Mr FiQ
Mar 7 2006, 11:19 AM
Thread ni utk post isu berkaitan ngan program nuklear Iran. Aku mmg saje nk close topic ni. Sbb topik ni maybe x popular. Rasanya xperlukan reply.
==============
Iran tidak gentar keputusan IAEA
Oleh Azlinariah Abdullah (Wartawan Utusan)
TIGA hari mencukupi untuk Presiden Iran, Mahmoud Ahmedinejad menggunakan peluang meluahkan masalah selain meyakinkan dunia betapa Teheran berhak meneruskan program nuklearnya.
Ini kerana telah `berbuih mulut' Mahmoud dan pemimpin kanan Iran lain menyatakan bahawa program nuklear mereka adalah untuk tujuan awam bukannya bermatlamat membangunkan bom atom yang boleh mencetuskan huru-hara kepada dunia.
Semasa berada di Kuala Lumpur minggu lalu, pemimpin `lantang' itu menarik perhatian apabila menyelar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) bahawa badan pengawas nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tersebut sering membuat keputusan bermotifkan politik.
Ramai melihat bahawa kenyataan berapi-api yang dibuat Mahmoud semasa memberi syarahan umum bertajuk `Isu-Isu Antarabangsa dan Peranan Dunia Islam' itu mencerminkan usaha Iran memainkan rentak agar IAEA dapat menangkap pesan Teheran tidak pernah gentar dengan sebarang natijah enggan patuh kepada gesaan pihak tertentu supaya ia menggantung program nuklear.
Ia dibuat pada hari terakhir lawatan Mahmoud ke Kuala Lumpur dan tiga hari sebelum berlangsung mesyuarat IAEA itu di Vienna semalam.
Semasa memberi syarahan, Mahmoud berkata, IAEA tunduk kepada kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, Israel semasa membuat sebarang keputusan berkaitan nuklear.
``Peraturan pemantauan nuklear PBB serta Perjanjian Pengawalan Nuklear (NPT) secara rasmi mengiktiraf hak negara anggota yang mempunyai akses kepada teknologi nuklear untuk keamanan.
``Namun layanan IAEA pada Iran adalah bermotifkan politik. Apa yang dikesali ialah kebanyakan organisasi antarabangsa bertukar menjadi organisasi politik dan pengaruh kuasa besar menghalang mereka mengambil keputusan adil dan mengikut undang-undang,'' kata beliau pada syarahan umum itu.
Semasa lawatannya ke Kuala Lumpur minggu lepas - kunjungan pertama Mahmoud sejak dipilih menjadi Presiden Iran secara demokratik pada Jun lalu, beliau ada memberi taklimat secara tertutup kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM) mengenai program nuklear Teheran.
Walaupun butiran taklimat itu tidak diperincikan kepada umum, setidak-tidaknya lawatan ke Malaysia `menjadi' tapak buat Mahmoud memperjelaskan pendirian keras Teheran khususnya berhubung soal nuklear.
Malahan sebelum ini, dunia bukan tidak mengetahui bahawa Mahmoud sentiasa mengeluarkan pandangan tegas serta mempamerkan `penentangan' ke atas kuasa tertentu mengenai program nuklear Iran.
Selebihnya, perkembangan yang berlaku di Malaysia (menyelar IAEA) sebenarnya adalah lanjutan daripada kegagalan Iran dan Rusia mencapai kata sepakat dalam rundingan kerjasama perusahaan uranium di Moscow.
Ia menyebabkan IAEA bermesyuarat semalam bagi membuat keputusan sama ada merujuk Teheran ke Majlis Keselamatan PBB bagi tindakan lanjut.
Dalam pada itu, pada 5 Februari, kurang sebulan sebelum beliau melawat Malaysia, Mahmoud pernah berkata Iran tidak gentar dengan keputusan IAEA untuk mengheret negaranya ke Majlis Keselamatan PBB berhubung program nuklear Teheran.
Menghalang
Dan dengan lantang beliau berikrar Republik Islam itu tidak akan berganjak berhubung hasratnya untuk menjalankan program nuklear.
