firina
Dec 1 2005, 11:14 AM
erm...tp 1st luv nih mmg bg kesan mendalam to certain ppl...tetambah lelaki la..maybe punya la susah dia nak tekel 1st luv dia dulu..hehe...n 1st luv nih la org yg mula2 buka mata n hati pd satu perasaan baru...so cam istimewa la sket...cuma antara dia nak let go or not..bg peluang lain kat diri sendiri atau tak..terpulang..tp kalo nak..leh jer...nak seribu daya...cuma kalo ppuan maybe dah takleh accept kalo tetiba 1st luv muncul kat depan..kenangan still kenangan...nak terima balik..payah la...tp lelaki lak senang je goyah kalo 1st luv tetiba muncul...hehe..nmpk sgt ppuan lebih loyal kan..ahaksss...
senang ckp..jgn kaco laki org...(xde kaitan..tp saje tanak lari topik..hehe)
noname
Dec 1 2005, 11:26 AM
ahaha.. a'ah.. nasihat kepade pompuan, jgn becinta dgn laki org.. pakwe org tak pe.. muehehhehe
eh eh.. tapi, pakwe aku jgn ek.. pakwe org lain bole la.. ahahahah
blue_april
Dec 1 2005, 11:29 PM
10 Sebab Dilarang/tidak digalakkan Pilih Suami Orang
1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!
2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.
3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!
4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG8)
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!
6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.
7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!
8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)
9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !
10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua... .khususnya wanita. Razz
noname
Dec 2 2005, 04:43 PM
waahhh.. blue.. panjang nye.. dari mane ko curik ni..?
aku tak tau lak, ade gak ek artikel ttg jgn becinta dgn laki org ni..? tp, aku malas la nak bace.. aku rase... common sense je.. huhuh.. ke ade benda ko nak highlight..? hmm... tlg la bold.. leh aku bace.. ni aku glance through jer
noname
Aug 27 2006, 09:01 AM
aku mmg menentang keras klau ada org becinta dgn laki org.. honestly.. dan aku nak tanye kat sini la solution sket.. ley la korg tlg akukan..?
aku ada seorg kawan (korg tak kenal ponn), dan kawan aku tu takde la tegedik2 suke kat sorg hamba Allah ni (laki org dah), dan tak pernah terfikir utk wat further relationship dgn dia, tapi, mamat tu yang suke kat kawan aku tu, dan dah terus terang pun bahawa dia suke kat kawan aku dan nak jadikan second wife..
Kawan aku ni, takde la tak cun.. cun la jugak (tu sebab mamat tu suke kot.. eh, tak jugak, sebab kawan aku kate, mamat tu tak ramai kawan pompuan, dan tak pandang pompuan pon). Aku rasa, ada sumtin kot yang penah terjadi between them yang wat mamat tu jatuh centa kat kawan aku tu.
Persoalannya sekarang, how to lari dari mamat tu, sebab kawan aku tak nak jadi pemusnah rumah tangga org dan mmg tak berminat nak kawen dgn laki org pon. Kawan aku tu kena jumpe dgn mamat tu jugak, sebab dorg ada project yang perlu d buat sama2. so...
u all ada solution tak?
firina
Aug 27 2006, 12:24 PM
ala..jumpa je la. handle projek sama2 scr profesional. dah abis projek tu..abisla.
nfr
Aug 27 2006, 12:38 PM
susah topik nih..
pndpt sy kan..
ttg kwn noname tu sy rasa dia patut anggap kwn biasa ja kot..
walaupun dia keja skali tp mcm x patut rasanya klu nak jadikan isteri kedua..
sbg kwn sepejabat, lelaki itu harus bersikap profesional..
lelaki tersebut patut terima dgn terbuka klu kwn noname x nak trima sbg isteri kedua..
klu kwn noname dan isteri pertamanya stuju lain kot..
bkn apa, klu ia berlaku..mcm2 masalah akn jadi..
tp klu x jadi kawin pun xpa, asalkan niat tu berkwn itu baik dan x lebih drp itu..
x patut klu kwn noname x trima, lelaki itu putus kwn kan.
lebih baik jadi kwn baik/biasa ja..
bila bekerja anggaplah sbg rakan sekerja..
itu lebih baik rasanya..
jinggo
Aug 27 2006, 01:25 PM
| QUOTE (firina @ Dec 1 2005, 11:14 AM) |
erm...tp 1st luv nih mmg bg kesan mendalam to certain ppl...tetambah lelaki la..maybe punya la susah dia nak tekel 1st luv dia dulu..hehe...n 1st luv nih la org yg mula2 buka mata n hati pd satu perasaan baru...so cam istimewa la sket...cuma antara dia nak let go or not..bg peluang lain kat diri sendiri atau tak..terpulang..tp kalo nak..leh jer...nak seribu daya...cuma kalo ppuan maybe dah takleh accept kalo tetiba 1st luv muncul kat depan..kenangan still kenangan...nak terima balik..payah la...tp lelaki lak senang je goyah kalo 1st luv tetiba muncul...hehe..nmpk sgt ppuan lebih loyal kan..ahaksss...
senang ckp..jgn kaco laki org...(xde kaitan..tp saje tanak lari topik..hehe) :wakakaka: |
bukan soal loyal firina, tp soalnye laki leh jadi lemah oooo.... klu kena tu kasanova pon leh cair
bUjaNg^LaPoK
Aug 27 2006, 01:59 PM
mende remeh camni pong nak bincang ke?
noname
Aug 27 2006, 01:59 PM
| QUOTE (firina @ Aug 27 2006, 12:24 PM) |
ala..jumpa je la. handle projek sama2 scr profesional. dah abis projek tu..abisla. |
hmmm.. kalau satu tempat kerja..? handle project yang tak kan abis.. meaning, pas satu project abis, satu lagi datang.. haa, camtu.. and they work really closer.. i mean, my fren tu need that mamat, sebab, my fren tu requester, and that mamat yang buat and make that thing happen..
| QUOTE (bUjaNg^LaPoK @ Aug 27 2006, 01:59 PM) |
mende remeh camni pong nak bincang ke?
|
ape yg remehnye jang..? ni satu problem tau.. ade ke pandang ringan kat bebenda camni.. how come kalau mamat tu pegi tinggalkan bini dia semata2 utk my fren..?
Water~~~
Aug 27 2006, 02:34 PM
xda pendapat...xda pengalaman ...hehe
noname
Aug 27 2006, 02:37 PM
| QUOTE (Koibito @ Aug 27 2006, 02:34 PM) |
| xda pendapat...xda pengalaman ...hehe |
cess.. camla aku ada pengalaman..
chikamix
Aug 27 2006, 03:03 PM
| QUOTE (noname @ Aug 27 2006, 02:37 PM) |
| QUOTE (Koibito @ Aug 27 2006, 02:34 PM) | | xda pendapat...xda pengalaman ...hehe |
cess.. camla aku ada pengalaman.. |
kan noneng banyak pengalaman ..... dier dah bebribu boifren dier ader
bUjaNg^LaPoK
Aug 27 2006, 03:05 PM
playgirl?
Water~~~
Aug 27 2006, 03:28 PM
| QUOTE (bUjaNg^LaPoK @ Aug 27 2006, 03:05 PM) |
| playgirl? |
ye ker
nalia10
Aug 27 2006, 04:03 PM
back 2 d topic...
kalau diri sendiri, mintak dijauhkan..
kalau orang lain tu..jauh2kan la dari bercinta ngan laki orang

