| QUOTE |
| Harga minyak jatuh paras terendah KUALA LUMPUR 4 Okt. – Harga minyak dunia jatuh ke paras terendah sejak bulan Februari lalu apabila susut lebih AS$2 (RM7.36) pada hari Selasa kepada AS$59 setong. Perkembangan itu juga menyebabkan Presiden OPEC menyeru negara-negara pengeksport minyak mengurangkan lagi pengeluaran mereka. Harga minyak mentah AS jatuh sebanyak AS$2.35 kepada AS$58.68 setong, selepas turun kepada paras AS$58.60, paras terendah sejak 17 Februari lalu. Harga minyak London Brent pula jatuh AS$2.02 kepada AS$58.43. Harga minyak melonjak di paras rekod pertengahan Julai lalu iaitu AS$78.40 setong. |
| QUOTE (blue_april @ Oct 5 2006, 01:29 PM) |
| bile kerajaan nak turunkan harga minyak ni.. |
| QUOTE |
| Fomca syor harga minyak diturunkan ikut pasaran dunia Thu | Oct 05, 06 | 04:00:01 PM Oleh Roy Rasul KUALA LUMPUR, 5 Okt (Hrkh) - Kerajaan sewajarnya menurunkan harga minyak jika harganya terus menjunam di pasaran antarabangsa, kata Pengarah Komunikasi Korporat, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Yusof Abdul Rahman. Beliau berkata, ini kerana semasa harga minyak dunia dinaikkan AS$70 setong kerajaan menaikkan harga minyak di pasaran tempatan. "Kita tahu walaupun harga minyak belum stabil, tetapi penurunan harga minyak kepada AS$59 setong, Selasa lalu, mungkin akan disuarakan dan dijadikan alasan pengguna kerana dulu apabila minyak naik, kerajaan naikkan harganya. "Jadi sekarang ini mungkin pengguna akan menimbulkan pula persoalan adakah kerajaan akan menurunkan harga minyak apabila harganya di pasaran dunia jatuh," katanya semasa dihubungi Harakahdaily hari ini. Media tempatan hari ini melaporkan harga minyak jatuh ke paras terendah sejak bulan Februari lalu kepada AS$59 setong. Yusuf berkata, jika harga minyak tersebut kekal dalam beberapa bulan akan datang, kerajaan perlu memberi pertimbangan serius untuk menurunkan harga minyak. "Sebabnya semasa harga minyak dinaikkan dulu, pengguna menanggung bebaban hidup yang tinggi," katanya. Katanya lagi sekiranya, kerajaan prihatin dan mengambil keputusan untuk menurunkan harga minyak selaras penurunan harga minyak dunia, pasti akan melegakan pengguna. Sehubungan itu katanya, Fomca berharap kerajaan prihatin terhadap penurunan harga minyak, kerana ia dapat mengurangkan bebanan rakyat terutama menjelang musim perayaan dan tahun baru. - lanh |
| QUOTE (Dato_Seri @ Oct 5 2006, 12:10 PM) |
| dulu kerajaan naikkan harga petrol dan diesel atas alasan harga minyak dunia naik, apakah skrang kerajaan akan turunkan harga petrol dan diesel setelah harga minyak dunia turun??? jawapannya TIDAK...!!! alasannya, kerajaan masih perlu mengeluarkan subsidi untuk minyak.... |
| QUOTE |
| ‘Tiada ruang turunkan harga minyak’ TAPAH: Kerajaan tidak boleh menurunkan harga petrol dan diesel daripada harga semasa walaupun harga mentah minyak dunia sudah menurun, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk S Veerasingam. Beliau berkata, walaupun harga minyak mentah kini sekitar AS$58 dan AS$60 setong, kerajaan masih memberikan subsidi petrol dan diesel kepada pengguna. “Subsidi itu tidak kurang. Ketika harga minyak mentah melonjak AS$78 setong, kerajaan masih memberikan subsidi. Kita tidak menaikkan harga petrol dan diesel walaupun jumlah subsidi yang ditampung kerajaan ketika itu meningkat. (tak naik KEPALA BAPAK dia.... yang 3 kupang seliter tu apa dia? karipap nenek nkau...!!!! you talk like f*cking sh*t...!!!! “Sekarang harga minyak mentah sudah turun dan kita masih juga bagi subsidi. Jadi tidak ada ruang untuk mengurangkan harga petrol dan diesel daripada apa yang kita jual sekarang,” katanya selepas menyampaikan sumbangan untuk golongan kurang berkemampuan di Dewan Merdeka di sini semalam. Beliau berkata, kerajaan pasti akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk kebajikan rakyat negara ini jika harga minyak mentah dunia terus turun ke satu tahap di mana kerajaan tidak lagi perlu menampung sebarang subsidi. |
| QUOTE (Dato_Seri @ Oct 16 2006, 10:09 AM) | ||||
ini post aku ari tu....
dan hari ni, dalam berita harian, kuar la berita ni.....
|
| QUOTE (ekinsyia @ Nov 29 2006, 04:25 PM) |
| masa minyak naik arituh dengar kate takkan dinaikkan lagi tahun nih... tapi mungkin next year. sekarang harga minyak jatuh, takkan nak naik lagi next year??? |