Help - Search - Member List - Calendar
Full Version: ketupat segera..~kanser~
Forum Universiti Utara Malaysia > Berita & Isu Semasa

Pages: 1, 2
nalia10
owh...camtu pulak..tp ramai org prefer ngan daging lembu..sbb sedap ke atau dagingnya lebih murah dr daging kobau?.. nalia makan je, asal sedap.. daging batang pinang..mcm penah dengar.. blush.gif
jinggo
QUOTE (nalia10 @ Nov 2 2006, 05:48 PM)
owh...camtu pulak..tp ramai org prefer ngan daging lembu..sbb sedap ke atau dagingnya lebih murah dr daging kobau?.. nalia makan je, asal sedap.. daging batang pinang..mcm penah dengar.. blush.gif

daging btg pinang lebih lembut sbb bukan oto yg byk gerak yg lebih liat. slalu org pilih utk buat sate.
tp sate yg jual tu gune daging kotak jek. br RM8 sekilo klu x silap. kitorg x pernah beli daging kotak.
nalia10
daging kotak tu a.k.a daging import la kan?.. unsure.gif
jinggo
QUOTE (nalia10 @ Nov 2 2006, 06:04 PM)
daging kotak tu a.k.a daging import la kan?.. unsure.gif

ye betol. daging import la. tempat aku org panggil daging kotak.
daging kerbau panggang tawar jek, pastu hiris sikit2 mmg best. manis jek. nalia try la buat.
nalia10
hehe...dah bleh jd peniaga daging jinggo nieh.. tongue.gif
daging tawaq cecah ngan air asam mesti best kan..
tp kalau time makan nak suwoh bezakan daging lembu
ngan daging kebau..x dapat kot... unsure.gif
bUjaNg^LaPoK
ketupat segera tak bess..
bleh kene kanser lak tuh..
Adabi punye keluaran ke weh?
jinggo
Latest:
QUOTE
Plastik pembungkus ketupat selamat digunakan

PETALING JAYA 8 Nov. – Plastik jenis polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) yang digunakan untuk membungkus ketupat segera selamat digunakan kerana ia sudah melalui ujian yang ketat dan mematuhi piawaian badan bertauliah.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Kesedaran, Forum Plastik Malaysia (MPF), Ahmad Khairuddin Sha’aban berkata, ujian ke atas plastik jenis itu dipantau oleh Pentadbir Makanan dan Dadah (FDA) yang berpusat di Amerika Syarikat.

Katanya, kajian dan ujian ketat yang dijalankan itu membuktikan HDPE selamat digunakan walaupun dimasak sehingga 100 darjah celsius.

‘‘Malah, ujian dalam keadaan yang lebih ekstrem turut dibuat iaitu menggunakan bahan pelarut dan dididihkan sehingga 135 darjah celsius dan ia masih menunjukkan HDPE selamat digunakan.

‘‘Jadi, andaian yang dibuat sebelum ini adalah tidak berasas dan tanpa bukti-bukti yang kukuh,’’ katanya pada sidang akhbar di pejabat Persatuan Pekilang Plastik Malaysia (MPMA) di sini hari ini.

Sebelum ini, CAP mendedahkan bahawa ketupat segera yang dimasak di dalam plastik jenis itu boleh mengakibatkan kemandulan dan kanser.

CAP mendakwa, beg plastik HDPE jika direbus selama sejam akan merembeskan bahan kimia beracun iaitu organik mudah memeluwap (VOC) yang membawa kesan buruk kepada kesihatan dan alam sekitar.

Malah, dakwaan itu dikuatkan dengan kajian yang dijalankan oleh sebuah institut dari Amerika Syarikat yang mendapati VOC daripada paip HDPE merembes ke dalam alam sekitar dan mencemarkan sumber air.

Ahmad Khairuddin berkata, kajian yang dinyatakan itu adalah untuk paip plastik dan sehingga kini masih tidak terbukti kebenaran kajian tersebut.

‘‘Terdapat pelbagai jenis plastik dan penggunaan yang betul setiap jenis plastik tidak akan membawa kepada sebarang implikasi.

‘‘Apa yang menjadi masalah sekarang adalah terdapat sesetengah peniaga atau orang ramai yang tidak mengetahui cara yang betul sehingga menyebabkan plastik cair dan sebagainya,’’ ujarnya.

Sementara itu, Pengurus Kawalan Kualiti, Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (Adabi), Hasimah Abdul Karim berkata, kenyataan sebelum ini yang dikeluarkan dalam suasana perayaan bukan sahaja hampir menimbulkan rasa panik tetapi menimbulkan keraguan kepada pengguna.

‘‘Penggunaan ketupat segera adalah lumrah pada zaman sekarang kerana mudah disediakan dan ia menjadi pilihan golongan yang tidak menggunakan kaedah tradisional.

‘‘Pihak Adabi sendiri menerima pelbagai pertanyaan dan aduan daripada orang ramai, malah ada yang menyuruh mengambil barang yang telah dihantar,’’ jelasnya.

Terjawab segale persoalan... laugh.gif
blue_april
pulak dah..haper2 jer la..janji leh makan..

huhu..smile.gif
hani
lor..bleh plak sweat.gif
notme
lps ni leh arrr jamu kwn2 soto & nasi himpit.. xda la susah2 nak anyam ketupat... tongue.gif
jinggo
QUOTE (notme @ Nov 10 2006, 08:39 AM)
lps ni leh arrr jamu kwn2 soto & nasi himpit.. xda la susah2 nak anyam ketupat... tongue.gif

mlsnye...
padahal jauh lebih best yg dlm ketupat s/ada ketupat kelapa or ketupat palas. thumbup.gif
notme
QUOTE (jinggo @ Nov 10 2006, 02:32 PM)
QUOTE (notme @ Nov 10 2006, 08:39 AM)
lps ni leh arrr jamu kwn2 soto & nasi himpit.. xda la susah2 nak anyam ketupat... tongue.gif

mlsnye...
padahal jauh lebih best yg dlm ketupat s/ada ketupat kelapa or ketupat palas. thumbup.gif

huh.gif bkn mls..tp xreti buat sbnrnye...
jinggo
QUOTE (notme @ Nov 10 2006, 04:37 PM)
QUOTE (jinggo @ Nov 10 2006, 02:32 PM)
QUOTE (notme @ Nov 10 2006, 08:39 AM)
lps ni leh arrr jamu kwn2 soto & nasi himpit.. xda la susah2 nak anyam ketupat... tongue.gif

mlsnye...
padahal jauh lebih best yg dlm ketupat s/ada ketupat kelapa or ketupat palas. thumbup.gif

huh.gif bkn mls..tp xreti buat sbnrnye...

blaja... whistling.gif
nk seribu daye, mls seribu dalih. ops censored.gif hehe...
nfr
x sangka pembalut ketupat segera pn ada..
tapi lebih suka ketupat daun palas.. (:
nfr
dlm paper baru2 ni menyatakan penggunaan bedak talkum pun boleh kena kanser..
mcm x percaya ja.. pergh.gif
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2012 Invision Power Services, Inc.
Lo-Fi 1.1 iDS Beta, Originally written by Matt,
re-written by Shaun Harrison, Layer 04.com, for pre IPB2.0 versions.