Help - Search - Member List - Calendar
Full Version: Martabatkan Bahasa Melayu di peringkat dunia
Forum Universiti Utara Malaysia > Bilik Debat & Pendapat

Pages: 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10
Dato_Seri
YOU SEE..!!!!!! dalam keadaan kerajaan nak menginggeriskan semua IPT, semua sekolah, dah ada pun org yang tak fasih bahasa melayu... apa akan jadi kalau hasrat 'murni' kerajaan tu betul2 dilaksanakan?? alamatnya pupus la bahasa melayu ni... dan jangan terkejut kalau satu hari nanti ada org akan cakap, bahasa melayu ni menghalang kemajuan, menghalang kemodenan, filem mesti dibuat dlm english kononnya utk pasaran luar, dan sebagainya...

kalau kita sebagai org melayu, asyik nak memartabatkan bahasa inggeris, tak ada sesiapa yang akan hormat bahasa kita lagi, bahasa dan bangsa kita akan terus dihina, dipijak, dicaci dan diperlekehkan... bunyinya mungkin agak keterlaluan, tapi itulah realitinya...
blue_april
mungkin dato perlu igt..bhw kite x boleh mengabaikan bhs inggeris..n mmg perlu pun kjaan menginggeriskan semua IPT, semua sekolah..
jgn kerana nila setitik rosak susu sebelanga..apa yg amani katakan tuh..sbnrnya adlh kerana didikan dr keluarga..sbb tuh bhsnye agak kurang ajar..maklum maknye mn nak kesah pun..
english tuh penting..begitu juga bhs melayu...jd seimbangkan anta dua2 bhs tuh..
ermm..lagipon klu nak hadapi dunia luar..kite kene tau bhs 'omputih' ni..jd mengapa kite nak menolak bhs ingeris..fikirkan laa...yg baek tu lebey bnyk dr yg buruk...
"nak tercemar budaya.."percaya la..ia tiada kaitan lgsung ngn bhs igeris..ahaks..(pelik gak aku kenapa org maseh menolak penggunaan bhs igeris..)

pd dato
QUOTE
kalau kita sebagai org melayu, asyik nak memartabatkan bahasa inggeris, tak ada sesiapa yang akan hormat bahasa kita lagi, bahasa dan bangsa kita akan terus dihina, dipijak, dicaci dan diperlekehkan... bunyinya mungkin agak keterlaluan, tapi itulah realitinya...

kite kene seimbangkan dua2 bhs..yg sbbkan bhs melayu diperlekeh..bukan bhs igeris puncanye..tp adalah sikap manusia tuh snediri..maklum ler..zaman skrg..berapa bnyk yg terer speaking...andai smua org leh speaking..rsnye xkan wujud bahasa melayu dihina..
ermm..dato kene pandai bhs eng..baru la dato boleh buatkan bhs melayu x dihina olh segelintir msyarakat yg EGO, BERLAGAK dan PERASAN HEBAT..
Dato_Seri
itu betul.... aku tak penah menafikan kepentingan bahasa inggeris.. memang bi tu penting, dalam dunia hari ni, itu kita tak boleh nafikan sama sekali. TAPI, yang menjadi persoalannya, menginggeriskan sistem pendidikan, adalah satu langkah terkebelakang dan bakal menggugat kedaulatan bahasa melayu itu sendiri. sbg cth, kalau kita nak mahir BI, kita kena belajar BI, bukan belajar math dan sains dlm BI... kita perlu igt, sebelum barat menguasai ilmu sains dan matematik, para cerdik pandai islam terlebih dahulu menerokai ilmu ini. dan para sarjana barat mengambil kitab karangan ilmuwan islam yang ditulis dlm bahasa arab dan diterjemah kedalam bahasa inggeris, mereka tidak belajar ilmu sains dlm bahasa arab..!! sama jugak mcm jepun, menceduk ilmu dan idea org barat, kemudian diterjemah kedalam bahasa jepun. dan hari ni kita boleh lihat, ilmu sains dan teknologi dikuasai barat dan jepun yang mana mereka ini hanya belajar sains dlm bahasa ibunda sendiri...!!
bUjaNg^LaPoK
Kan aku dah kate..
kalo org yg ckp omputih tuh mmg rase cam bangga sgt laaa..
aku tak heran laaa...
sesape yg terase tuh..cermin r dulu..
aku kalo pandai BI aku takkan ngaku pandai..
tuh jek, sbb aku tgk omputih sniri pong ade gak fail BI..
ZeMMs
Amende la korang nih.. falasi sungguh pemikiran.. mcm yg blue kata.. kerana nila setitik, rosak susu sebelangan (ungkapan ni dato & bujang kene hayati betul2)... sharifah amani tu baru sorang.. kat malaysia ni ada ramai golongan orang Melayu yang fasih & hebat-hebat berbahasa Inggeris tapi pada masa yang sama menggunakan bahasa Melayu sebagai komunikasi harian. Apalah sangat seorang Amani dengan golonga2 Melayu yg lain tu? Memang aku pun tak suka tengok perangai Amani ni yg macam lupa daratan...

