jinggo
Jul 25 2006, 06:48 PM
Adinda Sultan Pahang dibunuh
Oleh Sariha Mohd Ali dan Rosli Abdul Jalil [SIZE=7]
[COLOR=blue]BERJAYA DITAHAN: Polis membawa suspek ke
Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Suami parah dipercayai ditetak anak lelaki
KUANTAN: Adinda Sultan Pahang, Tengku Puteri Kamariah Sultan Abu Bakar ditemui mati manakala suaminya parah, dipercayai ditetak anak lelaki mereka di kediaman pasangan itu di Banglo Villa Ismaputri, Jalan Kubang Buaya di sini, semalam.
Berikutan kejadian kira-kira jam 1.20 petang itu, anak pasangan itu yang berusia 21 tahun, ditahan polis tetapi dilapor meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kira-kira jam 7.30 malam, dipercayai akibat mengambil dadah berlebihan.
Sebelum itu, anak mangsa dikatakan seperti dirasuk dan cuba menikam bapanya, Tunku Ismail Tunku Sulaiman, 74, menggunakan pemutar skru tetapi dihalang Tengku Puteri Kamariah, 64.
Menurut sumber, dalam kekecohan itu anak mangsa dikatakan meluru ke dapur dan mengambil pisau ‘Rambo’.
“Tengku Puteri Kamariah dikatakan terus cuba menghalang anaknya, tetapi ditetak di belakang badan sebelum pisau itu terkena perut Tunku Ismail,” katanya.
Tengku Puteri Kamariah yang ditemui seorang ahli keluarganya dalam keadaan berlumuran darah, disahkan meninggal dunia sebelum dihantar ke HTAA, manakala suaminya kini dirawat di hospital sama dan dilaporkan stabil.
Ketua Polis Pahang, Datuk Abdul Razak Bokhari, yang dihubungi malam tadi mengesahkan kematian anak mangsa.
Terdahulu, ketika ditemui di tempat kejadian, Abdul Razak mengesahkan polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, polis turut menemui pemutar skru dan sebilah pisau ‘Rambo’ yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan polis masih menyiasat motif kejadian.
Sementara itu, sepupu mangsa, Tengku Ahmad Faizal Tengku Abdul Jalil, 40, yang tinggal di sebelah rumah keluarga itu, berkata anak mangsa kelihatan seperti dirasuk sebelum kejadian itu.
"Dia melompat keluar menerusi anjung rumah di tingkat satu sebelum menuruni `awning' dan terjatuh di halaman rumah saya.
"Ketika saya bertanya `kenapa', dia hanya berkata `takut... takut...takut' dan terus berlari ke arah jalan secara berulang alik sebelum masuk semula ke dalam rumah.
"Saya bergegas memasuki rumah itu selepas menyedari sesuatu yang buruk berlaku apabila pembantu rumahnya menjerit dan ketika itu saya melihat Tengku Puteri Kamariah terbaring berlumuran darah.
"Saya segera memangku mangsa dan sebelum menghembuskan nafas terakhir, mangsa sempat berkata `jangan lupa belajar agama' dan `jual kereta tu' yang mungkin ditujukan kepada anaknya," katanya.
Pembantu rumah mangsa yang dikenali sebagai Alice berkata, dia ketakutan selepas melihat wajah anak majikannya itu dalam keadaan marah.
"Matanya terjengil dan menakutkan. Saya berlari ketakutan apabila dia mengambil pisau," katanya.
Adik Tengku Ismail, Tengku Abdul Ilal berkata, pula berkata beliau menerima panggilan telefon daripada abangnya pada jam 11 pagi memintanya mencarikan bomoh.
"Saya pelik kerana permintaan abang saya itu dibuat dalam keadaan cemas tetapi tidak menyatakan sebab dia memerlukan bomoh itu. Saya berhasrat menelefonnya semula tetapi dua jam selepas itu, saya menerima berita sedih ini," katanya.
