hani
Nov 2 2006, 01:28 PM
Ketupat segera dalam plastik boleh akibat kanser
PULAU PINANG 1 Nov. – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan bahawa ketupat segera yang dimasak di dalam plastik yang popular sebagai hidangan Hari Raya Aidilfitri boleh mengakibatkan kemandulan dan kanser.CAP mendakwa, beg plastik yang memiliki bahan polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) digunakan untuk ketupat segera itu direbus selama sejam merembeskan bahan kimia beracun lain iaitu organik mudah terpeluap (VOC) yang membawa kesan buruk kepada kesihatan dan alam sekitar.
Presiden CAP, S. M. Mohamed Idris berkata, kajian oleh Institut Sains dan Teknologi Bahan Princeton di Amerika Syarikat pada Ogos lalu mendapati VOC daripada paip HDPE merembes ke dalam alam sekitar dan mencemarkan sumber air.
“Bagi ketupat dalam plastik, jumlah yang dirembeskan lebih banyak kerana ia dibiarkan terendam dalam air mendidih selama sejam dan secara langsung VOC telah terserap masuk ke dalam nasi.
“Sehubungan itu, CAP mendesak Kementerian Kesihatan mengharamkan penggunaan HDPE sebagai pembungkus makanan kerana Peraturan Makanan 1985 membenarkan penggunaan bahan itu,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita di ibu pejabat CAP di sini hari ini. Hadir sama ialah pegawai penyelidik pertubuhan itu, Hatijah Hashim.
Ketupat segera kini menjadi pilihan sebahagian besar rakyat negara ini kerana ia mudah disediakan dan tidak memerlukan masa yang panjang untuk memasak berbanding ketupat tradisional.
Terdapat beberapa jenama bahan makanan itu di pasaran dan permintaannya bertambah setiap kali menjelang musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.
Mohamed Idris menjelaskan, VOC sebenarnya adalah bahan beracun yang dikenal pasti sebagai sebatian yang mengganggu hormon, penyebab kanser dan bahan kimia endoktrin yang berupaya merendahkan jumlah sperma hingga ke tahap kemandulan.
Katanya, kehadiran VOC juga dikaitkan dengan peningkatan risiko asma di kalangan kanak- kanak dan pesakit kanser payu dara.
Jelasnya, pendedahan kepada kepekatan yang rendah sekali pun bahagian persejuta (bps), VOC diketahui meninggalkan kesan buruk kepada kesihatan awam dan alam sekitar.
“Penggunaan bahan-bahan HDPE ketika ini tidak terbatas kepada ketupat segera sahaja tetapi digunakan oleh penjaja untuk mengisi makanan dan minuman panas secara meluas,” ujarnya.
notme
Nov 2 2006, 01:46 PM
nasib baik aku tak mkn ketupat instant ni..
ketupat mak aku dijamin slmt...
ZeMMs
Nov 2 2006, 01:50 PM
ketupat masak dalam plastik? camner tuh? huhu
notme
Nov 2 2006, 01:56 PM
rebus ketupat guna plastik...
tau tak plastik yg slalu org guna utk bungkus air kat kedai2 mkn tu?
skrg ramai yg buat camtu sbb xreti nak anyam ketupat or x dpt bli yg dah siap.
hani
Nov 2 2006, 02:36 PM
hani rasa yg nasi himpit tu kot
ketupat segera ada ker??
lemang segera ada la..
ZeMMs
Nov 2 2006, 03:29 PM
aku tau mee segera jer
notme
Nov 2 2006, 03:37 PM
ketupat segera a.k.a nasi himpit...
ZeMMs
Nov 2 2006, 03:40 PM
siap boleh mandul tu yg tak tahan tuh......
disebabkan nasi himpit...
jinggo
Nov 2 2006, 03:40 PM
x best yg segere. x kire la ketupat ke, impik ke, lemang ke. org xde taste bole la.
jinggo
Nov 2 2006, 04:14 PM
nk tumpang jap la.... hehe...
| QUOTE |
Pencuri larikan tiga kerbau dilanggar lori Oleh Hussain Said
Lima kerbau mati dilanggar: BANGKAI lima daripada lapan kerbau tergolek di tepi jalan selepas dilanggar sebuah kenderaan berat dipercayai trailer di Kilometer 33 Jalan Seremban-Tampin, dekat Rembau, awal pagi semalam. Tiga lagi kerbau yang dilanggar sempat disembelih sebelum dilarikan pencuri dipercayai untuk dijual di pasar tani atau pasar malam. Kejadian mungkin berlaku ketika ternakan itu melintas atau tidur di tengah jalan.
 REMBAU: Lapan kerbau menjadi mangsa apabila dilanggar sebuah kenderaan berat di Kampung Sungai Layang di sini pagi semalam, jumlah korban yang dianggap besar dalam satu kemalangan membabitkan haiwan.
