Help - Search - Member List - Calendar
Full Version: main mercun...membazir atau x??
Forum Universiti Utara Malaysia > Bilik Debat & Pendapat

Pages: 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7
jinggo
QUOTE (bUjaNg^LaPoK @ Oct 13 2006, 10:59 AM)
tapi aku tgk polis gak yg dok jual mercun..
lalalala..

QUOTE
Lagak ‘selamba’ gagal

Oleh BASRI BASIR

PADANG BESAR: Tindakan ‘selamba’ seorang bekas pegawai kerajaan wanita memandu kenderaan memasuki negara ini selepas membeli sejumlah besar mercun dan bunga api di Pekan Siam, Selatan Thailand, gagal memperdayakan anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) di sini.

Pesara berusia 58 tahun yang pernah bertugas sebagai anggota pakaian seragam itu membawa bersama tiga rakannya yang juga wanita memasuki Pekan Siam tanpa dokumen perjalanan, semata-mata untuk membeli mercun dan bunga api.

Apabila kenderaan dipandunya ditahan untuk pemeriksaan, anggota UPP menemui mercun dan bunga api bernilai kira-kira RM5,000 di dalam kereta terbabit, kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.

Komander UPP Perlis, Deputi Superintendan Rooslan Radzi, berkata wanita berasal dari Kedah itu menyembunyikan mercun dan bunga api di tempat duduk belakang bersama barangan lain yang dibeli di Pekan Siam.

“Wanita itu bersama tiga rakannya memasuki pekan sempadan tanpa dokumen perjalanan. Dia membawa bersama rakan wanitanya bagi mengabui mata pihak berkuasa kononnya mereka ke negara itu untuk membeli-belah tetapi sebaliknya menyeludup mercun.

“Mereka mungkin mengandaikan anggota penguatkuasa di sempadan tidak melakukan pemeriksaan terhadap wanita yang berulang alik ke negara jiran, tetapi tanggapan itu meleset kerana unit risikan UPP turut ada di Pekan Siam,” katanya di Pejabat UPP Padang Besar, semalam.

Rooslan percaya mercun dan bunga api itu untuk dijual sempena musim perayaan Aidilfitri. Wanita itu akan didakwa mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan dan Kakisan 1952.
“Jika sabit kesalahan, wanita berkenaan boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 atau penjara tujuh tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau berkata, mercun dan bunga api yang dirampas itu termasuk jenis Fire Sputter, Happy Boom, Bumble Bee dan Jumping Frog. Ia akan diserahkan kepada pihak kastam untuk tindakan lanjut.

nih bukti OPS MERCUN. sudah terang lagi bersuluh. whistling.gif

QUOTE
Pegawai polis ditahan BPR


KOTA BHARU: Gara-gara meminta suapan daripada seorang peniaga mercun bagi melepaskannya daripada tuduhan memiliki bahan terlarang itu, seorang pegawai polis ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) Kelantan.

Pegawai polis berpangkat inspektor itu ditahan di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu petang Khamis lalu bagi menyelesaikan kes rampasan mercun.

Berikutan itu, pegawai polis terbabit ditahan reman empat hari bermula kelmarin, bagi membantu siasatan dakwaan itu.

Difahamkan, pegawai polis berusia lingkungan 30-an itu ditahan selepas BPR menerima maklumat mengenai tindakannya meminta suapan sebagai ganjaran menyelesaikan satu kes rampas mercun di Wakaf Che Yeh, baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Zulkifli Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penahanan pegawai polis itu, tetapi enggan mengulas lanjut.


mercun membawa padah.
girlz
nasib la..
kalo baik lps..kalo xbaik kna tgkp..
tp aku still bole dpt bekalan bungapi&mercun tanpa sbrg masalah..
huhu.. whistling.gif
yg penting kite main dgn cara baik..xsalah aku rsa..
ZeMMs
Hidup biar slumber.. ye tak girlz? hehee biggrin.gif
notme
QUOTE (noname @ Oct 11 2006, 11:37 PM)
kalau nak tak membazir sekali sekala, then takde la istilah berhibur.. whistling.gif

dan.. no outing.. no shopping.. no watching movie... no listening to cd or cassete... or, even, no pegi CC, pegi chatting.. smua tu membazir..