sbb banyak buruk dari baiknya..
noname
Aug 27 2006, 04:10 PM
| QUOTE (nalia10 @ Aug 27 2006, 04:03 PM) |
back 2 d topic...
kalau diri sendiri, mintak dijauhkan..
kalau orang lain tu..jauh2kan la dari bercinta ngan laki orang sbb banyak buruk dari baiknya.. |
ye la.. tgh nak jauhkan la tu.. kan ke aku minta pendapat korg soh cari solution kat probs kawan aku tu.. aku sendiri dah tak tau nak wat camana dah..

| QUOTE (chikamix @ Aug 27 2006, 03:03 PM) |
| QUOTE (noname @ Aug 27 2006, 02:37 PM) | | QUOTE (Koibito @ Aug 27 2006, 02:34 PM) | | xda pendapat...xda pengalaman ...hehe |
cess.. camla aku ada pengalaman.. |
kan noneng banyak pengalaman ..... dier dah bebribu boifren dier ader
|
mane ade chika.. pandai2 je.. beribu tu dah tahap dasyat tuh.. nak cecah 50 pun aku rasa impossible haa... i said, tak de pengalaman becinta dgn laki org da...
| QUOTE (bUjaNg^LaPoK @ Aug 27 2006, 03:05 PM) |
| playgirl? |
aku playgirl ke..? tak kot.. salah org tu.. aku noughty je..
nalia10
Aug 27 2006, 04:17 PM
lor..tu la solutionnya. melainkan dia mmg nak..dah x boleh nak jauhkan lagi daa.. apa2 banyak mohon padaNya agar diberi hidayah dan petunjuk..amin
noname
Aug 27 2006, 04:27 PM
| QUOTE (nalia10 @ Aug 27 2006, 04:17 PM) |
lor..tu la solutionnya. melainkan dia mmg nak..dah x boleh nak jauhkan lagi daa.. apa2 banyak mohon padaNya agar diberi hidayah dan petunjuk..amin |
solutionya nak jauhkan..? tak ley, kan noname dah kate, dorg keje bersama.. kena deal project bersama.. macam mana nak jauhkan..? i think, that guy kena b pro la.. sebab, i think my fren dah pro gile..
firina
Aug 27 2006, 05:15 PM
| QUOTE (noname @ Aug 27 2006, 01:59 PM) |
| QUOTE (firina @ Aug 27 2006, 12:24 PM) | ala..jumpa je la. handle projek sama2 scr profesional. dah abis projek tu..abisla. |
hmmm.. kalau satu tempat kerja..? handle project yang tak kan abis.. meaning, pas satu project abis, satu lagi datang.. haa, camtu.. and they work really closer.. i mean, my fren tu need that mamat, sebab, my fren tu requester, and that mamat yang buat and make that thing happen..
|
adeh..kalo camni mmg rimas giler la kalo setiap projek mmg kena ngadap mamat tu.

Kalo suka lain cite la..
Erm...masalah la kalo cenggini...kalo tak ske pun lama2 kalo keje skali..leh jadi suka. dahla laki org nyer teknik memikat nih takleh nak disangkal. kes kes kes. So kawan ko tu mmg kena elakkan la unsur2 lain selain keje. Skang nih mende nih terpulang kat pompuan tu je. Lgpun kalo kawan ko tu tak bg green light..takkan mamat tu nak redah gaks kan.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please
click here.