``Anda boleh mengeluarkan seberapa banyak resolusi yang anda suka dan berseronok dengannya tetapi anda tidak dapat menghalang kemajuan Iran,'' kata Presiden Iran tersebut yang dipetik sebagai berkata oleh agensi berita rasmi Iran, IRNA sebelum ini.
``Anda tahu anda tidak boleh berbuat apa-apa kerana zaman membuli orang sudah berakhir dan anda perlu menerima hakikat ini.''
Komen itu jelas ditujukan kepada kuasa-kuasa Barat seperti AS dan Britain yang mengetuai kempen untuk merujukkan kes Iran ke PBB.
``Mereka menyangka mereka masih hidup pada zaman kegelapan tetapi zaman mereka tinggal dalam istana kaca dan membuat keputusan untuk negara lain sudah berlalu.''
Dalam hal membabitkan nuklear Iran, negara itu juga berulang kali menyuarakan bahawa mereka sedia berunding dengan masyarakat antarabangsa.
``Pintu rundingan masih terbuka. Kami tidak takut dengan Majlis Keselamatan. Langkah itu bukan bermakna segala-galanya sudah berakhir,'' kata jurucakap Kementerian Luar, Hamid Reza Asefi pada satu sidang media sebelum ini.
Dan ia diulangi oleh Mahmoud sendiri semasa menyampaikan syarahan tersebut di Kuala Lumpur.
Kata Mahmoud: ``Iran sedia berunding. Negara kami cintakan keamanan. Islam ialah agama yang menitikberatkan soal kedamaian.
``Kami juga sebuah negara yang amat kuat. Kuasa kami datang daripada tamadun, budaya dan pegangan kami.
``Tetapi jika kami ditekan, pengalaman telah membuktikan rakyat Iran akan menyebabkan `mereka' meminta maaf,'' tegas Mahmoud semasa sesi soal jawab dengan para peserta.
Mengenai hasil mesyuarat IAEA di Vienna pula, AS dikatakan akan memberi Iran selama 30 hari bagi mematuhi tuntutan antarabangsa berhubung soal program nuklear mereka.
Mr FiQ
Mar 11 2006, 07:35 PM
Jangan ambil tindakan jahil - Teheran
TEHERAN 10 Mac - Ulama kanan Iran memberi amaran kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya tidak memperlihatkan ``kebodohan dan kejahilan'' dengan mengugut Teheran berhubung program nuklear yang kini berubah menjadi kontroversi global.
``Saya memberitahu Majlis Keselamatan jangan guna bahasa mengugut negara Iran,'' kata ulama Ahmad Khatami dalam khutbah Jumaat di sini, hari ini.
``Majlis Keselamatan seharusnya mengetahui bahawa jika mereka hendak melayan seperti agensi itu (Agensi Tenaga Atom Antarabangsa), Iran akan memberi respons dengan cara seperti kepada agensi itu,'' kata beliau.
Majlis Keselamatan dijadual bermesyuarat hari ini bagi membincangkan isu nuklear Iran hari ini meskipun keputusan menyeluruh dijangka diambil minggu depan.
Dalam pada itu, buat pertama kali, Ketua Dasar Kesatuan Eropah (EU), Javier Solana mendedahkan prospek mengenakan sekatan ke atas Iran.
Dalam temu bual dengan akhbar Austria, Der Standard, Solana tidak menolak dikenakan sekatan jika Teheran enggan mematuhi kehendak dunia.
Laporan AFP dari Washington menyebut, Amerika Syarikat (AS) akan meminta Majlis Keselamatan mengeluarkan kenyataan tegas terhadap program nuklear Iran.
White House menyuarakan hasrat itu semalam ketika Setiausaha Negara, Condoleezza Rice menyifatkan Iran sebagai cabaran terbesar Washington.
AS tidak ada rancangan untuk menyerang Iran, kata Setiausaha Pertahanan, Donald Rumsfeld tetapi beliau memberi amaran askar AS akan bertindak untuk menghalang tentera Iran daripada menyusup masuk ke Iraq.
Ketika ketegangan berhubung konfrontasi nuklear itu semakin meningkat, jurucakap White House, Scott McClellan berkata, AS masih mahu menyelesaikan isu tersebut secara diplomatik.