Bagaimanapun lima kerbau mati akibat rempuhan itu, manakala tiga ekor lagi turut dilanggar dikatakan masih bernyawa sehingga disembelih oleh sekumpulan lelaki yang melalui tempat kejadian.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi di Kilometer 33 Jalan Seremban-Tampin itu, lelaki berkenaan dikatakan menyembelih tiga daripada lapan kerbau itu sebelum mengangkutnya dengan sebuah lori, dipercayai untuk dijual di pasar tani atau pasar malam.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom, berkata lapan kerbau itu dipercayai dilanggar lori atau trailer ketika melintas atau tidur di tengah jalan.
Bagaimanapun, katanya, polis belum menerima sebarang laporan daripada pemandu kenderaan yang melanggar lapan kerbau itu dan tiada laporan diterima mengenai kehilangan haiwan ternakan,” katanya kepada pemberita.
Beliau meminta orang ramai mempunyai maklumat kejadian itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) di talian 06-6852222.
Seorang penduduk berhampiran, Zainal Abidin Ahmad, 70, berkata ketika bangun untuk solat Subuh, beliau terkejut apabila terdengar dentuman kuat dari arah jalan berdekatan rumahnya.
Berikutan itu, katanya, beliau bersama beberapa penduduk kampung bergegas keluar dan menemui lapan kerbau bergelimpangan di atas jalan.
“Saya melihat beberapa orang tidak dikenali menyembelih tiga ternakan itu yang masih bernyawa sebelum mengangkatnya ke dalam lori,” katanya.
|
slalunye kalo mati x sempat sembelih dek org ramai nih tuan kerbau senyap jek sbb x nk pikul t/jwb tanam bangkai lak nnti.
ZeMMs
Nov 2 2006, 04:17 PM
aku rasa elok la jugak tu disembelih daripada jadi bangkai jek..
jinggo
Nov 2 2006, 04:21 PM
| QUOTE (ZeMMs @ Nov 2 2006, 04:17 PM) |
| aku rasa elok la jugak tu disembelih daripada jadi bangkai jek.. |
tp kalo org ramai sempat sembelih aku yakin ade la 2, 3 org yg ngaku tuan kerbau. haha...
notme
Nov 2 2006, 04:30 PM
ni bila kerbau tu dah kena sembelih, masak rendang, leh mkn ngn ketupat segera tu..
nalia10
Nov 2 2006, 04:31 PM

nasi himpit segera tu ada la jugak makan sbb nak cover yg x cukup time raya..iskkk yer ke tu? (mtk dijauhkan la..aminnnn

)
daging kobau..buek rendang best gak tuh...
jinggo
Nov 2 2006, 04:33 PM
| QUOTE (nalia10 @ Nov 2 2006, 04:31 PM) |
nasi himpit segera tu ada la jugak makan sbb nak cover yg x cukup time raya..iskkk yer ke tu? (mtk dijauhkan la..aminnnn ) daging kobau..buek rendang best gak tuh... |
ms raye ayah aku beli 3 koli daging kerbau. pastu aku lak p beli tambah lagi 4 kilo daging btg pinang.
panggang camtu jek ade 3 kilo kot utk ratah mlm raye. 3 kilo buat rendang.
ZeMMs
Nov 2 2006, 04:36 PM
pelik gak.. lori tu langgar 8 ekor kerbau tp tak pulak lori tu terbabas sama... kuat gak lori trailer tuh.. pulak tu kerbau2 tu mesti melambung.. sebab tak nampak cam kene lenyek
nalia10
Nov 2 2006, 05:20 PM
| QUOTE |
ms raye ayah aku beli 3 koli daging kerbau. pastu aku lak p beli tambah lagi 4 kilo daging btg pinang. panggang camtu jek ade 3 kilo kot utk ratah mlm raye. 3 kilo buat rendang. |
Oo...kuat makan gak pemeli jinggo yer... banyak la wat rendang tu..bawak balik uum x?
jinggo
Nov 2 2006, 05:24 PM
| QUOTE (nalia10 @ Nov 2 2006, 05:20 PM) |
| QUOTE | ms raye ayah aku beli 3 koli daging kerbau. pastu aku lak p beli tambah lagi 4 kilo daging btg pinang. panggang camtu jek ade 3 kilo kot utk ratah mlm raye. 3 kilo buat rendang. |
Oo...kuat makan gak pemeli jinggo yer... banyak la wat rendang tu..bawak balik uum x? |
mmg le. hehe... masok raye ketige waktu ptg dah abeh.
nalia10
Nov 2 2006, 05:31 PM
| QUOTE |
mmg le. hehe... masok raye ketige waktu ptg dah abeh.  |
uishh..cepatnya abiss... sure x bawak uum la ek?..
tp best ke rendang daging kobau tu?..iskk
jinggo
Nov 2 2006, 05:39 PM
| QUOTE (nalia10 @ Nov 2 2006, 05:31 PM) |
| QUOTE | mmg le. hehe... masok raye ketige waktu ptg dah abeh.  |
uishh..cepatnya abiss... sure x bawak uum la ek?.. tp best ke rendang daging kobau tu?..iskk
|
kalo nk tau nalia, rendang daging kerbau la plg best compare ayam, daging kotak or lembu.
tp mahal sket la 1 kilo rm16. kalo daging btg pinang slalu rm17
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please
click here.