Masalah Dato dengan Bujang nih.. korang tak paham.. kerajaan BUKAN nak hasilkan orang macam Sharifah Amani tu.. tapi kerajaan nak hasilkan golongan kedua yg aku sebut tu.. Pandai bahasa Inggeris & pandai bahasa Melayu.. takde sape2 nak hapuskan bahasa Melayu. Tu korang kene ingat.. Mengajar budak2 kat skolah matematik & sains dalam bahasa Inggeris tu memang bagus sebab percaya lah... majoriti keluarga2 kat Malaysia ni tak pernah didik anak2 di rumah untuk pandai berbahasa Inggeris.. Kalau didikan tak dibuat kat rumah.. of coz la better buat didikan tu kat sekolah. Mendidik tu penting. bukan setakat mengajar.. kalau sekadar nak ajar english dlm matapelajaran bahasa Inggeris SAHAJA.. tanya lah diri sendiri wahai Dato & Bujang... tahap mana Inggeris korang? Itulah hasilnya kalau sekadar belajar bahasa Inggeris tanpa didikan utk biasakan diri berbahasa Inggeris dlm komunikasi harian.

Bila ada orang laungkan utk perkasakan bahasa Inggeris... kenapa korang perlu anggap laungan tu sebagai Hapuskan bahasa Melayu? ... takde org nak tengok bahasa Melayu ni jatuh.. pemikiran camtu cuma pemikiran org yg anti-pembaharuan & anti-kemajuan dry.gif
Dato_Seri
aku bukan anti BI, cuma matlamat tu mestila kena dengan caranya... kalau dah semua hal yang berkaitan dengan akademik diinggeriskan, dimana bahasa melayu? cuba igt kembali kenapa UKM ditubuhkan? dan kebanyakan golongan akademik memang menentang usaha kerajaan mengajar sains dan math dlm BI....
ZeMMs
QUOTE (Dato_Seri @ Aug 15 2006, 05:14 PM)
aku bukan anti BI, cuma matlamat tu mestila kena dengan caranya... kalau dah semua hal yang berkaitan dengan akademik diinggeriskan, dimana bahasa melayu? cuba igt kembali kenapa UKM ditubuhkan? dan kebanyakan golongan akademik memang menentang usaha kerajaan mengajar sains dan math dlm BI....

Matlamat & cara tu memang dah kena pun.. coz bahasa Inggeris tu memang bahasa akademik. Kenapa bahasa Inggeris tu bahasa akademik? Sebab bahasa Inggeris tu universal. Kebanyakan sumber-sumber ilmu yang berkualiti kat alam ni dicetak, dibukukan (dan di-internetkan) dalam bahasa Inggeris yang tak ada dalam bahasa Melayu. Kalau kita tak biasakan diri kita dengan bebende akademik dalam Inggeris, sejauh mana ilmu orang Melayu ni boleh pergi?

Memang ramai golongan akademik (especially guru-guru sekolah) yg menentang usaha kerajaan mengajar sains & math dalam BI... tapi ko tau ke kenapa? Sebab guru-guru ni sendiri pun tak pandai berbahasa Inggeris!! Ini ke yg ko nak tengok? Kerajaan memilih Sains & Matematik untuk diajar dalam bahasa Inggeris tu memang strategik.. sebab apa? sebab subjek sains ada banyak terms2 yang memang bnyk dlm bahasa Inggeris yg mana sampaikan kalau diubah dalam bahasa Melayu boleh jd konfius.. sampaikan kalau kita cuma belajar sains dalam bahasa Melayu... bila bukak buku rujukan Inggeris je memang kompom tak paham & lg peningkan kepala.. (cuba belajar ilmu komputer dalam bahasa Melayu... sure pening.. aku lg prefer baca buku komputer dlm Inggeris sbb terms2 komputer mmg mostly dlm English. Sama jugak konsepnya dgn subjek Sains).

