Help - Search - Member List - Calendar
Full Version: keta guna air...
Forum Universiti Utara Malaysia > Berita & Isu Semasa

hani
PM lancar kenderaan guna teknologi air ganti minyak
Oleh ROHANI IBRAHIM dan SUNARTI KIBAT
user posted image


ABDULLAH Ahmad Badawi diiringi pencipta teknologi Hydroxene, Dr. Halim Ali melihat kereta LMG pada majlis pelancaran kenderaan tersebut di Johor Bahru, Johor, semalam. – Gambar Mohd. Farizwan Hasbullah.
--------------------------------------------------------------------------------




JOHOR BAHRU 15 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melancarkan dua model kenderaan utiliti lasak (SUV) jenis LMG menggunakan teknologi hydroxene yang membolehkan petrol dikurangkan sebanyak 50 peratus dengan penggunaan air.

Teknologi ciptaan saintis tempatan itu yang mengambil masa enam tahun untuk dibangunkan juga boleh diguna pakai pada kenderaan lain selain LMG, hanya dengan mengubahsuai dan menambah sebuah tangki air selain tangki petrol sedia ada.

Abdullah berkata, penghasilan teknologi tersebut adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan pergantungan ke atas minyak sebagai sumber tenaga pada jangka masa yang panjang.

“Saya ingin melihat lebih ramai pengusaha industri automotif tempatan melibatkan diri dalam mencipta kenderaan yang menggunakan sumber tenaga alternatif.

“Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kerajaan menggariskan keperluan untuk meningkatkan penggunaan sumber tenaga lain.

“Ini adalah relevan dengan harga minyak mentah yang tinggi pada masa ini dan kebimbangan pelbagai pihak mengenai kesan alam sekitar ekoran penggunaan sumber tenaga,” katanya.

Perdana Menteri menyatakan demikian semasa berucap merasmikan dua model kenderaan keluaran L.M.Star Autoworld, LMG Tourer dan LMG Trekker di sini hari ini.

Menerusi teknologi itu, syarikat berkenaan menggabungkan teknologi hydroxene ciptaan saintisnya dengan kereta Dadi buatan China.

Kata Abdullah, usaha kumpulan L.M. dalam memperkenalkan teknologi baru perlu dicontohi oleh syarikat pemasangan kenderaan dan pengeluar kereta tempatan dalam menyuntik idea baru bagi model kereta sendiri.

“Pengusaha automatif tempatan kini perlu berfikir di luar pasaran tempatan dan mula meneroka pasaran serantau dan global.

“Memandangkan pasaran Malaysia agak kecil, industri automatif negara perlu meningkatkan jumlah eksport bagi menjadikannya kompetitif dan berskala besar.

“Dalam hal ini, L.M.Star perlu mencapai sasarannya iaitu mengeksport sekurang-kurangnya 80 peratus daripada pengeluarannya ke pasaran luar negara,” katanya.

Katanya, kerajaan sentiasa menyokong dan menggalakkan usaha untuk berfikir ke hadapan seperti yang dilakukan oleh L.M.Star.

“Langkah berkenaan dapat membawa manfaat selain selaras dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan inovasi dan kreativiti sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi ,” kata Abdullah lagi
ZeMMs
huuu.. ini sudah bagus ni.. bila nak implement kat kereta proton nih? whistling.gif
hani
bukan dh ader ke?
ari tu pnh baca paper dia buat test kt keta waja
tp dh lupa la enjin kena tukar ke x?
rasa mcm kna tambah tangki untuk air jer
ZeMMs
QUOTE (hani @ Aug 16 2006, 09:23 AM)
bukan dh ader ke?
ari tu pnh baca paper dia buat test kt keta waja
tp dh lupa la enjin kena tukar ke x?
rasa mcm kna tambah tangki untuk air jer

Ye ke.. kalo camtu besh gak.. kene beli cepat2 la..
boleh jimat sket... lg satu kalo dah guna air tu..for sure kurang cemarkan alam sekitar gak kan? Teknologi yg bagus ni.... thumbup.gif
hani
tp kna guna mineral water jer kot
air paip x bleh tongue.gif
ZeMMs
QUOTE (hani @ Aug 16 2006, 09:26 AM)
tp kna guna mineral water jer kot
air paip x bleh tongue.gif

Aik.. boleh pulak beza2 camtu ek... takpe la.. kalo guna air penyuling bleh kot? thumbup.gif
nfr
bagus ciptaan saintis tempatan nih..
menjimatkan.. thumbup.gif
blue_april
haa..baguz2...
x sabo aku nak gune..ahaks..
chikamix
kete nih leh jalan ker..... unsure.gif
Mr FiQ
QUOTE (ZeMMs @ Aug 16 2006, 09:25 AM)
Ye ke.. kalo camtu besh gak.. kene beli cepat2 la..
boleh jimat sket... lg satu kalo dah guna air tu..for sure kurang cemarkan alam sekitar gak kan? Teknologi yg bagus ni.... thumbup.gif

Gen.2 ko nk ltk mana? devil.gif
ZeMMs
QUOTE (Mr FiQ @ Aug 17 2006, 11:00 AM)
QUOTE (ZeMMs @ Aug 16 2006, 09:25 AM)
Ye ke.. kalo camtu besh gak.. kene beli cepat2 la..
boleh jimat sket... lg satu kalo dah guna air tu..for sure kurang cemarkan alam sekitar gak kan? Teknologi yg bagus ni.... thumbup.gif

Gen.2 ko nk ltk mana? devil.gif

Kenape plak... bukan dia kata just tambah tangki air ke lol.gif

QUOTE
Teknologi ciptaan saintis tempatan itu yang mengambil masa enam tahun untuk dibangunkan juga boleh diguna pakai pada kenderaan lain selain LMG, hanya dengan mengubahsuai dan menambah sebuah tangki air selain tangki petrol sedia ada.
whistling.gif
Mr FiQ
ooo... igtkn nk beli baru.. doh.gif

malu2...
nfr
ada baca kat dalam paper baru2 nih.
harga kos nak pasang dlm rm1300..
dpt jimat minyak smpai 29 %..
girlz
xLma Lg pkai tenaga solar Lak..
Hm,1 perkembangan yg bguz.. whistling.gif
ZeMMs
Tapi persoalannye... bila nak diaplikasikan guna tenaga air & tenaga solar ni? Dari dulu sampai sekarang org dok perkatakan pasal guna tenaga2 alternatif ni tapi sampai skarang takde satu pun keta atas jalan utama yg guna tenaga solar atau tenaga air..

Reger minyak dah naik ni... cepat2 la introduce teknologi2 ni whistling.gif
blue_april
hydrofuel ke?bile nak ade... laugh.gif
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2012 Invision Power Services, Inc.
Lo-Fi 1.1 iDS Beta, Originally written by Matt,
re-written by Shaun Harrison, Layer 04.com, for pre IPB2.0 versions.