KRONOLOGI
Kes bunuh Tengku Puteri Kamariah
11.00 pagi - Tunku Ismail menghubungi adiknya, Tunku Abdul Ilal minta mencarikan bomoh
1.20 petang - Tunku Ismail dan Tengku Puteri Kamariah diserang
anaknya
1.23 petang - Polis menerima laporan
1.30 petang - Pasukan polis tiba di kediaman mangsa
1.35 petang - Anak mangsa ditahan
3.20 petang - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob tiba di rumah mangsa
3.30 petang - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah tiba di rumah mangsa
4.00 petang - Jenazah mangsa dibawa ke HTAA
5.14 petang - Jenazah dibawa pulang ke kediaman mangsa
5.15 petang - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah tiba di kediaman mangsa
7.30 malam - Anak mangsa dilaporkan meninggal dunia di HTAAP/s: Semoga ambil pengajaran supaya didik anak dgn agama, bukan dengan kemewahan. Wallahualam...
Neji
Jul 25 2006, 08:21 PM
kena rasuk setan ke apa..
ZeMMs
Jul 25 2006, 08:58 PM
Bagi je hukuman gantung sampai mati mandatori..
orang camtu tak sesuai idop kat muka bomi nih
Neji
Jul 25 2006, 08:58 PM
hehehe.. dia sendiri dah menghukum diri sendiri
missy ina
Jul 25 2006, 09:22 PM
dr kesah ni..jd kan la panduan kte..
aqi
Jul 25 2006, 09:56 PM
da mati dah pon anak dier tuh, dadah berlebihan
*tapi kan ari tuh baru bawak gi balai nak asiasat maser tuh sihat jer, tup2 ari nih kater mati sbb berlebihan dadah..

*
*tah2 dorang suntik bg dier mati kot

*
aper2 pon al fatihah buat adinda sultan pahang
blue_april
Jul 25 2006, 11:42 PM
huhu..dasat2..
x mor la anak2 aku jd camtu..ahaks..
aqi
Jul 25 2006, 11:44 PM
bagusz lom ader anak tapi da fikir mase depan anak tuh..bagusz..
ZeMMs
Jul 25 2006, 11:57 PM
| QUOTE (aqi @ Jul 25 2006, 11:44 PM) |
bagusz lom ader anak tapi da fikir mase depan anak tuh..bagusz.. |
duck
Jul 26 2006, 09:45 AM
hmmm....wat malu kerabat di raja je..
a_e_i_n
Jul 26 2006, 10:02 AM
tp suspek pon dh ninggal jugak.. paru2 berair n kembang... innalillah..
| QUOTE |
Tengku Rizal mati akibat paru-paru berair
Oleh ARSHAD KHAN
KUANTAN 25 Julai – Bedah siasat yang dilakukan oleh Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini ke atas jenazah Tengku Rizal Shahzan, anak kepada adinda Sultan Pahang, Tengku Puteri Kamariah Sultan Abu Bakar mendapati beliau mati akibat paruparu berair dan kembang.
Pengarah HTAA, Dr. Ardi Awang berkata, pihaknya bagaimanapun tidak dapat menjelaskan punca sebenar paru-paru Tengku Rizal berkeadaan seperti itu.
Menurutnya, laporan kimia berhubung kematian mangsa belum lagi diperoleh dan mungkin memakan masa sebelum ia dapat dikeluarkan.
Ditanya sama ada wujud kesan dadah dalam badan Tengku Rizal Shahzan, beliau berkata, apa jua yang berkaitan dengan sistem dalaman Allahyarham hanya boleh diketahui melalui laporan kimia.
“Apa punca lanjut berkaitan kematian itu saya cadangkan kamu (pemberita) berhubung terus dengan polis,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Bagaimanapun, Ketua Polis Pahang, Datuk Abdul Razak Bukhari gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan.
Tengku Rizal menjadi suspek utama kes pembunuhan melibatkan bondanya Tengku Puteri Kamariah, 65, yang ditemui mati berlumuran darah di rumah mereka di Villa Ismaputri, Lorong Kubang Buaya 54, pukul 1.20 tengah hari semalam.
Turut cedera parah dalam kejadian itu ialah bapa Tengku Rizal, Tunku Ismail Tunku Sulaiman yang kini sedang dirawat di HTAA dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Tengku Rizal dikatakan mengamuk dalam kejadian semalam dan sebelum itu dilihat oleh saksi meracau dan mengatakan dirinya sedang ketakutan.
