Help - Search - Member List - Calendar
Full Version: Proton dikritik hebat
Forum Universiti Utara Malaysia > Berita & Isu Semasa

Pages: 1, 2
Mr FiQ
Akhir2 ni byk isu yg timbul berkenaan dgn Proton. Pagi ni aku baca satu surat pembaca dalam Utusan. Memang ada benarnya tulisan tu. So, aku nak tanya pendapat korang ler psl isu ni. Hrp2 korg sudi bg pndpt dalam thread ni. (tapi aku rasa tak dpt sambutan ni. wakakkakaa.gif )

Sblm tu, baca surat ni:

QUOTE
Proton hanya menuntut persaingan lebih adil
Saudara Pengarang,
SEDIH dan kecewa.Itulah perasaan saya apabila membaca kritikan terbuka seorang menteri kanan terhadap Proton.

Pada saya Proton tidak pernah menyalahkan mana-mana pihak kerana gagal bersaing, tetapi Proton hanya mempertahankan haknya dan menuntut persaingan yang lebih adil dalam industri automobil di Malaysia.

Ketika jurutera-jurutera Proton sibuk memerah otak mereka bentuk casis kereta baru, jurutera kereta nasional lain hanya sibuk mereka bentuk kosmetik kereta import yang akan dipasang di Malaysia.

Sedang Proton membelanjakan hampir satu pertiga pendapatannya terhadap aktiviti-aktiviti R&D, kereta nasional lain hanya sibuk mengikat perjanjian dengan pengeluar kereta asing untuk dipasang di Malaysia dan sibuk memohon status kereta nasional.

Memang tidak dapat dinafikan, pada dasarnya kewujudan kereta-kereta nasional yang lain adalah untuk memberi persaingan yang sihat kepada Proton, tetapi nampaknya teori hanya tinggal teori.

Pengeluar kereta nasional yang lain lebih senang di takuk yang lama dengan membuat bisnes mudah dengan hanya memasang semula kereta dari luar dan diberi nama dan nafas baru berserta status kereta nasional.

Adakah ini adil? Adakah ini persaingan yang sihat? Bukankah persaingan seperti ini seolah-olah seperti pertandingan lumba lari 100 meter antara jaguh pecut negara, Nazmizan Mohamad dengan seseorang yang tempang kakinya.

Proton memang perlu berlari dan bekerja dengan lebih cepat, tetapi hendak cepat bagaimana lagi.

Kereta-kereta Korea Selatan mempunyai sejarah lebih awal daripada Proton.

Proton sudah mampu menghasilkan kereta sendiri dalam hanya 20 tahun penubuhannya.

Pengeluar-pengeluar kereta Korea Selatan masih belum mampu menghasilkan kereta sendiri pada tahun 1980-an sesudah 20 tahun beroperasi.

Malah kereta Hyundai juga terpaksa menarik diri dari pasaran Amerika kerana masalah kualiti kereta buatannya.

Kereta-kereta Korea Selatan hanya mula diterima oleh masyarakat antara bangsa pada lewat 90-an iaitu sesudah hampir 40 tahun beroperasi.

Berbalik kepada sejarah penubuhan Proton yang matlamat dan polisi utamanya adalah untuk membangunkan vendor-vendor tempatan di samping memacu pertumbuhan industri berat negara.

Pada saya Proton telah berjaya mencapai matlamatnya di mana purata nilai ekonomi yang dijana oleh Proton mencapai hampir 3.69 bilion setiap tahun.

Proton, tidak seperti kereta nasional yang lain mempunyai tugas yang lebih berat untuk sama-sama membangunkan vendor-vendor tempatan tersebut.

Proton terikat untuk menggunakan komponen vendor-vendor tempatan semata-mata hendak merealisasikan matlamat tersebut, walaupun Proton boleh mendapat komponen yang sama dengan harga dan kualiti yang lebih baik dari negara lain di Asia Tenggara seperti Thailand dan Indonesia.

Saya merujuk kenyataan dari surat pembaca Sayangkan Proton pada 30 Jun 2005 yang menyatakan model Gen2 dan Savvy adalah model-model yang gagal.

Atas landasan apa yang menyatakan kedua-dua model tersebut gagal?

Adakah kereta Gen2 yang sudah hampir 50,000 unit terjual dalam masa setahun dikira gagal?

Gen2 bagi saya memenuhi kehendak golongan sasaran yang disasarkan oleh Proton iaitu eksekutif muda.

Hampir 80 peratus pemilik Gen2 berpuas hati memiliki Gen2. Saya bercakap berlandaskan fakta di mana soal selidik dilakukan terhadap pemilik tulen Gen2 menerusi Kelab Gen2.

Rata-rata mereka yang mengatakan model Gen2 adalah model yang gagal terdiri dari mereka yang tidak memiliki model tersebut!

