selain tidak memiliki permit membawa masuk tikus berkenaan ke negeri ini.

“Anak tikus itu masih dikuarantin di sini, sementara kita menunggu arahan lanjut daripada ibu pejabat jabatan itu di Kuching mengenai tindakan yang akan diambil termasuk terhadap pasangan suami isteri terbabit,” katanya.

Beliau berkata, kemungkinan anak tikus berkenaan dihapuskan sebagai langkah berjaga-jaga mengelak jangkitan pelbagai penyakit merbahaya.

Sementara itu, jurucakap syarikat penerbangan tambang murah Air Asia ketika dihubungi menyerahkan kepada MAB untuk menyiasat kes berkenaan.

Beliau berkata: "Terserah kepada MAB untuk meneliti dan mengambil tindakan lanjut berhubung kes berkenaan."


bahaya tul.. menakutkan jer.. huh.gif huh.gif
ZeMMs
Hah?? ular sebesar ibu jari?? Tu ular ke cacing weih? setahu aku cacing pun lg besar daripada ibu jari.. doh.gif
blue_april
klakar giler..camne ade ular lak..huhu..
Dato_Seri
QUOTE (blue_april @ Jan 24 2007, 04:53 PM)
klakar giler..camne ade ular lak..huhu..

klakar ekk... bayangkan ko dlm kapal terbang tu, pastu ular tu merayap kat kaki ko.. huhuhu.... mesti klakar, kan..kan... wakakkakaa.gif wakakkakaa.gif
ZeMMs
QUOTE (Dato_Seri @ Jan 24 2007, 05:17 PM)
QUOTE (blue_april @ Jan 24 2007, 04:53 PM)
klakar giler..camne ade ular lak..huhu..

klakar ekk... bayangkan ko dlm kapal terbang tu, pastu ular tu merayap kat kaki ko.. huhuhu.... mesti klakar, kan..kan... wakakkakaa.gif wakakkakaa.gif

Kalo ular sebesar ibu jari.......... MEMANG KELAKAR wakakkakaa.gif wakakkakaa.gif
blue_april
QUOTE (Dato_Seri @ Jan 24 2007, 05:17 AM)
QUOTE (blue_april @ Jan 24 2007, 04:53 PM)
klakar giler..camne ade ular lak..huhu..

klakar ekk... bayangkan ko dlm kapal terbang tu, pastu ular tu merayap kat kaki ko.. huhuhu.... mesti klakar, kan..kan... wakakkakaa.gif wakakkakaa.gif

haha..jap aku nak imagine..huhu..erm..pesal aku still rs mende tuh klako..haha..
klu ular..aku xder la takut sgt..huhu..laen ler cacing ke..ulat ke.. laugh.gif siput ba ya bi...
nfr
mungkin pihak airport x imbas masa check in.. unsure.gif

novarman
So you��ve decided to settle for a plasma TV after thinking long and hard between a LCD, LED and plasma displays to adorn your spanking new home. Right after you have made your decision, another one beckons �C will your plasma TV be 3D capable or not?
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2012 Invision Power Services, Inc.
Lo-Fi 1.1 iDS Beta, Originally written by Matt,
re-written by Shaun Harrison, Layer 04.com, for pre IPB2.0 versions.