Help - Search - Member List - Calendar
Full Version: Fatwa benarkan gugur janin mangsa rogol
Forum Universiti Utara Malaysia > Bilik Debat & Pendapat

jinggo
QUOTE
Ulama: Benarkan mangsa rogol gugur kandungan

JAKARTA 9 Nov. – Majlis Ulama Indonesia telah mengeluarkan dekri bahawa mangsa rogol perlu dibenarkan untuk menggugurkan kandungan mereka.

“Dalam kes rogol, kehamilan telah dipaksa terhadap mangsa. Ia bukan kehamilan yang dirancang atau dimahukan,” kata Timbalan Pengerusinya, Ma’aruf Amin, hari ini.

Bagaimanapun, beliau menambah, fatwa yang dikeluarkan baru-baru ini juga menyatakan bahawa pengguguran hanya boleh dibenarkan jika janin bayi masih belum berusia 40 hari.

“Pada usia 40 hari kehamilan, janin itu telah pun mempunyai roh, jadi untuk mengelak daripada kehilangan nyawa, pengguguran itu perlu dilakukan sebelum 40 hari kehamilan,” katanya.

Beliau berkata, pengguguran juga dibenarkan jika kehamilan mengancam nyawa ibu.

Agensi berita rasmi, Antara yang memetik penyelidikan yayasan kesihatan wanita melaporkan, kira-kira dua juta wanita Indonesia menjalani pengguguran kandungan pada 2004.

ape sudah jd dgn org2 indon nih....? pergh.gif doh.gif
ZeMMs
Aku setuju dengan fatwa ni.. lebih baik digugurkan.. kalau tak..ape lah nasib si anak tu.. sementara janin tu masih belum ada roh (dgn kata lain.. masih lg segumpal daging & bukan manusia lg).. lebih baik digugurkan je daripada dia membesar dengan hakikat dia tu anak rogol. pulak tu ada wajah iras2 si perogol.. bakal meninggalkan parut besar kat mak nya & budak tu sendiri...
noname
remember, indon amalkan mazhab lain... not shafie...
ZeMMs
QUOTE (noname @ Nov 11 2006, 10:20 AM)
remember, indon amalkan mazhab lain... not shafie...

Fatwa yg dikeluarkan tu tak bergantung kpd mazhab. Aku rasa ulamak kita pun wajar kaji fatwa dari indon ni.
Dato_Seri
tak salah la fatwa tu... memang pengguguran dibenarkan dlm Islam, tapi berdasarkan syarat2 tertentu. umpamanya mesti dilakukan dalam masa kurang 40 hari usia kandungan. kalau lebih, tak boleh. kendian, kalau boleh memberi kesan buruk pada siibu. dlm hal rogol ni, bukan sahaja siibu yang akan menerima kesan buruk, malah anak itu sendiri. jadi memang tak salah la fatwa tu....

QUOTE
remember, indon amalkan mazhab lain... not shafie...

sapa kata indon bukan mazhab shafie? setau aku, dorang pun sama mcm kita jugak...
noname
QUOTE (Dato_Seri @ Nov 11 2006, 11:41 AM)

owh.. ye ke..? abis, nape org islam d benarkan kawen dgn org bukan islam without org bukan islam tu convert dulu..? same cam kes kat india.. cth senang, shah rukh khan tu
Dato_Seri
QUOTE (noname @ Nov 11 2006, 12:04 PM)
owh.. ye ke..? abis, nape org islam d benarkan kawen dgn org bukan islam without org bukan islam tu convert dulu..? same cam kes kat india.. cth senang, shah rukh khan tu

mungkin ada la sesetengah puak kat indon tu masih berpegang pada adat2 kaum dorang. ala, mcm kat mesia ni la, ada gak sesetengah adat org melayu kita ni bercanggah dengan Islam, tapi dorang still pertahankan jugak.

pasal shah rukh khan tu, aku rasa dia tu bukan Islam lagi la... tgk la, dlm filem dia sembah tuhan hindu la, jadi kristian la, apa la... memang dah rosak akidah.... lagi satu, dia cakap, dia posa tapi minum susu siang2 hari. mana ada mazhab dlm dunia yang kata posa boleh minum... ko rasa dia Islam lagi ke?
noname
QUOTE (Dato_Seri @ Nov 11 2006, 12:48 PM)
ko rasa dia Islam lagi ke?

tak tau la dia islam lagi atau tak.. tapi berdasarkan ilmu cetek aku dan dari ape yang aku d ajar, kite tak ley nak kate org tu tak islam selagi dia tak mati... so, ape2 hal bole jadi mase sakaratulmaut tu jemput kite nanti.. huh.gif
nfr
rasanya btul kata dato seri..
hukum ada menyatakan bahwa menggugurkan janin mangsa adalah harus..
sebenarnya ada sebab tertentu untuk mengelakan berlaku permasalahan mendatang..terutamanya bagi ibu dan anak tersebut..
cthnya kecacatan akan menganggu nyawa ibu ketika kelahiran dan 'stigma' masyarakat ke atas bayi yg akan membesar kelak..
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2012 Invision Power Services, Inc.
Lo-Fi 1.1 iDS Beta, Originally written by Matt,
re-written by Shaun Harrison, Layer 04.com, for pre IPB2.0 versions.