Washington mendakwa program tenaga nuklear Iran menyembunyikan kegiatan untuk membina senjata atom.
Mr FiQ
Mar 13 2006, 11:09 AM
Nuklear: Iran ancam keluar NPT
TEHERAN 12 Mac - Menteri Luar Iran, Manouchehr Mottaki hari ini memberi jaminan Iran tidak akan menggunakan eksport minyaknya sebagai senjata politik dalam isu nuklear.
Dalam pada itu beliau turut memberi amaran Iran mungkin menarik diri daripada Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) jika haknya untuk membangunkan tenaga nuklear tidak diiktiraf.
Iran juga tidak lagi menimbangkan cadangan untuk memindahkan program pengayaan uraniumnya ke Rusia, sebaliknya mungkin menjalankan pengayaan uranium secara besar-besaran di buminya sendiri, tegas beliau.
Jaminan minyak yang diberikan oleh Manouchehr itu meredakan kebimbangan bahawa Iran mungkin mengurangkan eksport minyak sebagai tindak balas terhadap kuasa Barat yang mengkritik program nuklearnya.
Program nuklear Iran telah dilaporkan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang boleh mengenakan sekatan, selepas Teheran gagal meyakinkan kuasa Barat bahawa program nuklear hanya untuk menjana tenaga elektrik, bukan untuk membina senjata atom.
Manouchehr bagaimanapun menegaskan, penggunaan minyak sebagai senjata tidak dalam pertimbangan Iran.
``Republik Islam Iran bertekad untuk memenuhi keperluan tenaga di Asia dan tidak akan menggunakan minyak sebagai satu dasar luar,'' katanya dalam satu persidangan mengenai isu tenaga dan keselamatan di sini.
Minyak sangat penting bagi kehidupan ekonomi Iran dan menghasilkan 80 peratus daripada pendapatan eksport.
Iran mempunyai simpanan minyak mentah kedua terbesar selepas Arab Saudi tetapi ketiadaan pelaburan asing menyebabkan pengeluaran merosot.
Mr FiQ
Mar 15 2006, 10:01 AM
Presiden Iran tolak sekatan politik
TEHERAN 14 Mac - Presiden Iran hari ini menolak ancaman sekatan politik ke atas Teheran sambil menegaskan, kekurangan ``ahli-ahli politik yang bijak'' di negara-negara Barat menjadikan lawatannya ke negara-negara terbabit tidak menarik.
Para diplomat berkata, Iran mungkin terlepas daripada sekatan ekonomi, sebaliknya hanya akan dikenakan sekatan politik seperti larangan ke atas lawatan ke luar negara membabitkan kalangan ahli politik negara itu.
Tetapi Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad berkata dalam satu perhimpunan di bandar Gorgan di timur laut Iran bahawa beliau mengalu-alukan sebarang tindakan yang tidak memerlukan beliau ke luar negara dan menemui para pemimpin Barat.
``Mereka akan berkata, `kami tidak akan membenarkan Ahmadinejad melawat beberapa negara Barat jika orang-orang Iran tidak menghentikan teknologi nuklear mereka','' katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung melalui televisyen.
``Tetapi saya akan berkata kepada mereka saya sendiri tidak mahu melihat muka mereka,'' tambahnya.
Dalam pada itu, di Moscow, Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov menuduh Iran mengamalkan sikap yang tidak membantu sewaktu menghadiri rundingan mengenai program nuklear baru-baru ini.
Lavrov bagaimanapun berkata, Moscow telah bersetuju dengan permintaan Iran untuk mengadakan perbincangan seterusnya.
``Iran telah merayu kepada kami supaya meneruskan perbincangan,'' kata Lavrov kepada para pemberita. Perbincangan itu akan diadakan dalam masa terdekat,'' katanya.
``Kami amat kecewa dengan Iran. Sikap perunding-perundingnya sewaktu menghadiri rundingan tidak membantu langsung ke arah mencari jalan penyelesaian terhadap masalah berhubung dengan program nuklearnya,'' kata Lavrov.
nfr
Oct 10 2006, 07:32 AM
korea utara mula menguji nuklearnya..
