Help - Search - Member List - Calendar
Full Version: Hukuman sebat pelacur
Forum Universiti Utara Malaysia > Bilik Debat & Pendapat

jinggo
QUOTE
Ramai setuju sebat pelacur


KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak berpendapat cadangan dikemukakan seorang Ahli Parlimen supaya kerajaan mengenakan hukuman sebat terhadap pelacur dapat membendung kegiatan tidak bermoral itu yang semakin berleluasa dan membimbangkan kini.


Jika sebelum ini, lokasi seperti lorong Haji Taib sering dilabel kawasan ‘hitam’ dan sarang pelacuran serta ‘syurga’ bagi mereka yang bernafsu terhadap pelacur asing mahupun tempatan, kini Jalan P Ramlee di sini, dikatakan kawasan tumpuan baru kegiatan jijik itu.

Namun, sebelum sebarang pindaan dan pelaksanaan hukuman berat diluluskan Parlimen mereka berpendapat beberapa pertimbangan seperti memperkemas aspek pencegahan iaitu pengawasan lebih ketat dan konsisten, serbuan berkualiti dan pembabitan masyarakat memberi maklumat kepada pihak berkuasa polis harus dilaksanakan dulu.

Peguam yang juga bekas Timbalan Pendakwa Raya Selangor, Ariff Azami Hussein, berkata undang-undang di negara ini mempunyai peruntukan mencukupi bagi membendung kegiatan pelacuran walaupun baru diperkenalkan termasuk terhadap ejen, ‘bapa ayam’ dan pelacur itu sendiri.

Katanya, kesalahan berkaitan persundalan (pelacuran) boleh dituduh dan dihukum mengikut Kanun Keseksaan iaitu, Seksyen 372, Seksyen 372A dan Seksyen 372B.

“Sesyen 372 dan Seksyen 372A misalnya, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun, sebatan dan denda terhadap ‘bapa ayam’ yang menyalahguna mana-mana orang bagi tujuan persundalan dan seseorang yang hidup hasil persundalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan Metro Ahad semalam yang mendedahkan puluhan pelacur warga asing berkumpul di Jalan P Ramlee, dekat sini, setiap malam bagi memperdagangkan tubuh mereka sekali gus mencemarkan nama dan jasa Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Ini berikutan nama jalan berkenaan (Jalan Parry) ditukar pada 1983 kepada Jalan P Ramlee sebagai pengiktirafan kerajaan terhadap Seniman Agung itu.

Metro Ahad turut melaporkan rakan seniman P Ramlee iaitu Aziz Sattar, 81, dan anak Allahyarham, Sazali, 48, kecewa dan sedih dengan perkembangan terbabit dan menggesa tindakan segera diambil pihak berkuasa bagi menghapuskan aktiviti penawaran khidmat seks di situ.

Menurut Ariff Azami lagi, hukuman bagi pelacur itu sendiri bagaimanapun adalah rendah dan berkemungkinan tidak begitu berkesan untuk menghukum mereka.

Katanya, pelacur boleh didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan.


perghhh.... ape pandapat korang?
ZeMMs
Aku tak sokong...

rata-rata perempuan yg terlibat dlm kegiatan pelacuran ni terperangkap dlm kehidupan camtu & tak dapat lari dr situasi yg diorg alami. aku sarankan diorg ditangkap & diletakkan dalam pusat2 pemulihan akhlak. Lepas tu bagi diorg keje2 bawahan supaya diorg dapat cari makan secara halal & mulakan hidup baru.

Tapi kalau nak buat hukuman sebat bapa ayam ..... tu AKU SETUJU..
ZGMF-X10A Freedom
QUOTE (ZeMMs @ Dec 11 2006, 09:46 PM)
Aku tak sokong...

rata-rata perempuan yg terlibat dlm kegiatan pelacuran ni terperangkap dlm kehidupan camtu & tak dapat lari dr situasi yg diorg alami. aku sarankan diorg ditangkap & diletakkan dalam pusat2 pemulihan akhlak. Lepas tu bagi diorg keje2 bawahan supaya diorg dapat cari makan secara halal & mulakan hidup baru.

Tapi kalau nak buat hukuman sebat bapa ayam ..... tu AKU SETUJU..

aku setuju ngn pendapat rumet aku tu!!!
aku pun bangkang kalu hukuman sebat pd pelacur!

rata2 yg jd pelacur tu sbb terperangkap oleh BAPAK AYAM yg durjana tu!!BAPAK AYAM tu la kepala devil.gif yg menjahanam kan sume2 wanita2 tu.