so.. duit yang lebih2 tu, simpan2 la ek..? simpan sampai jadi juta2.. pastu, nak buang pegi mane..? sedekah kat org..? abis, kite yang berusaha mencari duit ni, tak nak berehat..? tak nak bercuti...? tak nak beli barang sendiri...? tak nak manjakan diri..? whistling.gif

so.. pada aku, mercun TAK de la membazir pun... unlesssssss... korg main mercun yang cost dlm ratus2.. kiranya, sepanjang raya tu, main mercunnnnn je... cool.gif

ok..ok...suka ati korg ler..duit korang,kan.. tongue.gif
but for me, walaupun sikit, i wont wasting my money on that stuff.rm1 bleh la... lol.gif
pendek kata, membazir atau tak, depends kat org kan. some ppl x mind to spend money for the sake of entertainment, if main mercun is so called "entertainment" la.
personally, bg aku la main mercun is not entertaining...its annoying...bising jek... whistling.gif
bUjaNg^LaPoK
mercun bess!!!
lagik bes kalo atom ataupong nuklear..
baru gempaq dunia..
tongue.gif
jinggo
QUOTE
Pemuda maut ditikam gaduh kerana mercun
Oleh Hussain Said dan Jaafar Mulup


Kejadian berpunca akibat perselisihan faham dengan dua lelaki

GEMAS: Seorang pemuda maut ditikam dengan senjata tajam, manakala abangnya cedera dalam pergaduhan dengan dua lelaki di Ulu Ladang, dekat sini malam kelmarin akibat perselisihan faham ketika bermain mercun.
user posted image
Mohd Khairil Mohd Nor (gambar), 26, dari Kampung Bangka Hulu, dekat sini meninggal dunia kira-kira jam 5 pagi semalam ketika dalam perjalanan ke Hospital Muar selepas cedera parah ditikam di belakang badannya.

Mangsa yang bekerja kampung sebelum itu dirawat di Hospital Segamat bersama abangnya, Mohd Azli, 27, tetapi kemudian dia dipindahkan ke Hospital Muar.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Zull Aznam Haron, berkata dua malam lalu mangsa dikatakan bertengkar dengan seorang daripada suspek yang memarahi tindakannya membakar dan membaling mercun ke rumah suspek.

"Bagaimanapun, mangsa yang dikatakan tidak berpuas hati bersama abangnya sekali lagi pergi ke rumah suspek kira-kira jam 9.30 malam semalam (kelmarin).

"Adik beradik itu dikatakan bertengkar dengan suspek dan seorang lagi rakannya berusia 70 tahun sebelum berlaku pergaduhan.

"Dalam pergaduhan dua lawan dua itu, mangsa cedera parah ditikam, manakala abangnya cedera pada anggota badan," katanya.

Zull Aznam berkata, berikutan kejadian itu, pihaknya menahan seorang lelaki warga Indonesia berumur 42 tahun yang memasuki negara ini menggunakan visa pelancong dan sudah berkahwin dengan sepupu mangsa.

Lelaki terbabit yang mempunyai lima anak ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Kita juga sedang memburu rakan suspek yang melarikan diri selepas kejadian. Kita belum menemui senjata tajam yang digunakan dalam pergaduhan itu,' katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Mohd Nor Majid, 51, berkata beliau sendiri tidak pasti siapa yang bermain mercun dan punca sebenar pergaduhan yang mengorbankan nyawa anak bongsu tiga beradik itu.

"Saya dimaklumkan Azli cuba bertanya kepada lelaki itu sama ada mercun itu terkena kaki anak lelakinya akibat kejadian dua hari lalu.

"Bagaimanapun, meletus pergaduhan menyebabkan Khairil cuba meleraikannya sehingga dia ditikam," katanya yang mendakwa tidak pernah melihat Khairil bermain mercun sebelum ini.


P/S: Hanye kerana mercun...?