5 negara iaitu US, Rusia, Jepun, Korea Selatan, dan China yg berunding dgn korea utara mulai bimbang..
Korea Selatan jiran dekat lebih merasai kebimbangan..
China negara sekutu Korea Utara x leh nk pujuk supaya hentikan program nuklear nih..
kalu diteruskan mcm mana agaknya US ambil tindakan ek.
mcm Iran US mungkin amik tindakan ketenteraan, tp Korea Utara mungkin US x berani sb China sekutu yg kuat jugak ketenteraannya..
jinggo
Oct 10 2006, 12:01 PM
| QUOTE (nfr @ Oct 10 2006, 07:32 AM) |
korea utara mula menguji nuklearnya.. 5 negara iaitu US, Rusia, Jepun, Korea Selatan, dan China yg berunding dgn korea utara mulai bimbang.. Korea Selatan jiran dekat lebih merasai kebimbangan.. China negara sekutu Korea Utara x leh nk pujuk supaya hentikan program nuklear nih.. kalu diteruskan mcm mana agaknya US ambil tindakan ek. mcm Iran US mungkin amik tindakan ketenteraan, tp Korea Utara mungkin US x berani sb China sekutu yg kuat jugak ketenteraannya.. |
china kuat 1 hal.
yg paling penting us xkan ambik tindakan ketenteraan sbb korea utara xde ape2 yg istimewa(sumber). lain la klu iran ade telaga minyak. mmg matlamat uS nk kuasai telaga minyak tu.
nfr
Oct 10 2006, 01:39 PM
btul kata jinggo..
sebenarnya china salah satu kuasa yg kuat..
tp kan, china x nk korea utara teruskan program nuklear..
ini disebabkan china sendiri x buat nuklear dan patuhi piagam PBB..
kedua2 negara jugak bergantung satu sama lain dr segi ekonomi eksport dan import..
kedua2nya jugak adalah penyokong aliran komunis satu masa dahulu..
apapun korea utara mungkin x akan diambil ketenteraan spt iraq sbb pengalaman US di Iraq pn dah ada..kos ketenteraan pn banyak yg ditanggung kan.
sumber asli minyak pn xda mcm iraq dan iran..
hanya PBB leh pujuk korea utara dlm rundingan seterusnya bagi menjaga keamanan serantau..
nfr
Oct 13 2006, 12:15 AM
dengar kata seorang saintis Pakistan memberi rahsia cara membuat nuklear kpd Iran dan Korea Utara pada tahun 2004..
tp skang dah dihukum perintah berkurung di rumahnya di Pakistan..
nfr
Oct 14 2006, 12:19 AM
info terbaru..
Jepun mengadakan sekatan perdadangan terhadap Korea Utara sbg membantah tindakan program nuklear negara tersebut..
bUjaNg^LaPoK
Oct 14 2006, 11:58 AM
Korea Utara..
Go!! Go!!
Aku sokong..
nfr
Oct 15 2006, 11:45 PM
suratkabar arinih ada menceritakan sikit sejarah nuklear..
sejarah nuklear dimulakan oleh saintis Yahudi, Albert Einstein..
memperkenalkan teori Relativiti..
beliau jugak mengiktiraf Israel, tp lebih suka israel yg mengiktiraf penduduk agama lain dibumi israel..
pandangannya berbeza dgn apa yg dilaksanakan oleh israel skang nih..
pernah jugak dioffer menjadi presiden israel yg pertama, tp menolaknya sb mahu lebih tumpukan kpd kajian sains..
sebenarnya bom atom orang US yg memulakan penciptaanya..
saintis warga jerman tinggal di US mencipta unsur nuklear..
kemudian ada cerita yg saintis warga jerman jugak membocor rahsia nuklear kpd US..
lepas itu berlakulah pengeboman bom atom di Hiroshima, jepun..

nuklear pun kemudian dicipta oleh negara rusia, pakistan, iran, perancis, israel dan US sendiri..
apa yg pasti, selagi US dan israel x menghentikan program nuklear mrk, negara lain pn turut akan teruskan program nuklear ini..
terbaru..