BAPAK AYAM NI LA YG PATUT DISEBAT 100x (suka2 aku je tetapkan 100x)
hehehe...

cuba korg bygkan kalu wanita2 dikenakan hukuman sebat tu?!kalu yg lelaki pun kena sebat terjerit terlolong xtahan sakit ape lagi kaum wanita yg lembut!!1 penyeksaan kalu hukuman camtu pd kaum wanita (ceh...aku ni bole join parti wanita ape?!) huhuhu

so...kesimpulan aku SEBAT BAPAK AYAM 100X vmad.gif bruce.gif censored.gif mad.gif
ZeMMs
Kalo sebat pelanggan2 yg melanggan pelacur camner plak? whistling.gif devil.gif
Mr FiQ
Aku sokong sebat orang yang terlibat dalam pelacuran. Baik pelacur, bapak/mak ayam, pelanggan dll.

Kalau nk dikatakan rata-rata pelacur dsbb terperangkap oleh BAPAK AYAM, aku x setuju. Tapi kalo kata ADA yg jadi pelacur sbb terperangkap dgn BAPAK AYAM, aku setuju. Dan ada juga yang jadi pelacur sebab nk carik duit lebih. Golongan ni la yg patut kena sebat.

Apa2 pun, sblm nk kena sebat mesti polis siasat dulu. Dari situ boleh la dikenalpasti yang dia melacur secara terpaksa atau rela. Makna kata bukan le main sebat je...
blue_april
sebat jer la pelacur2 tu..apsal nak kene siasat lak...bukan diorg haiwan yg x leh nak pk mende2 camnih..
alasan kene paksa common sgt...tah pape...

alang2 nak sebat tuh..aku cdgkan dioarg kasi terus anu org yg ske melanggan tuh..
klu xder permintaan..xder la perkhidmatan btul x..
pastu bapak ayam tu gantung jerq smpai mati..nyusahkan msyrakat jerq...
ZeMMs
Aku rasa ada yg salah paham dgn apa yg aku cakap tu..
aku tak kata diorg melacur sebab "terperangkap" dengan bapak ayam ataupun diorg dipaksa untuk melacur.. aku kata diorg "terperangkap" selepas terjebak dlm dunia mcm tu. maksud aku diorg terlibat mula2 tp lepas tu susah nak keluar. kebanyakan diorg melakukan kesilapan mula2 dulu di atas keadaan di luar kawalan diorg. aku clarify: rata2 diorg adalah mangsa keadaan. mungkin desperate nak cari makan sbb takde duit sgt2 pastu bodoh tak berpelajaran lak tu... mungkin mak diorg sendiri pelacur & ajar diorg melacur.. mungkin parents diorg ada masalah rumahtangga yg teruk sampaikan dia kene tekanan mental & lari dari rumah. mungkin seluruh keluarga dia dah takde.. mati.. hilang... takde tempat bergantung.. dan lain2.. macam2 keadaan & situasi yg menyebabkan diorg terkandas kat lubuk2 camtu. lepas diorg dah terjebak kat dlm kancah tu.. susah untuk diorg tinggalkan sebab di bawah pemerhatian bapak ayam... ataupun diorg dah takde tempat dah nak pergi. tu yg aku kata diorg terperangkap..

Aku tak setuju diorg dirotan atau dihukum sebab aku rasa hidup diorg dah cukup terhukum. Maruah diri diorg dirobek-robek setiap hari sampaikan diri diorg dah takde nilai dah... (ingat diorg syok ke kene romen sampai 5-10 org tiap2 hari?) nak tinggalkan keje tu kang sape nak sara dia.. takde tempat bergantung / berlindung. kalau tinggalkan pun ntah masyarakat luar sana tu boleh terima diorg ke tak.. siap nak disebat lagi ada ler. Sebab tu aku rasa lebih baik kita bantu diorg daripada kita hukum diorg. Bantu diorg utk kembali ke kehidupan yg lebih baik. Tapi kalau ade yg taknak dibantu.. kononnye seronok buat keje camtu.. (cam si makcik ape tah tu..yg pelacur umo 60-an tu)..haa tu wajar la kot nak disebat.. dah dia sendiri yg degil nak jugak buat keje haram tu...
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2012 Invision Power Services, Inc.
Lo-Fi 1.1 iDS Beta, Originally written by Matt,
re-written by Shaun Harrison, Layer 04.com, for pre IPB2.0 versions.