Bagaimanakah bukan pemilik Gen2 lebih tahu tentang Gen2 berbanding dengan pemiliknya sendiri?

Masalah utama bagi Proton ketika ini adalah kritikan melampau yang dihadapinya.

Ada antaranya kritikan membina, tetapi kebanyakannya adalah kritikan yang `membunuh' dan mahu melihat Proton ditutup atau tersungkur, sampaikan pemimpin-pemimpin negara juga seolah-olah melihat Proton sebagai beban.

Kebanyakan kritikan, cemuhan dan cacat cela tersebut ada juga pada pengeluar kereta nasional yang lain, tetapi masyarakat lebih suka mencemuh Proton.

Perkara kecil diperbesar-besarkan dan itulah yang terjadi kepada model-model Proton terutamanya model Gen2 dan Savvy.

Kalau susah-susah sangat dan rasa seolah-olah mendukung biawak hidup, juallah Proton kepada pihak berminat.

Tidak susah mencari pembeli kerana Proton mempunyai pakej yang cukup menarik sama ada dari segi kepakaran R&D mahupun fasilitinya. Kalau tidak pun tutup sahaja Proton.

Biarlah beribu-ribu pekerja hilang pekerjaan, beratus-ratus kilang vendor tempatan ditutup.

Ada pepatah menyatakan kita tidak pernah hargai apa yang kita ada, sehingga ia hilang dari genggaman kita.

Proton sedang keseorangan dalam menghadapi waktu-waktu paling getir dalam sejarah penubuhannya sekarang.

Lakukanlah apa sahaja untuk menghasilkan kereta yang lebih baik walaupun bertentangan dengan matlamat awal penubuhan Proton.

Bagi saya, lupakanlah dasar atau matlamat penubuhan Proton yang asal dan ambillah kesempatan daripada AFTA dan globalisasi dengan mendapatkan komponen dari luar negara yang jauh lebih baik dan murah.

Apa yang penting adalah survival Proton itu sendiri, bukan survival vendor-vendor tempatan.

Pada masa yang sama, saya menggesa pihak kerajaan menimbang semula status kereta nasional dengan hanya memberi status tersebut terhadap kereta yang direka bentuk dan dibangunkan 100 peratus di Malaysia sahaja.

Selain itu, kerajaan harus menimbangkan insentif yang menarik terhadap pengeluar-pengeluar kereta yang dapat menarik mereka menubuhkan hanya pusat R&D di Malaysia walaupun tidak mendirikan kilang pe-ngeluaran.

Usaha tersebut akan menjadikan Malaysia sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan industri automotif yang terkemuka di Asia Tenggara dan bukan sekadar menjadi tukang pemasang kereta. - INDA, Batu Caves, Selangor.
firina
Gen2 gagal ke? tgk gah jer kete nih meluncur kat jalan2. design cantik..enjin bagus..handling klas..nape gagal lak??

savvy yg baru nih pun gagal ek?? br sgt pun nak ckp gagal ke tak. tp savvy nih ramai gak riso sbb enjin yg sama dgn waja 1.8 yg dh tak kuar tukan. kononnya ada prob. so ramai teragak2 nak beli sbb nak tgk feedback org yg beli savvy dulu.
blue_april
melihat kpd perkembangan keta savvy nih..aku mndapati keta nih kurang dr pelbagai aspek..
pertama..kete nih kecik drpd MyVi
2nd..ade org yg x nak beli sbb gear dia berbeza..
3rd...klu rusak..mahal ler nak tuko enjin tuh..
sepatutnya proton perlu mmbuat kajian dulu sblm merekabtk ssebuah keta..

QUOTE
.nie aku post dari forum lain kata2 orang yg pergi tgk SAVII kat show rooms tu..

"5000 bookings 2 hours after launch? I don`t think so based on my
observation on various showrooms around KL and Penang. After I visit Proton
showroom and go back to Perodua showroom, I notice that a lot of family
come back to book a Myvi after they saw Proton Savvy. This is what I heard
after chatting with a few people:

"Savvy interior space is so small compared to Myvi."
"Savvy no airbag at all."
"Savvy engine cover already show 1 inch gap on the left side but with no
gap on right side, please go to see it yourself at showroom beside MINES,
in front of KTM Kommuter Station. Kind of weird if Proton annouce it to be
tough right?"
"Renault engine, don`t know what happen if the engine got problem, who know to repair?"
"Savvy doors do not close with THUD sound but Myvi do."
"Savvy boot space is very small."
"Do you believe in Proton quality?"
"I scare after three years I`ve to sell Savvy at less than RM10k."

QUOTE
semlm aku gi usha Proton Sawi nih..lepas usha and test skit2, balik tuh aku gelak golek golek..nak tau nape.....