PBB telah mengadakan sekatan ekonomi terhadap korea utara..
bUjaNg^LaPoK
Oct 16 2006, 01:29 PM
bukan dah lame ke sekatan ekonomi kat Korea Utara ni..
dah jadik pape kedana dah..
ntah pape..
nfr
Oct 16 2006, 01:52 PM
sebenarnya dah lama jalankan nak sekatan ekonomi..
tp PBB dan US masih dalam rundingan..
Korea Utara adalah sekutu China..
China rakan niaga mrk yang baik..
rundingan 6 hala tentang nuklear lama dijalankan..
selama 4 tahun akhirnya korea utara x menurut arahan PBB..
china pun x nak korea utara teruskan programnya..
akhirnya korea utara dikenakan sekatan oleh PBB selepas jepun baru2 ini..
tp rasa sedih jugak dgn rakyat korea utara yang diperintah oleh kerajaan sekarang..makin tersisih nampaknya kan..
jinggo
Nov 6 2006, 11:31 AM
tumpang jap...!
| QUOTE |
Saddam dihukum mati -- Didapati bersalah lakukan pembunuhan 148 penduduk Syiah pada 1982
MARAH... Bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein menjerit marah di mahkamah sehingga terpaksa ditenangkan dan disuruh senyap oleh seorang pegawai mahkamah semasa keputusan perbicaraannya dibacakan oleh Tribunal Tinggi Iraq di Baghdad, semalam. – AP. -------------------------------------------------------------------------------- BAGHDAD 5 Nov. – Bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Tribunal Tinggi Iraq hari ini kerana didapati bersalah atas tuduhan melakukan jenayah terhadap kemanusiaan di negara itu.
Bekas ketua perisikan Iraq, Barzan Ibrahim Al-Tikriti yang juga adik tiri lelaki Saddam (berlainan ibu) serta bekas Hakim Mahkamah Revolusi Iraq, Awad Hamed Al-Bander turut menerima hukuman mati.
Selepas hukuman dibacakan, Saddam, 69, yang kelihatan menggeletar berteriak: “Hidup Iraq! Hidup rakyat Iraq! Allah lebih besar daripada penceroboh!”
Beliau pada mulanya enggan berdiri atas arahan Ketua Hakim, Raouf Abdul-Rahman tetapi dua pegawai mahkamah memaksa Saddam bangun dan beliau terpaksa berdiri sepanjang keputusan dibacakan.
Hukuman mati ke atas Saddam itu akan dikaji semula secara automatik oleh sebuah panel rayuan.
Sekiranya panel hakim rayuan mendapati ada sebab untuk mempertikaikan hukuman itu, Saddam akan dibicarakan semula.
Jika tidak, hukuman yang dijatuhkan hari ini akan dilaksanakan dalam tempoh 30 hari.
Bekas Naib Presiden, Taha Yassin Ramadan pula dikenakan hukuman penjara seumur hidup manakala bekas pegawai Parti Baath, Mohammed Azawi Ali didapati tidak bersalah dan dibebaskan serta-merta kerana ketiadaan bukti.
Tiga pegawai Baath lain, Ali Dayih Ali, Abdullah Kazim Ruwayyid dan anaknya Mizhar Abdullah Ruwayyid dijatuhi hukuman penjara 15 tahun kerana melakukan penyeksaan dan pembunuhan dengan niat.
Selepas 45 minit membacakan hukuman-hukuman itu, Raouf menamatkan prosiding tersebut.
Sebelum perbicaraan bermula, Ketua Hakim itu telah mengusir salah seorang peguam bela Saddam, bekas Peguam Negara AS, Ramsey Clark dari mahkamah.
Clark telah menyerahkan satu memorandum kepada hakim dengan menyifatkan perbicaraan Saddam sebagai satu ‘persendaan’.
Raouf menuding jari ke arah Clark dan berkata dalam bahasa Inggeris: “Awak keluar.”
Hukuman mati ke atas Saddam itu menandakan satu titik peralihan politik yang dikhuatiri boleh mencetuskan semula pertumpahan darah di kalangan rakyat Iraq.
