jinggo
Oct 7 2006, 05:59 PM
ade org kate zaman skrg org pakai pistol la...
bang...! skali, terkangkang terus.
ade yg kate pompuan klu blajar silat nnti jd mcm tomboy.
ade yg kate xnk la nnti sakit2 badan.
so, ape komen korang...?
kat sini aku selitkan kisah bini silat lindung suami.
| QUOTE |
Isteri bersilat tangkap penyamun
Oleh Zainal Zawawi Mohamed
KUALA LUMPUR: Seorang wanita terpaksa menggunakan ilmu silat yang dipelajarinya untuk membelasah seorang penyamun sebelum merampas parang yang digunakan penyamun itu untuk menetak suaminya di Batu 3 1/2 Jalan Klang Lama di sini, malam kelmarin.
Penyamun berkenaan naik angin apabila suami wanita berkenaan merampas kunci motosikal Yamaha miliknya ketika cuba melarikan dua guni penyerap hentak (absober) kereta di kedai berhampiran rumahnya.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Mohd Dzuraidi Ibrahim (gambar), berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 malam ketika mangsa sedang berehat di rumahnya.
“Mereka terdengar anjing menyalak dari kedai di sebelah rumah dan meminta anaknya memeriksa apa yang berlaku.
“Anak mangsa menjerit meminta tolong bapanya berikutan ternampak kelibat orang sedang menolak motosikal keluar dari kawasan berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, penyamun berusia 38 tahun itu tidak menyedari kehadiran seorang lelaki dari belakang dan mencabut kunci motosikalnya menyebabkan penyamun itu menyerangnya.
Menurutnya, mangsa tergamam apabila melihat penyamun itu mengeluarkan parang dan menyerang dan menetaknya.
“Isteri mangsa yang berada di kawasan berhampiran berlari ke arah penyamun itu dan menendangnya hingga jatuh.
“Ketika itu berlaku pergelutan antara penyamun dan wanita terbabit, sementara suaminya hanya terpaku memerhati,” katanya. Katanya, beberapa minit kemudian wanita terbabit berjaya merampas parang yang digunakan penyamun itu dan memanggil suaminya untuk mengikat penyamun terbabit.
Mohd Dzuraidi berkata, wanita itu kemudian menghubungi polis dan beberapa kereta peronda dikejarkan ke tempat kejadian untuk memberkas suspek.
Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana menyamun dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara dan denda.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan tau menghubungi talian Rakan Cop 03-21159999. |
P/S: isteri solehah.
bUjaNg^LaPoK
Oct 7 2006, 10:21 PM
Silat bagus sume pong bagos..
tuh pong kalo kene ngan tempatnye la..
bukan nak wujudkan satu ajaran sesat ke hape..
jinggo
Oct 7 2006, 10:31 PM
| QUOTE (bUjaNg^LaPoK @ Oct 7 2006, 10:21 PM) |
Silat bagus sume pong bagos.. tuh pong kalo kene ngan tempatnye la.. bukan nak wujudkan satu ajaran sesat ke hape.. |
ajaran sesat...? mane tu...?
bUjaNg^LaPoK
Oct 7 2006, 10:32 PM
| QUOTE (jinggo @ Oct 7 2006, 10:31 PM) |
| QUOTE (bUjaNg^LaPoK @ Oct 7 2006, 10:21 PM) | Silat bagus sume pong bagos.. tuh pong kalo kene ngan tempatnye la.. bukan nak wujudkan satu ajaran sesat ke hape.. |
ajaran sesat...? mane tu...?
|
cam Mat Komando..
ye ke nih wesss..ntah..
yg tak lut kalo kene tembak tuh..
haha..
jinggo
Oct 7 2006, 10:37 PM
| QUOTE (bUjaNg^LaPoK @ Oct 7 2006, 10:32 PM) |
| QUOTE (jinggo @ Oct 7 2006, 10:31 PM) | | QUOTE (bUjaNg^LaPoK @ Oct 7 2006, 10:21 PM) | Silat bagus sume pong bagos.. tuh pong kalo kene ngan tempatnye la.. bukan nak wujudkan satu ajaran sesat ke hape.. |
ajaran sesat...? mane tu...?
|
cam Mat Komando.. ye ke nih wesss..ntah.. yg tak lut kalo kene tembak tuh.. haha..
|
naper tgk pade sezarah debu kotor sedangkan sebukit pasir berguna...?
kan byk lagi yg normal ok jek. abeh tu akak tu sesat la...?
tek kwan do, judo, okaido, kung fu pon ramai gak yg salah gune utk jd jahat ape..
nfr
Oct 10 2006, 01:04 AM
ramai wanita zaman skang pandai bersilat /senibela diri..
tp btul kata jang ada jugak yg sesat dlm seni ni..
sbb diguna utk perkara x baik@bkn utk mempertahankan diri..
ada gak unsur2 ajaran silat yg lari dr segi agama..
silat yg leh diterima umum ialah silat Cekak, silat Lincah dan silat Gayong..
tp silat adalah sukan yg banyak menyumbang dlm sukan SEA kan..
ramai pesilat handal negara menang emas walopun berdepan pesilat yg gagah mcm Indonesia dan Brunei Darussalam..
ZeMMs
Oct 10 2006, 08:57 AM
Aku rasa memang elok kalau kita tahu serba sdikit seni mempertahankan diri.. biarpun silat ke.. tae kwon do ke.. karate ke.. tau salah satu pun cukup. Selain dapat pertahankan diri, dapat jugak mendisiplinkan diri & meningkatkan self-confidence. Memang zaman skarang orang guna pistol.. tp tu kalau penjenayah la. Kalau berdepan dgn org bersenjata api tu, walaupun kita ada seni pertahankan diri, lebih baik jgn melawan. Ikut je apa dia ckp. melainkan kalau mmg ada peluang yg sgt tinggi utk jatuhkan lawan tu la. Sebab nyawa lebih berharga daripada apa2. Seni pertahankan diri ni plak boleh la guna time2 berdepan dgn situasi2 harian cam org gadoh sebab potong queue ke.... so kita boleh leraikan.. ataupun road bully ke.. boleh kita pertahankan diri... peragut... buli... dll..
DuKeArViN
Oct 10 2006, 12:43 PM
sape kata org dah xpakai silat...kita orang melayu...tue laa antara warisan yang kita ade..contoh aku aku...dlm game flash pun..ade game silat...

..so mana bukti ko org xguna dah silat???
nfr
Oct 10 2006, 01:11 PM
btul duke..
silat adalah warisan kita sejak zaman kesultanan melayu melaka lagi kan..
jadi kalu xda senibela diri nih, maka lenyaplah warisan seni bangsa melayu kita..
jepun dgn samurai, thailand dgn muaythai ( tomoi ), korea dgn taekwando, silat sinonim dgn negara kepulauan melayu spt malaysia, brunei dan indonesia..
skang ni pn ramai jugak artis@pelakon join dlm senibela diri..
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please
click here.