Math pulak kenape? Sebab dalam math takde la bnyk sangat guna Inggeris.. tujuannye utk *biasakan* jer. Kalau kerjaaan nak torture betul2 baik dia suruh ajar Sejarah dalam bahasa Inggeris.. (ataupun apa2 subjek baca-baca yg lain)..

Jd aku tak nampak kenapa perlu semua org jadi histeria & paranoid bila kerajaan nak implement bahasa Inggeris. Padahal tujuan untuk meningkatkan MARTABAT BANGSA MELAYU jugak... Kalau dok risau pasal martabat BAHASA melayu jer sampaikan martabat BANGSA melayu tak tingkat2 buat aper... sampai bila pun dok kat takuk tu jugak... dry.gif
Dato_Seri
Sebagai seorang Melayu saya terasa terhina apabila Bahasa Melayu tidak digunakan sepenuhnya di dalam negara apatah lagi di luar negara. Malah dikatakan Melayu ini mundur kerana tidak mahir dalam Bahasa Inggeris lalu diambillah pendekatan supaya matapelajaran Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris dengan harapan supaya pelajar-pelajar Melayu dari peringkat sekolah rendah lagi sudah mahir dalam Bahasa Inggeris.

Namun sekarang lain pula ceritanya, apabila terdapat beberapa firma di negara ini pula mensyaratkan sesetengah jawatan itu calon hendaklah mahir dalam Bahasa Mandarin. Apakah selepas ini Kementerian Pelajaran akan ambil pendekatan supaya matapelajaran Ekonomi dan Perdagangan di ajar Bahasa Mandarin pula ?

Setiap orang digalakkan mempelajari pelbagai bahasa mengikut kemampuan mereka. Kerana bahasa adalah kunci ilmu. Namun janganlah kita lupa Bahasa Melayu juga adalah merupakan salah satu daripada kunci-kunci ilmu tersebut.

Untuk memartabatkan Bahasa Melayu di peringkat dunia, pemimpin-pemimpin kita haruslah menunjukkan contoh tauladan. Apa salahnya jika pemimpin-pemimpin kita ketika berucap di persidangan antarabangsa atau persidangan luar negara seperti di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mereka berucap dalam Bahasa Melayu ? Kita lihat negara kuasa-kuasa besar tanpa segan silu berucap dalam bahasa ibunda mereka dalam persidangan dunia.

Lihat sahaja bagaimana Presiden Russia Vladimir Putin berucap dalam Bahasa Russia, malah membawa jurubahasa ke mana sahaja di pergi. Begitu juga dengan Presiden Iran Ahmadinejad yang berucap dalam Bahasa Parsi dalam persidangan antarabangsa malah dalam dailog pertemuan dengan pemimpin-pemimpin negara lain.

Ini bukanlah bermakna pemimpin-pemimpin Russia, Iran, China, Jepun dan sebagainya tidak mahir dalam Bahasa Inggeris, akan tetapi inilah cara mereka sebagai pemimpin untuk menunjukkan kepada rakyat mereka cintakan bahasa mereka sendiri disamping mempelajari bahasa asing yang lain.

Tidak hairanlah Bahasa Melayu yang ada sekarang ini semakin hari semakin hilang seni budayanya apabila terlalu banyak bahasa rojak dan bahasa pasar yang diamalkan dalam kehidupan seharian kita.

Apakah satu hari nanti Bahasa Melayu akan berkumandang dalam dewan Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Bahasa Melayu akan hanya tinggalk sebagai matapelajaran tunggal di negara ini, sementara matapelajaran lain akan diajar mengikut citarasa peluang pekerjaan yang ditawarkan di Malaysia ini ?

Sesungguhnya Allah swt menciptakan manusia ini bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar mereka saling kenal mengenali antara satu sama lain.

bUjaNg^LaPoK
erm, ntah la..
kalo aku komen byk2, ade yg kate aku kuang ajo plak..
nih, aku nak kasi tau satu jek..
tolong la baca ngan leklok sket..
paham btoi2..
tuh pasal org kate blajo bahse mesia btol !!

