noname
Oct 13 2006, 03:54 PM
> Di mana boleh cari ramai Melayu
> Pastinya di pasar malam dan pasar minggu
> Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
> Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
> Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
> Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
> Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
> Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
> Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
> Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
>
> Apa hobi orang Melayu
> Terkenal dengan budaya malas dan lesu
> Berlepak buang masa tak jemu-jemu
> Atau baca majalah Mastika cerita hantu
> Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
> Sambil makan junk food kacang dan muruku
> Mana tak gendut berpenyakit selalu
> Kalau nak berlagak melayu nombor satu
> Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
>
> Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
> Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
> Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
> Ada tapi kurang sangat ke situ
> Kenapa Melayu jadi begitu
> Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
> Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
> Ayat lazim di mulut ialah malas selalu
> Nak harap kerajaan saja bantu
> Terutama sekali kontraktor kelas satu
> Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu
> Dan suka sangat dengan budaya mengampu
>
> Sampai bila kita nak tunggu
> Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
> Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
> Pertama dengan banyak menguasai ilmu
> Kata nabi ikutlah al Quran dan sunnah ku
> AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dulu
> tapi apakah yang kita tahu, cuma baca nak halau hantu!
noname
Oct 13 2006, 03:54 PM
ni chain email tau.. then d reply oleh seseorg:
| QUOTE |
My opinion, juz stop talking bad thing abt our race. I'm sure tak banyak yang belajar nak membangun bila orang dah kate kita buruk... ramai yang berjaya di luar sana, so time to learn from them and think to build up individually then baru kita naikkan bangsa... |
noname
Oct 13 2006, 03:55 PM
then d reply lagi oleh org ni
| QUOTE |
Betul tu saya setuju. Tak elok memburukkan bangsa sendiri. Seelok2nya kita berusaha camna nak bagi bangsa kita membangun. Rosle Wong @ Rosle B. Kassim Accommodation Office INTI International University College Persiaran Perdana BBN Putra Nilai 71800 Nilai Negeri Sembilan Tel : +606-7982188 Fax : +606-7999094 E-mail : roslewong@intimal. edu.my |
noname
Oct 13 2006, 03:56 PM
and then, org yang shoot email first tu reply yang ni lak
| QUOTE |
Maaf tujuan saya bukan untuk memburukkan bangsa Melayu kita..kita sebenarnya terlalu sensitif dan tidak boleh menerima hakikat dan pada pendapat saya kita perlu perhati dan teliti kesilapan kita dan mengakui bahawa kita mempunyai kekurangan yang perlu diperbetulkan. Kita perlu identify apa kelemahan kita barulah kita boleh maju. Jangan melompat bila kita dicap pemalas dan sebagainya.. Saya bangga saya orang Melayu.
Pantun atau kata tersebut dipetik dari email yang saya terima..Ia patut dijadikan batasan (iaitu kita perlu jauhi daripada diperkatakan sebegitu) Contoh : merempit, siapa kalau bukan anak bangsa kita juga? siapa perlu dipersalahkan? Saya percaya kata-kata itu adalah semata-mata berniat untuk memberi kesedaran bahawa siapa kita dan bukan untuk memburukkan bangsa...Jangan salah anggap.
Sedar --> Terima --> Nilai --> Buat Pilihan --> UBAH
Tetapi manusia (khususnya Melayu) rambut sama hitam..hati lain-lain.. Ada yang mempunyai pendapat tersendiri.. TERSERAHLAH. .
Maaf sekiranya ada yang terguris
|
after that, datang lak email ni..
| QUOTE |
Nicola Kola Rodzal <rodzal@...> wrote: > > saya cadangkan u publishkan pantun tu dalam paper biar > semua orang melayu baca, patut buat bagi melayu yang > tak ok dan memalukan bangsa tu insaf. yang dah ok, > baik, bagus, tinggi darjat tu ok la, memang la ada > melayu yang baik tak semua tak baik...tapi kalau > bangsa lain mereka cuba untuk semua jadi baik, bukan > takat berpuas ati dengan kata "tak semua tak > baik....ada juga yang baik..." kita nak cakap macam > nie..."melayu semua baik". tapi la nie anak dara kita > yang cun melecun pun boleh bangsa lain bawak...lagi > teruk ditukarkan agamanya pulak. "banyak budak melayu > mati sia-sia atas jalan, bukan mati sebagai pahlawan > dalam litar" saya sokong pendapat awak f_ritaharris.
|
noname
Oct 13 2006, 03:57 PM
and then.. last email yang aku dapat.. hari ni
| QUOTE |
It's good to view your opinion and I'm viewing mine... As (who's that girl yang menang pelakon terbaik tu..)the girl mentioned bangsa kita terlalu sensitif, for me takdela..most bangsa yang maju macam Japanese and France, they are really proud of themselves, untuk diaorg, an insult to say bad things about their races. Maybe becoz of that, diaorg sentiasa dipandang tinggi oleh semua orang.
Saya tak ingat sape but pernah wawancara dalam Utusan Malaysia, a very good businessman who is a Malay, bila orang tanya betulkah Melayu ni bersifat dengki, sebab dari generasi ke generasi tok nenek kita pun ada cakap macam tu, so this person said, dia tak percaya our race is like that because padanya semua bangsa sama sahaja. Maybe becoz dia merupakan orang yang berjaya sebab tulah dia tak percaya bangsanya tak baik.
My sister's good friend masa diaorg dekat Australia pernah bekerja part time dkt one company, bila dia mentioned dia malay, his bos terkejut coz he mentioned he heard from his contact persons from Malaysia yang bangsa Malay ni pemalas dan sebagainya dan sebab tu they try to get rid to do business ngan Malay. It's happened to be my sister's friend very harworking and dia kena explained pulak to his boss yang kita sebenarnya takla seburuk yang disangka
Yg penting believe in yourself..takde kena mengena masalah bangsa dengan setiap individu. Kalau kita tak bagus, tak bermakna semua tak bagus...with that, I rest my case...
|
noname
Oct 13 2006, 03:57 PM
mungkin bole jadi panduan kite..
ZeMMs
Oct 13 2006, 03:59 PM
Aku setujuu dengan pendapat yang kata : Sedar --> Terima --> Nilai --> Buat Pilihan --> UBAH
Orang Melayu taknak mengakui kelemahan sendiri..
anyway.. kalau berdasarkan tajuk topik tu... sape yg nak pilih pressure kalau diberi pleasure? Aku rasa.... saper2 pun tetap akan pilih pleasure berbanding pressure... unless kalau pressure tu boleh mendatangkan manfaat la
noname
Oct 13 2006, 04:04 PM
aku rasa, preasure kat sini ialah kerja keras la.. kan d katakan malay pemalas...
nfr
Oct 14 2006, 12:09 AM
tekanan satu kebiasaan dalam kehidupan..
tanpa tekanan ia bukan kehidupan sebenar..
pengalaman dan masalah akan mematangkan hidup kita..
noname
Oct 27 2006, 02:08 PM
BARU PERASAN THIS THING DAH ADE KAT ARTIKEL N RENCANA. HMMM... LYNKAN AJELAH.. EHEHEH
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please
click here.