QUOTE
Budak 6 tahun turut jadi mangsa
Oleh Mohd Zin Ali


JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun hampir putus dua jari tangan kanannya selepas terkena letupan mercun jenis bola yang dicampak sekumpulan kanak-kanak lain di Pangsapuri Sri Impian, Larkin di sini kelmarin.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 pagi, ketika Wan Kasturi Izzuddin Wan Zuraimi, 6, dan abangnya, Wan Jebat, 8, bermain di taman permainan kanak-kanak di pangsapuri itu berhampiran sekumpulan kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun yang bermain mercun dan bunga api.

Bagaimanapun, kumpulan kanak-kanak terbabit yang dipercayai mencampakkan mercun ke arah mangsa melarikan diri selepas mangsa meraung kesakitan akibat dua jari tangan kanannya hampir putus terkena letupan mercun itu.

Mangsa yang juga anak kedua daripada lima beradik dipercayai cuba menahan mercun yang dicampak ke arah mukanya menggunakan tangan kanan. Apabila ia meletup menyebabkan tapak tangannya turut lebam serta cedera di pipi dan dahi.

Beberapa penduduk yang menyedari kejadian itu selepas mendengar jeritan mangsa kemudian membawanya ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan.

Bapa mangsa, Wan Zuraimi Wan Abdul Jamil, 35, berkata beliau yang sedang berurusan di Pulau Pinang bergegas pulang ke rumah selepas dimaklumkan isterinya, Asmani Omar, 28, kira-kira setengah jam selepas kejadian.

"Saya dan isteri bimbang apabila dimaklumkan kemungkinan jari telunjuk Kasturi terpaksa dipotong sekiranya lukanya bertambah teruk," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Larkin di sini, petang kelmarin.

Zuraimi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penduduk pangsapuri itu berkata, keluarganya kecewa dengan sikap sesetengah penduduk yang membiarkan anak mereka bermain mercun di kawasan itu.

Katanya, keluarganya kini mempertimbangkan sama ada untuk mendakwa ibu bapa kanak-kanak terbabit di mahkamah kerana mengakibatkan kecacatan fizikal pada Kasturi.

P/S: bukan setakat biar jek, malah ade golongan terpelajar pon masih menyokong mercun ni. alahai malaysia....



QUOTE
Mohd Imran putus dua jari
Oleh Omar Osman


Tiga lagi jari melecur selepas mercun bola meletup

SUNGAI PETANI: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun putus dua jari tangan kirinya, manakala tiga lagi jarinya melecur selepas mercun bola yang dipegangnya meletup ketika sedang bermain bersama rakannya pagi semalam.

user posted imageCEDERA PARAH: Mohd Imran
dimasukkan ke Hospital
Sungai Petani selepas
dua jarinya putus
akibat mercun bola
semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi ketika mangsa, Mohd Imran Hafiz yang baru pulang dari tadika bermain mercun bola bersama rakan sebaya di depan rumahnya di Felda Lubuk Merbau, Sik dekat sini.

Akibat kejadian itu, Mohd Imran kehilangan jari kelingking dan jari hantu, manakala tiga lagi jarinya melecur. Mangsa kemudian dihantar ke Klinik Kesihatan Lubuk Merbau sebelum dirujuk ke Hospital Sungai Petani (HSP).

Ibunya, Noryam Hitam, 44, berkata anaknya dikatakan memegang mercun bola manakala rakannya menyalakan sumbu.

Mohd Imran dikatakan tidak sempat membaling mercun itu menyebabkan ia meletup dalam genggamannya.

Noryam berkata, beliau tidak sedar anaknya bermain mercun kerana terus masuk ke dalam rumah sebaik pulang daripada menjemput Mohd Imran di tadika.

"Tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan kuat dan Mohd Imran menjerit.

"Saya berlari ke depan dan mendapati dia sedang meraung dengan tangan kirinya berlumuran darah. Kawannya memberitahu Mohd Imran terkena mercun," katanya ketika ditemui di HSP di sini, semalam.

Sementara itu, Mohd Imran berkata, dia tidak mahu lagi bermain mercun selepas ini.