Aku tak plak kate BI tuh tak penting, mmg penting skrg lebih2 lagik graduan yg nak cari kije..aku tau tuh..
aku cume kate, kalo org yg pandai BI ni, kbykkannya, bangga, bongkak, angkuh..
tuh aje!!!
Skrg dah terbukti..cth amik artis nih..
pastu cube bukak topik yg suh up BI tuh, sume dok ngata aku, pasal kononye aku tak reti BI..
ape kejadah sume ni??
Tu pasal aku kate, aku kalo pandai BI skalipong, takde la nak bangga2 sgt!!
Aku rase tu la maksud Dato tuh..
Sori 2 say, oang melayu ni kene kaso sket..baru dia paham.!!

so, hepi slalu k.. smile.gif
blue_april
orang melayu yg x reti BI pun ader bangga, bongkak, angkuh..
so apa kaitan ngn penggunaan bhs Inggeris lak..
ahaks..
ZeMMs
QUOTE (blue_april @ Aug 15 2006, 08:36 PM)
orang melayu yg x reti BI pun ader bangga, bongkak, angkuh..
so apa kaitan ngn penggunaan bhs Inggeris lak..
ahaks..

Sebenarnye dia takde idea nak "belok" kan point dia...
sebab dia tau dia dah tersilap langkah bila dia bangkang usaha nak memperkasakan bahasa Inggeris kat orang Melayu.. lol.gif
jinggo
betol x klu kite nk belajar ilmu kejuruteraan skrg kat org jepon kena belajor dlm bahase jepon...?

blue_april
QUOTE (jinggo @ Aug 15 2006, 09:26 AM)
betol x klu kite nk belajar ilmu kejuruteraan skrg kat org jepon kena belajor dlm bahase jepon...?

btul kot.. laugh.gif
jinggo
tulisan jawi dh tak digunapakai dh skrg.... whistling.gif
jinggo
QUOTE (blue_april @ Aug 15 2006, 09:26 PM)
QUOTE (jinggo @ Aug 15 2006, 09:26 AM)
betol x klu kite nk belajar ilmu kejuruteraan skrg kat org jepon kena belajor dlm bahase jepon...?

btul kot.. laugh.gif

haha... camne ilmu org putih tp jepon leh ajor org lain dlm bahase jepon lak...?
camne yg asalnye buku inggeris jepon blaja, skrg klu org lain nk blaja kena pandai bace tulisan jepon lak?
cth: JMTI kat bukit minyak, penang.
bUjaNg^LaPoK
QUOTE (blue_april @ Aug 15 2006, 08:36 PM)
orang melayu yg x reti BI pun ader bangga, bongkak, angkuh..
so apa kaitan ngn penggunaan bhs Inggeris lak..
ahaks..

erm..
tgk diri sendiri la beb!!
aku pong maleh nak dah nak komen pape..
bagi aku, org tak reti BI tak semestinye tak leh berjaya..
Rezeki tuh ade di mane2..
Allah swt nak kasi, ade la..
kalo pandai skalipong, kalo Allah swt dah kate, takde..
so.. muhasabah diri laa..

tp kene tgk dulu, kalo ade rezeki tuh, teliti la, sama ada ia halal atau sebaliknye..

Off!!
bUjaNg^LaPoK
Setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!
Ade kalanyeee BI penting, aku tak nafikan..
tp jangan sampai org pandang menci kat kite di sbbkan angkuhnye kite ngan bahse asing !!

Aku nak blajo bahse mandarin lak..
tongue.gif
ZeMMs
Lerr.. orang jepun sendiri pun dah sedar psl penguasaan bahasa Inggeris ni PERLU... tak tau ke diorg tgh betul2 kempen bahasa Inggeris kat sana utk rakyat diorg..
ZeMMs
Aku nak blajor bahse France...
pastu kalau boleh nak gak blajar bahse Arab
jinggo
ape kate klu negara kite buat cam jepon. translate semer bukku2 ilmiah ke dlm bahasa ibunda.

lagi 1 aku heran camne org jepon, korea boleh minat & pandang tinggi terhadap bidang teknikal dan kemahiran mcm klu kat malaysia nih, giat mara, politeknik & mcm2 lagi. sedangkan klu org malaysia akan tengok bdk2 giat mara, institut kemahiran ni sbg 2nd class educational.

mgkin sbb tu rakyat malaysia kurang minat kemahiran & teknikal kot.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2012 Invision Power Services, Inc.
Lo-Fi 1.1 iDS Beta, Originally written by Matt,
re-written by Shaun Harrison, Layer 04.com, for pre IPB2.0 versions.