1. Aku : Betul ke kuat sgt nih?
    Salesman : Betul Bang, body die 3 kali lebih kuat dr Wira
    Aku : Ooo, test jap eh..boleh?
    Salesman : Boleh, abg masuk la dlm tgk, kalau puas hati boleh letak order ari nih.

    Aku tak masuk dlm, tapi aku press body Sawi nih dgn ibu jari aku. Tatau la sama ada aku ni kuat mcm Hulk or mmg kete nih mmg tak "kuat". Berlekuk masuk dlm body dia nih. Aku dgn selamba tgk salesman nih, die kelu tak ckp apa-apa. Terkedu kot??

2. Then aku masuk la dlm kete tuh.

    Aku : Apsal sempit sgt nih? Myvi rasa mcm lagi luas je...
    Salesman : Ohh, kete SPORT mmg mcm nih,sempit skit. MyVi tuh bkan dalam kelas yg sama.
    Aku : ????

Kesimpulannya, Myvi better than Sawi. Proton mmg tak bersedia ngan kereta nih. Instant reply nak compete ngan MyVi. Better diorg concentrate kat SRM. Heard some good stuff about it. Hopefully right...
nixk
what ever...aku dah order savvy dah....

p/s: jgn dengar cakap2 org.....tengok sendiri,drive sendiri..baru tau kuat tak kuat...

Soal menteri ni,aku rasa semua org dah tau...bahkan dia dah berani 'menghentam' bekas bos sendiri dlm paper hari tu..Entah la..

pasal apa yg dr mahathir cakap tu,ada betulnya....tak yah tengok jauh..tengok jer kes naza...malas nak story panjang2..

p/s:aku kecewa dgn proton sedikit sebanyak,tapi berbangga walaupun ianya mungkin membebankan kerajaan,tapi ianya adalah product Malaysia.Kalau pemimpin negara sendiri tak nak pertahankan,susah la...

p/s2:bila masalah rasuah nak digayang terhadap menteri2 kanan pula?
firina
blue..MyVi mmg better than Savvy..lps aku blk dr showrooms dua2 tu pun aku setuju MyVi lg byk kelebihan. tp takleh nak compare dedua tu sbb mmg bukan dr kelas yg sama. harga pun dah lain kan. MyVi mahal rm 10k. so no wonder la MyVi lg byk kelebihan. kalo nak compare ngan adil..kena la 2 benda dr kelas yg sama atau hampir sama. tp dedua tu ternyata berbeza...
nixk
QUOTE (firina @ Jul 4 2005, 09:34 AM)

dia orang compare sbb nama dekat sama...kan blue kan? cool.gif

macam lah kalau nama perodua kancil tu ditukar pada nama ferrakancil,sure blue akan compare ferrakancil dgn ferrari,walahal dua 2 tu berada di standard dan kelas berbeza....

10 ribu rm jarak perbezaan tu,macam2 boleh ditokok tambah pada savvy...

p/s:susah tul cakap dgn org yg cerdik2 ni.,..
Mr FiQ
Nak tanya skit, menteri kanan tu saper???
blue_april
QUOTE (nixk @ Jul 3 2005, 09:48 PM)

hehe..sory le nixk..dua2 keta tuh bukan kelas yg sama..savvy tuh compact car..myvi tuh kelas sm cam jazz..so x fair le klu aku comparekan..

klu nm ferrakancil xkan le aku nk compare ngn ferrari lak..apa aa nko nih..tuh nmpak sgt jauh bezanye..

**ko dah order savvy yek..kaler apa..bila nak dapat?nnti leh le bw firina jenjalan kan.. laugh.gif
firina
ececece blue...tersirat la pulak...ckp je la..leh bw aku (ko la) jenjalan nnt..malu2 la pulak...dun worry blue..nixk sporting...hehehe... thumbup.gif
nixk
QUOTE (blue_april @ Jul 5 2005, 12:23 PM)

3 bulan lagi!lambat giler....

p/s: nampak blue senyum tersipu2 masa post topik diatas..takpe,aku paham..haha devil.gif
nixk
QUOTE (firina @ Jul 5 2005, 12:31 PM)
ececece blue...tersirat la pulak...ckp je la..leh bw aku (ko la) jenjalan nnt..malu2 la pulak...dun worry blue..nixk sporting...hehehe... thumbup.gif

bagus aaa firina..rela dikongsi.. thumbup.gif susah nak cari pompuan camni..hehe
firina
kongsi aper nih??? kongsi keta?? topik pasal keta mesti pasal keta kan...aku no hal... thumbup.gif
blue_april
QUOTE (firina @ Jul 5 2005, 10:43 AM)
kongsi aper nih??? kongsi keta?? topik pasal keta mesti pasal keta kan...aku no hal... thumbup.gif

aku pun ok gak...
hehe...buleh yek nixk..kitaorg nak rs keta baru nko tuh..