Malah sejurus selepas keputusan diumumkan pertempuran meletus di daerah majoriti Sunah di Azamiyah, utara Baghdad antara polis dengan kumpulan bersenjata automatik.
Saddam dan tujuh defendan lain dibicarakan oleh tribunal yang disokong Amerika Syarikat (AS) berhubung pembunuhan 148 penduduk kampung Syiah di Dujail sebagai membalas dendam terhadap percubaan membunuh bekas Presiden itu pada 1982.
Sebanyak 108 saksi dipanggil dalam perbicaraan itu termasuk 56 orang saksi pembela.
Saddam juga menjalani perbicaraan lain sejak 21 Ogos lalu atas tuduhan mengarahkan Kempen Anfal di kawasan Kurdis di utara Iraq pada 1987 dan 1988 yang menyebabkan kematian lebih 180,000 orang.
Pendakwa raya awam, Jaafar al-Mussawi berkata, dalam konteks perbicaraan lain itu, tribunal hanya akan mengadili defendan yang masih hidup, manakala kes terhadap mereka yang sudah menjalani hukuman mati akan digugurkan.
Penduduk Syiah dan Sunah seperti dijangka memberikan reaksi berbeza terhadap hukuman mati ke atas Saddam.
Tembakan dilepaskan di Bandar Sadr, kawasan Syiah di Baghdad, sebagai mengalu-alukan hukuman tersebut dan penduduk meraikannya di jalan raya sambil menjerit: “Di mana kamu Saddam? Kami mahu mengerjakan kamu.”
Bagaimanapun, di bandar kelahiran Saddam, Tikrit, 1,000 penduduk tidak mempedulikan perintah berkurung dan berarak di jalan raya dengan membawa gambar bekas Presiden itu.
Saddam memerintah Iraq mulai 16 Julai 1979 dan berjaya mengekalkan pemerintahannya selama 24 tahun sehinggalah rejim beliau dijatuhkan pada 9 April 2003 apabila tentera AS menceroboh Iraq dan menawan Baghdad.
AS menyerang Iraq selepas rejim Saddam dikatakan memiliki senjata pemusnah besar-besaran tetapi tiada bukti ditemui untuk menguatkan dakwaan tersebut.
– Agensi |
Bagi aku hukuman mati ni atas arahan Bush kpd krj boneka Iraq. abeh la Iraq jd huru-hara sbb Saddam sorg jek yg boleh menjinakkan org arab yg liar & tamak nih.
ZeMMs
Nov 6 2006, 11:38 AM
Aku rasa memang patut la Saddam dijatuhkan hukuman gantung..
dia memang seorang pemimpin diktator yang kejam pun...
jinggo
Nov 6 2006, 11:40 AM
| QUOTE (ZeMMs @ Nov 6 2006, 11:38 AM) |
Aku rasa memang patut la Saddam dijatuhkan hukuman gantung.. dia memang seorang pemimpin diktator yang kejam pun... |
Saddam mmg kejam.
tp waktu pemerintahan saddam lebih aman drp skrg.
org arab ni agaknye mmg xleh nk cakap lembut2 kot.
jinggo
Nov 6 2006, 11:57 AM
| QUOTE |
AS atur keputusan perbicaraan Saddam? CRAWFORD 5 Nov. – Jurucakap White House, Tony Snow semalam mempersendakan dakwaan bahawa pengumuman keputusan perbicaraan kes Saddam Hussein di Iraq telah diatur untuk membantu calon-calon Republikan menjelang pilihan raya Kongres Amerika Syarikat (AS) pada Selasa ini.
“Awak menghisap ganjakah?” tanya Snow sambil ketawa apabila ditanya sama ada pegawai AS dan Iraq bersekongkol untuk mengeluarkan keputusan itu hari ini bagi membantu penyokong Presiden George W. Bush yang bertanding dalam pilihan raya itu.
“Adakah awak memberitahu saya bahawa mereka yang menganggotai sistem kehakiman Iraq akan membuat kejutan saat-saat akhir bagimempengaruhi pilihan raya itu nanti?”