Dalam pada itu, Ardi berkata, Tunku Ismail berada dalam keadaan stabil setelah melalui pembedahan selama lima jam bermula pukul 4 petang hingga 9 malam semalam. |
NIXK
Jul 26 2006, 10:09 AM
| QUOTE (a_e_i_n @ Jul 26 2006, 10:02 AM) |
tp suspek pon dh ninggal jugak.. paru2 berair n kembang... innalillah..
| QUOTE | Tengku Rizal mati akibat paru-paru berair
Oleh ARSHAD KHAN
KUANTAN 25 Julai – Bedah siasat yang dilakukan oleh Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini ke atas jenazah Tengku Rizal Shahzan, anak kepada adinda Sultan Pahang, Tengku Puteri Kamariah Sultan Abu Bakar mendapati beliau mati akibat paruparu berair dan kembang.
Pengarah HTAA, Dr. Ardi Awang berkata, pihaknya bagaimanapun tidak dapat menjelaskan punca sebenar paru-paru Tengku Rizal berkeadaan seperti itu.
Menurutnya, laporan kimia berhubung kematian mangsa belum lagi diperoleh dan mungkin memakan masa sebelum ia dapat dikeluarkan.
Ditanya sama ada wujud kesan dadah dalam badan Tengku Rizal Shahzan, beliau berkata, apa jua yang berkaitan dengan sistem dalaman Allahyarham hanya boleh diketahui melalui laporan kimia.
“Apa punca lanjut berkaitan kematian itu saya cadangkan kamu (pemberita) berhubung terus dengan polis,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Bagaimanapun, Ketua Polis Pahang, Datuk Abdul Razak Bukhari gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan.
Tengku Rizal menjadi suspek utama kes pembunuhan melibatkan bondanya Tengku Puteri Kamariah, 65, yang ditemui mati berlumuran darah di rumah mereka di Villa Ismaputri, Lorong Kubang Buaya 54, pukul 1.20 tengah hari semalam.
Turut cedera parah dalam kejadian itu ialah bapa Tengku Rizal, Tunku Ismail Tunku Sulaiman yang kini sedang dirawat di HTAA dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Tengku Rizal dikatakan mengamuk dalam kejadian semalam dan sebelum itu dilihat oleh saksi meracau dan mengatakan dirinya sedang ketakutan.
Dalam pada itu, Ardi berkata, Tunku Ismail berada dalam keadaan stabil setelah melalui pembedahan selama lima jam bermula pukul 4 petang hingga 9 malam semalam. |
|
emm...korang percaya?
aku lebih percaya pihak istana nak tutup malu pasal dadah ni...tup2 suh hospital kuarkan statement camni...
aku kerja spital..aku tau banyak politik involved in spital.
a_e_i_n
Jul 26 2006, 10:12 AM
yeke nixk????
aein x tau plak kalo dorang sesaje wat statement x betoL..
penat jeq caye...
ZeMMs
Jul 26 2006, 10:25 AM
Kalo mende tu tipu.. abis sampai bile dia nak pura2 mati & sembunyik dari org ramai?
a_e_i_n
Jul 26 2006, 10:27 AM
| QUOTE (ZeMMs @ Jul 26 2006, 10:25 AM) |
| Kalo mende tu tipu.. abis sampai bile dia nak pura2 mati & sembunyik dari org ramai? |
bole ke org buat2 mati?
Mr FiQ
Jul 26 2006, 10:36 AM
maybe maksud nixk tu.... punca kematian....
a_e_i_n
Jul 26 2006, 10:39 AM
| QUOTE (Mr FiQ @ Jul 26 2006, 10:36 AM) |
| maybe maksud nixk tu.... punca kematian.... |
owh.. baru aein paham...
org nak tutup punca kematian sbb dadah so dia wat la statement peparu berair....?
hmmm.. watpe la nk tipu2 nih..
ZeMMs
Jul 26 2006, 10:40 AM
| QUOTE (Mr FiQ @ Jul 26 2006, 10:36 AM) |
| maybe maksud nixk tu.... punca kematian.... |
Ooo.. salah paham la plak aku. kirenye alasan mati sbb paru2 berair tu la yg tipu ek.. aa..kalau alasan ni sbb nak tutup malu.. mmg logik gak lar & aku tak terkejut pun kalo mmg diorg nak tutup malu..
NIXK
Jul 26 2006, 10:56 AM
nfr
Jul 26 2006, 12:47 PM
zmn skang bunuh2-mbunuh cam dh jd pekara biasa..
p/s: salam tkziah kpd kluarga mrk & keluarga hani mohsin..
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please
click here.