**wes nixk ko tgk berita x..keta proton low quality..apa nak jd ngn proton nih.. dry.gif
dill
QUOTE (firina @ Jul 3 2005, 10:51 PM)
Gen2 gagal ke? tgk gah jer kete nih meluncur kat jalan2. design cantik..enjin bagus..handling klas..nape gagal lak??

savvy yg baru nih pun gagal ek?? br sgt pun nak ckp gagal ke tak. tp savvy nih ramai gak riso sbb enjin yg sama dgn waja 1.8 yg dh tak kuar tukan. kononnya ada prob. so ramai teragak2 nak beli sbb nak tgk feedback org yg beli savvy dulu.

sape kata Gen2 bagus?mmg bagus utk 5bln pertama,lps tu owner akan geleng kepala pikir masalahnye..aku bkn ckp kosong tp ade pgalaman. engin Campro mmg aku tak nafikan sbnye guna tech Lotus. Shape body aku pu terliur. tp sygnye asesori lain mcm power window, air cond/coller, suspension, pintu & anti-shaking kt tayar mmg sedih giler..last month abg ipar aku nk tukar keta kt akak aku..ingt nk bali Gen2..tp tgk kwn dia pakai xsmp bln ke-5 power window dh rosak terus cancel.Kalo korg tgk apa ade dlm pintu Gen2, keta kancil > kemas..100% aku salahkan vendor proton yg buat pintu...satu peristiwa lg kt Ipoh (opismate aku citer) ms exibition ade pakcik ni drive test gen2..tp nk buka pintu xleh..tarik punya tarik terkeluar benda yg buka pintu tu..ketawa org lain yg tgkk...so kualiti ape mcm 2?..........actually gen2 tu proton keluar cara tgesa2. skrg, Gen2 adalah model proton yg PALING LEMBAB jualan d M'sia..caya?if tak caya plzzzzz pegi tny vendor proton ari ni jgk......sory aku tkutuk proton!!
ezra_izani
fuuulamak..pakar ekonomi betul la hang ni dill...
nfr
baru-baru ni, NAZA ingin menjadikan PROTON sbg rakan strategik mereka.. lepas nih kualiti dan pasaran proton akan meningkat dgn kerjasama ni.. blush.gif
Mr FiQ
QUOTE (nfr @ Dec 30 2006, 12:50 AM)
baru-baru ni, NAZA ingin menjadikan PROTON sbg rakan strategik mereka.. lepas nih kualiti dan pasaran proton akan meningkat dgn kerjasama ni.. blush.gif

Pada pendapat aku, Proton x memerlukan rakan dr dlm negara. Sebaliknya, Proton perlukan rakan strategik dr luar seperti VW, GM. Rakan strategik mcm ni yg diperlukan utk perluaskan pasaran, tingkatkan kualiti dan sebagainya. Mereka ni dah lama dlm industri dan ada kepakaran. Pasaran dlm negara dah hampir tepu. Justeru, Proton kene la perluaskan ke serata dunia.

Bukan nak menafikan kebolehan syarikat2 lain dlm negara. Tp apa yg pasti mereka hanya mampu untuk memberikan suntikan modal. Bukan modal yg jadi keperluan proton sekarang ni. Proton ada byk duit.

ZeMMs
QUOTE (Mr FiQ @ Jan 3 2007, 10:59 AM)
Bukan modal yg jadi keperluan proton sekarang ni. Proton ada byk duit.

Ye ke proton bnyk duit..? bukan diorg dah nak bankrap ker..
nasib baik kerajaan support je.. dry.gif
nalia10
nasib gak ada proton..at least golongan yg x mampu nak beli kete luar dapat gak merasa pakai kete walaupun buatan tempatan..dulu sblm arwah Tan Sri Yahya Ahmad meninggal..proton ok je...skang je mcm2 plak jadinya.. unsure.gif
NIXK
QUOTE (nalia10 @ Jan 3 2007, 04:39 PM)
nasib gak ada proton..at least golongan yg x mampu nak beli kete luar dapat gak merasa pakai kete walaupun buatan tempatan..dulu sblm arwah Tan Sri Yahya Ahmad meninggal..proton ok je...skang je mcm2 plak jadinya.. unsure.gif

Tan Sri Yahya Ahmad kalau still idup lagi pun,akan menghadapi cabaran besar mcm proton hadapi skrg.

1-berhadapan dgn kereta pasang siap Perodua yg berkualiti tinggi
2-Masalah penyalahgunaan pemberian AP oleh kementerian dato pidah and nak lwn kereta2 import by Naza.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2012 Invision Power Services, Inc.
Lo-Fi 1.1 iDS Beta, Originally written by Matt,
re-written by Shaun Harrison, Layer 04.com, for pre IPB2.0 versions.