“Perkara paling penting yang perlu ditegaskan sekarang ialah Iraq mempunyai badan kehakiman bebas,” kata Snow.
Beliau mendakwa bahawa kerajaan Iraq boleh mempertahankan dan mentadbir negara itu dan kemajuan telah disaksikan bukan sahaja dari segi keupayaan pasukan keselamatannya tetapi juga untuk mewujudkan sebuah badan kehakiman bebas.
Snow enggan meramalkan sama ada keganasan akan meningkat di Iraq jika Saddam seperti yang dijangka, didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati.
Saddam dan beberapa defendan lain dijadual dijatuhi hukuman hari ini oleh Tribunal Tinggi Iraq di Baghdad berhubung pembunuhan 148 penduduk kampung Syiah dari kampung Dujail pada 1982.
– AFP
|
Pasukan keselamatan...??? padahal iraq mcm negara yg xde langsung pasukan keselamatan skrg nih. 
| QUOTE |
 SEBAHAGIAN penyokong Saddam Hussein menjulang potret bekas Presiden Iraq itu di Tikrit, Baghdad semalam sebagai memprotes hukuman gantung yang dijatuhkan oleh Tribunal Tinggi Iraq. – AP. --------------------------------------------------------------------------------
|
jinggo
Nov 6 2006, 12:04 PM
| QUOTE |
Reaksi terhadap hukuman Saddam Hukuman mati yang dijatuhkan ke atas Saddam Hussein, tidak dapat dibandingkan dengan ‘setitik darah’ mereka yang ‘syahid’ ketika menentang pentadbiran bekas presiden tersebut.
– NURI AL-MALIKI ( Perdana Menteri Iraq )
Kami mengalu-alukan berita bahawa Saddam Hussein bersama tujuh defendan lain dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman di atas perbuatan yang didalangi mereka.
– MARGARET BECKETT ( Setiausaha Luar Britain )
Hukuman yang dijatuhkan ke atas Saddam Hussein dan tujuh defendan lain hari ini menunjukkan komitmen penduduk Iraq untuk mengheret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
– ZALMAY KHALILZAD ( Duta Amerika Syarikat (AS) ke Iraq )
Kesatuan Eropah menentang hukuman mati dalam semua kes dan keadaan dan ia juga tidak patut dilaksanakan dalam kes ini juga.
– Kenyataan Kesatuan Eropah
Kami tidak melihat proses perbicaraan dijalankan secara adil. Mahkamah berkenaan tidak telus dan kekurangan langkah-langkah untuk melindungi keselamatan peguam bela dan saksi-saksi.
– MALCOLM SMART (Pengarah Program Asia Barat dan Afrika Utara Untuk Amnesty International )
|
kalau kite tgk pihak yg berkepentingan politik jek yg nk saddam mati. Tp pihak yg xde kepentingan politik (Neutral) angganp hukuman x sah sbb pihak yg mengadili saddam mmg org yg nk saddam mati. saddam sebenarnye telah dihukum mati sblm dibicarakan lagi. mahkamah cuma wayang jek.
ZeMMs
Nov 6 2006, 02:57 PM
Hakikatnye memang Saddam telah melaksanakan "massacre" penghapusan puak syiah beramai-ramai suatu masa dulu (1982).. nak taknak memang patut saddam dihukum bunuh. tu belum masuk lg pembunuhan2 sampingan yg dia buat..

berkenaan reaksi2 tu.. Kenyataan Kesatuan Eropah menentang hukuman mati kpd saddam atas dasar mempertahankan human rights .. bukan sebab diorg rasa saddam tak bersalah.
semasa pemerintahan Saddam, rakyat iraq kurang selesa..
sbb d Iraq ada suku Syiah, Sunni dan Kurdis..
Saddam sebenarnya x sehaluan dgn Syiah..
Sunni dan Kurdis tertekan dibawah pemerintahannya..
pembunuhan seramai 148 penduduk syiah adalah kesalahan utama..
kini, syiah agak tenteram dgn berita nih..
pemimpin iraq kini, mazhab syiah rasanya..
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please
click here.