P/S: Kesian budak2. disebabkan ade golongan dewasa yg tau pk tp kurang pk, kanak2 yg tanggung akibat. Harap2 ed la terjadi kat anak2 jang, noneng, zeems girlz dan kite semer kelak.

QUOTE
mercun bess!!!
lagik bes kalo atom ataupong nuklear..
baru gempaq dunia.. tongue.gif

kat atas ni ke bukti best...? alahai bangsaku...
noname
kalau d bace, nape kemalangan tu terjadi..? sebab, careless.. sebab parents tak amek peduli anak2 dorg main tu.. even eksiden tu bukan d sebabkan oleh mangsa, tapi kat sini kite ley la tgk yang budak2 tu kena d brainwash sket.. nakal sgt, yang p baling2 kat org tu nape..? main la sendiri2 je... adesss

ni la budak2 ni.. nakal sgt.. kalau aku, tak brani nak campak2 kat org... aku campak kat anjing je.. wakakkakaa.gif eh, takde la...

tapi betul la... sikap org yang maintu kena betul...
ZeMMs
Ye la... tiap-tiap hari pun kita dengar berita pasal kemalangan jalan raya... ramai orang putus tangan.. putus kaki.. disebabkan kemalangan jalan raya ... putus kepala pun ada... beratus-ratus org mati kat kemalangan jalan raya setiap tahun.. takkan kita nak kata "naik keta/motor ni membazir" plak kan? lol.gif
jinggo
QUOTE (ZeMMs @ Oct 16 2006, 03:29 PM)
Ye la... tiap-tiap hari pun kita dengar berita pasal kemalangan jalan raya... ramai orang putus tangan.. putus kaki.. disebabkan kemalangan jalan raya ... putus kepala pun ada... beratus-ratus org mati kat kemalangan jalan raya setiap tahun.. takkan kita nak kata "naik keta/motor ni membazir" plak kan? lol.gif

haha... klakor2.
bawak kenderaan 4 life, tp main mercun 4 fun. beza kan...?
kan senang.... whistling.gif
bUjaNg^LaPoK
Ok, camni laaa..jinggo..
nak sruh ko paham n bebetol paham n terus paham wat slama2nye..
kan aku dah ckp, ia tak membazir kalo kite ikot n men mercun ni ke jalan yg btol..
yg ko kasi fakta tuh sume ke arah jalan yg btol..
nak meriahkan suasana tuh takde langsung..
so, ape kes, tak releven langsung ko ni..
behtu, ari merdeka tuh tak yah bako2 mercun..
wat solat tobat n syukur aje la kan..
ko nak wat ke?
potong leher aku aje laa..
nalia10
bujang ngan jinggo asik bertekak je.. tongue.gif
hal remeh2 cenggini pun ..iskk..biarlah membazir
ke x membazir ke..yg penting kita tau menilai baik
buruk nak main mercun.. kalau ikut mak nalia..mmg
x suka sbb dia kata 'bakor duit' sema tu..kalau ikut
seronok mmg la..tp at the same time mmg membazir.
so..terpulang la pada diri masing2.. blush.gif
bUjaNg^LaPoK
QUOTE (nalia10 @ Oct 21 2006, 08:56 PM)
bujang ngan jinggo asik bertekak je.. tongue.gif
hal remeh2 cenggini pun ..iskk..biarlah membazir
ke x membazir ke..yg penting kita tau menilai baik
buruk nak main mercun.. kalau ikut mak nalia..mmg
x suka sbb dia kata 'bakor duit' sema tu..kalau ikut
seronok mmg la..tp at the same time mmg membazir.
so..terpulang la pada diri masing2.. blush.gif

suke ati aku r..
tongue.gif

bukan betekak syg, berdebat..
hehe..
DuKeArViN
wink.gif ...rasanye...better close je topic nie...lagipun...raya dah abis..dgn katalain org dah xmain pun... wakakkakaa.gif ..ok.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2012 Invision Power Services, Inc.
Lo-Fi 1.1 iDS Beta, Originally written by Matt,
re-written by Shaun Harrison, Layer 04.com, for pre IPB2.0 versions.